20 November 2008

Kebesaran Allah SWT...



Alhamdulillah… syukur kita panjatkan kepada ALAH SWT, Tuhan yang menjadikan kita… kerana masih menyayangi kita sebagai hamba-Nya…

Sehinggan ke saat ini, kita masih diberi nikmat udara untuk bernafas, diberi mata untuk melihat, diberi telinga untuk mendengar, diberi tangan untuk memegang, diberi kaki untuk berjalan dan terlalu banyak nikmat-nikmat yang ALLAH berikan kepada kita dan sudah pastilah kita tidak akan mampu membalasnya.. walaupun semua pohon-pohon yang berada di bumi ini dijadikan kertas dan walaupun lautan yang luas terbentang dijadikan pena untuk menulis, nescaya nikmat tuhan tidak akan mampu kita senaraikan… Maha Suci Allah…

Tapi ALLAH tidak minta apa-apa pun dari kita apa yang telah diberikan-Nya, hanya apa yang ALLAH minta dari setiap hamba-Nya adalah sentiasa ingat dan patuh pada setiap perintah dan larangan-Nya dan sentiasa berpegang pada Agama dan jangan sekali-kali memisahkan diri kita dari agama Allah…

Hanya mereka yang mendekati Agama sahaja akan menemui kejayaan di dunia dan diakhirat…

Sesungguhnya Allah Maha Kuasa atas segala sesuatu… dan Allah telah pun memperlihatkan kekuasaan-Nya pada manusia dengan terciptanya alam yang luas terbentang didepan mata kita, walhal dalam diri kita pun kita tidak mampu menceritakan kebesaran Allah… Subahnallah… Maha Suci Allah…

Sekadar berkongsi kebesaran Allah kepada semua Pembaca Muqaddimah…

Gambar dibawah ini diambil oleh seorang Hamba Allah (Zulherman) menggunakan HP yang ketika itu sedang menjalankan pemerhatian di sebuah tapak projek di Indonesia antara Cikarang – Tol Bekasi Timur, Jalan Utama / Pinggir Jalan Kalimalang, Indonesia…

Kalimah Allah tersebut dilihat secara tidak sengaja oleh beliau ketika berjalan dicelah-celah lopak air di kawasan tapak projek tersebut… Wallahua’lam

INI hanyalah cepisan kebesaran Allah yang hanya dapat disaksikan oleh orang-orang tertentu yang dipilih oleh Allah… justeru saya sekadar berkongsi apa yang dihantarkan kepada saya untuk disaksikan bersama oleh pembaca Muqaddimah yang lain…

07 November 2008

Amalan Untuk Para Muslim… Azam Insya-Allah

1. Beli tafsir al-Quran dan hadiahkan kepada non-muslim
2. Baca majalah yang berasaskan Islam dan pinjamkan kepada kawan
3. Lawat laman web berbentuk Islam
4. Baca sekurang-kurangnya 4 buah buku ilmiah berunsurkan Islam
5. Hadiri kelas hafalan al-quran untuk tingkatkan penghafalan
6. Tonton rancangan berunsurkan Islam
7. Menghafal beberapa ayat al-quran
8. Sembahyang berjemaah di masjid/surau
9. Membantu sedaya upaya muslim yang lain yang kurang upaya
10. Mula menabung untuk menunaikan haji
11. Mengamalkan sunnah-sunnah Nabi Muhammad saw
12. Membantu anak-anak yatim
13. Cari seseorang yang baru masuk Islam (muallaf) dan bantu dia untuk meningkatkan keimanannya
14. Ambil sedikit masa untuk mendengar kaset audio berkaitan Islam
15. Membaca buku berkaitan sirah Nabi, kisah sahabat dan pengajaran kepada anak-anak dan kepada sesiapa sahaja
16. Pada bulan Ramadhan, kurangkan memakan makanan yang berlebihan ketika berbuka untuk mengelakkan pembaziran
17. Jika terdapat ceramah berkaitan Islam, cuba untuk menghadirinya bersama rakan-rakan
18. Utamakan tanggungjawab kita kepada Allah berbanding manusia
19. Menulis surat penghargaan dan sokongan kepada individu muslim yang membantu meningkatkan pembangunan ummah
20. Jangan menangguhkan perkahwinan anda semata-mata untuk mencari yang sempurna, hal ini kerana tidak seorang manusia yang sempurna sifatnnya
21. Ambil masa bersama jemaah haji yang telah mengerjakan haji untuk mendengar pengalamannya untuk dijadikan panduan
22. Senaraikan perkara-perkara yang menyebabkan anda tidak kushu’ dalam solat, kemudia cuba untuk menghindarkannya satu persatu
23. Buat usrah bersama keluarga setiap minggu sekali
24. Ambil kesempatan untuk melancong melalui Muslim Travel Packages untuk memahami budaya, adad resam serta cara hidup masyarakat muslim di negara tersebut
25. Baca al-Quran selepas solat atau pada waktu yang sesuai dalam lingkungan masa 5-10 minit
26. Selalu melawat jiran berdekatan untuk mengeratkan lagi hubungan sesama Islam
27. Menyimpan wang untuk digunakan sebagai sumbangan atau sedekah kepada mereka yang memerlukan
28. Pastikan al-Quran dibaca selalu beserta tafsirannya sekali untuk memahami maksudnya
29. Cuba kaji al-Quran. Seperti mengetahui jumlah surah, jumlah juzu’ dan sebagainya yang berkaitan dengan mu’jizat al-Quran
30. Sebelum akhir tahun, pastikan segala ibadah wajib telah dibuat seperti solat dan zakat serta perbanyakkan memohon ampun kepada Allah terhadap dosa-dosa yang telah dibuat
31. Cari tempat perlindungan dari bisikan syaitan dan dari ikutan hawa hafsu
32. Mulakan sesuatu dengan Basmallah dan diakhirkan dengan Alhamdulillah, mudah-mudahan mendapat berkat daripada Allah SWT

Semoga saya dan saudara/ri sekelian dapat amalkan mengikut kemampuan dan kekuatan kita masing-masing. Kita minta doa pada Allah agar kita diberi kekuatan dan keimanan yang berterusan supaya amalan kita diterima dan ikhlas semata-mata kerana Allah dan untuk mendapatkan keredhaan dari-Nya.

Share Values And Core Competencies

Alhamdulillah, kita bersua kembali… sudah terlalu lama saya tidak menulis dalam blog muqaddimah ini, banyak komitmen lain yang terpaksa didahulukan. Tentu sekali soal kerja menjadi keutamaan saya. Apabila kita berbicara soal kerja, kita setiap individu pasti memiliki kerjaya yang tersendiri, bidang yang diminati, serta kepakaran yang dimiliki.

Akan tetapi saya bukanlah berada pada tahap yang baik untuk bercerita pasal kerja dan cita-cita. Kerana saya bermula dari tahap yang bawah untuk berada pada tahap sekarang. Sebagai petugas yang bertugas untuk syarikat, sudah menjadi tanggungjawab saya untuk berkhidmat dan memberi sumbangan sepenuh tenaga kepada syarikat. Kerana saya dibayar untuk bekerja dan saya perlu ambil tanggungjawab dan amanah tersebut.

Amanah dan tanggungjawab merupakan nilai-nilai yang perlu ada pada diri seorang petugas atau pekerja atau kepada sesiapa sahaja. Dengan memiliki nilai-nilai tersebut, sudah pastilah kita dapat mempertingkatkan mutu kerja dan memperbaiki tahap perkhidmatan kerja kita kepada syarikat seterusnya menjadi teras kejayaan syarikat.

Apa yang ingin saya kongsikan bersama dalam blog muaqaddimah ini adalah mengenai Nilai-Nilai Bersama dan Teras Kompetensi. Mungkin ada yang sedia maklum dengan istilah tersebut dan tidak kurang juga yang baru mendengarnya.