07 April 2009

KISAH DARI KITAB ALLAH YANG TERDAHULU


Suatu ketika Rasulullah s.a.w telah ditanya tentang suhuf yang diturunkan kepada suhuf Nabi Allah Musa a.s.

Rasulullah s.a.w berkata, "Sebahagian daripada kandungan suhuf Nabi Musa a.s :-

1. Aku hairan pada orang yang telah meyakinkan akan datangnya kematian (yakin dirinya akan mati dan ditanya tentang amalannya), tetapi mengapa mereka merasa seronok dan gembira di dunia (tidak membuat persediaan).

2. Aku hairan kepada orang yang telah meyakini akan adanya qadar (ketentuan) Allah, tetapi mengapa mereka marah-marah (bila sesuatu musibah menimpa dirinya).

3. Aku hairan pada orang yang telah meyakini akan adanya hisab (hari pengiraan amal baik dan buruk), tetapi mengapa mereka tidak berbuat kebaikan?"

Rasulullah s.a.w ditanya pula tentang sebahagian daripada kitab Taurat, Nabi berkata, "Antara kandungannya ialah :-

1. Wahai anak Adam, janganlah kau merasa khuatir akan kekuasaan (pangkat), selagi kekuasaanKu kekal abadi iaitu tidak akan hilang selamanya.

2. Wahai anak Adam, sesungguhnya Kami menciptakan kamu adalah untuk beribadah kepadaKu, maka dari itu janganlah kamu mensia-siakan (menghabiskan masamu untuk berhibur sahaja).

3. Wahai anak Adam, Kami tidak mengira akan amalanmu yang akan dilakukan esok, oleh itu janganlah kamu cemas akan rezekimu untuk esok.

4. Wahai anak Adam, sesungguhnya bagi kamu ada kewajipan dan ketentuan rezeki, sekalipun kamu mengabaikan kewajipanmu terhadapKu, namun Aku tidak akan mengabaikan rezeki yang telah ditentukan untukmu.

5. Wahai anak Adam, sesungguhnya jika kamu redha pada apa-apa yang telah aku berikan kepadamu, maka kamu akan merasakan bahagia zahir dan batin. Tetapi jika kamu tidak redha dengan apa-apa yang telah Aku berikan itu, maka kamu akan dikuasai oleh dunia sehingga kamu akan melompat-lompat dan melenting kepanasan di padang pasir yang panas.

Demi Keagungan dan KemuliaanKu, ketika itu pun kau tidak akan memperolehi apa-apa selain yang telah aku tetapkan, malahan engkau termasuk di dalam golongan orang yang tercela di sisiKu."

30 March 2009

SUARA SYAITAN YANG MENGGODA KETEGUHAN IMAN

SHEIKH ABDUL QADIR JAILANI adalah seorang alim ulama dan ahli sufi yang cukup dikenali keutamaan dan kemuliaan ilmunya di kalangan umat Islam. Kerana sikapnya yang warak atau dekat dengan Allah, banyak pengikutnya yang berlebih-lebihan memuliakannya.

Diceritakan suatu hari Sheikh Abdul Qadir Jailani berjalan merantau seorang diri. Dalam mengharungi padang pasir yang panas terik itu ia merasa kehausan. Tiba-tiba ia melihat sebuah bejana dari perak melayang di udara lalu perlahan-lahan turun kepadanya diselimuti awan diatasnya.

Saat itu diceritakan terdengar suara ghaib di angkasa : "Hai Abdul Qadir, minumlah isi bejana ini. Hari ini kami telah menghalalkan kamu makan dan minum semua yang selama ini aku haramkan . Dan telah kugugurkan semua kewajipan untukmu." Bunyi suara ghaib itu.

Sebagai orang yang arif, Abdul Qadir cukup tahu bahawa suara ghaib yang menyerupai wahyu itu cuma syaitan yang menggoda keteguhan imannya. Maka marahlah ia dan berkata : "Hai mal'un beredarlah engkau dari sini. Sesungguhnya aku tiada lebih mulia dibandingkan dengan Nabi Muhammad S.A.W di sisi Allah Taala. Kepada Rasulullah sahaja tidak mungkin berlaku ketentuan semacam itu. Barang yang diharamkan Allah selamanya tetap haram, dan kewajipan hamba kepadanya tidak pernah digugurkan termasuk pada diriku." Ujarnya tegas.

26 March 2009

DOSA MENDEDAHKAN AURAT...


Allah berfirman di dalam Alquran:
"Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan yang beriman supaya menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram), dan memelihara kehormatan mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali yang zahir daripadanya; dan hendaklah mereka menutup belahan leher bajunya dengan tudung kepala mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka melainkan kepada suami mereka, atau bapa mereka atau bapa mertua mereka atau anak-anak mereka, atau anak-anak tiri mereka, atau saudara-saudara mereka, atau anak bagi saudara-saudara mereka yang lelaki, atau anak bagi saudara-saudara mereka yang perempuan, atau perempuan-perempuan Islam, atau hamba-hamba mereka, atau orang gaji dari orang-orang lelaki yang telah tua dan tidak berkeinginan kepada perempuan, atau kanak-kanak yang belum mengerti lagi tentang aurat perempuan; dan janganlah mereka menghentakkan kaki untuk diketahui orang akan apa yang tersembunyi dari perhiasan mereka; dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, wahai orang-orang yang beriman, supaya kamu berjaya. (An-Nuur: Ayat 31).

Tambahan penjelasan bagi 12 Orang di atas

- suami mereka [tanpa batasan aurat], ayah mereka, ayah suami mereka (Mertua), putra-putra mereka (Anak2 lelaki), putra-putra suami mereka(anak2 tiri suami), saudara-saudara laki-laki mereka (Adik beradik), putra-putra saudara laki-laki mereka(Anak- anak lelaki kpd Abg atau adik), putra-putra saudara perempuan mereka(Anak-anak lelaki kpd Kakak atau adik), wanita-wanita Islam (wanita Muslimah), budak-budak yang mereka miliki(Hamba- hamba sahaya), pelayan-pelayan laki-laki yang tidak mempunyai keinginan (terhadap wanita) dan anak-anak yang belum mengerti tentang aurat wanita.

*Aurat wanita Selain Dari orang yg 12 di atas adalah tidak boleh bersentuhan kulit, kedua belah tapak tangan dan muka.

Imam Baghawi mengatakan: Yang dimaksudkan dengan perhiasan di sini ialah: perhiasan yang tersembunyi, yakni: gelang kaki, inai di kaki, gelang di pergelangan tangan, anting-anting dan kalung. (Tafsir Baghawi 6/34)

Kesimpulan, yang halal didedahkan kepada mahram dan kepada wanita ialah anggota-anggota yang boleh diletakkan perhiasan padanya secara ghalib.

Contohnya:

* Tengkuk kerana ia boleh diletakkan perhiasan iaitu kalung.
* Lengan kerana ia boleh diletakkan perhiasan iaitu gelang.
* Kaki kerana ia boleh diletakkan perhiasan iaitu inai.
* Betis kerana ia boleh diletakkan gelang kaki.
* Kepala kerana ia boleh diletakkan perhiasan iaitu anting-anting di telinganya dan lain-lain.

Manakala anggota yang tidak ada perhiasan, maka tidak boleh didedahkan seperti: dada, paha, perut, dan yang seumpamanya. Anggota-anggota itu hanya khas untuk suami sahaja. (Fatawa Syeikh Masyhur Ali Salman)

ANTARA PERSOALAN YG TIMBUL

SOALAN:
Minta penjelasan mengenai hukum seorang perempuan berambut pendek tetapi dia bertudung litup. Adakah ianya menyerupai kaum lelaki dengan berambut pendek?

بسم الله
والحمد لله والصلاة والسلام على رسول الله وعلى آله وصحبه ومن والاه أما بعد


- Tidak halal bagi wanita memotong rambutnya sehingga menyerupai lelaki. Kerana syarak melarang wanita menyerupai lelaki, dalam hadis:

لعن رسول الله صلى الله عليه و سلم المتشبهات بالرجال من النساء والمتشبهين بالنساء من الرجال

Maksudnya: Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam melaknat wanita yang meyerupai lelaki, dan lelaki yang menyerupai wanita.
Direkod oleh Abu Daud (no: 4099) dan Tirmizi (no: 2784). Dinilai sahih oleh Tirmizi.

Kata Syeikh Uthaimin: Perbuatan wanita memotong rambut sehingga menyerupai lelaki adalah termasuk dalam dosa-dosa besar.

- Hukum ini tidak berbeza antara yang mendedahkan rambutnya d hadapan orang lain, atau tidak mendedahkan rambutnya. Bagi yang mendedahkan rambutnya, dosanya lebih besar kerana membuka aurat.

**Adapun memotong rambut yang panjang supaya menjadi lebih pendek, tanpa menyerupai lelaki maka tidak ada larangan daripada syarak.

Dalam Sahih Muslim:

وكان أزواج النبي صلى الله عليه و سلم يأخذن من رؤوسهن حتى تكون كالوفرة

Maksudnya: Para isteri Nabi Sallallahu Alaihi Wasallam menipiskan sedikit rambut di kepala mereka, sehingga menjadi seperti 'wafrah' (iaitu rambut yang tidak melebihi telinga). (Sahih Muslim no: 320).

Kata Imam Nawawi: Hadis ini menunjukkan harus menipiskan rambut wanita, Wallahu A'lam. (Syarah Sahih Muslim 4/5)

SOALAN:

Adakah benar aurat anak lelaki yg sudah baligh dgn ibunya adalah sama spt aurat anak itu dgn org lain?maknanya auratnya adalah antara pusat dan lutut?

Adakah ia juga terpakai terhadap anak perempuan dgn ayahnya?

1) Seorang yang sudah mukallaf (aqil, baligh) haram mendedahkan auratnya kecuali di hadapan isterinya dan hamba sahayanya. Maka tidak boleh mendedahkan auratnya di hadapan ibunya atau kakak-kakaknya.

Sabda Nabi SAW:

احفظ عورتك إلا من زوجتك أو ما ملكت يمينك

Maksudnya: Jagalah aurat kamu kecuali terhadap isteri kamu dan hamba-hamba yang kamu miliki. Direkod oleh Abu Daud, Tirmizi dan lain-lain.

2) Berkenaan dengan aurat wanita dengan ayah kandung pula, Quran telah menjelaskan:

ولا يبدين زينتهن إلا لبعولتهن أو آبائهن أو آباء بعولتهن أو أبنائهن أو أبناء بعولتهن أو إخوانهن أو بني إخوانهن أو بني أخواتهن أو نسائهن أو ما ملكت أيمانهن أو التابعين غير أولي الإربة من الرجال

Maksudnya: Dan janganlah menampakkan perhiasannya, kecuali kepada suami mereka, atau ayah mereka, atau ayah suami mereka, atau putra-putra mereka, atau putra-putra suami mereka, atau saudara-saudara laki-laki mereka, atau putra-putra saudara laki-laki mereka, atau putra-putra saudara perempuan mereka, atau wanita-wanita Islam, atau budak-budak yang mereka miliki, atau pelayan-pelayan laki-laki yang tidak mempunyai keinginan (terhadap wanita) atau anak-anak yang belum mengerti tentang aurat wanita. (Al-Nur:31). .

Anggota-anggota yang boleh menerima perhiasan seperti rambut, tangan, kaki, betis, bahagian atas dada, harus didedahkan kepada mahramnya selagi tidak membawa fitnah lain. Manakala anggota yang tidak boleh menerima perhiasan, seperti perut, paha, dan dada hanya khas untuk suaminya sahaja.

Wallahu A'lam.


SOALAN:

Saya ada kemuykilan tentang pereka fesyen nih..

1) Apa hukumnya fashion designer islam membuat baju yg mendedah aurat
kat non muslim??

2) Kalau non muslim tempah baju kat fesyen designer muslim..boleh x kita buat utk dia??(baju yg dia suruh buat tuh dedah aurat jugak)

Alhamdulillah. kami akan cuba menjawab soalan anda dengan kadar kemampuan yang ada, Insya-Allah.

Didalam situasi membuat atau me-reka cipta baju yang mendedahkan aurat wanita non-muslim, walaupun yang memakainya merupakan wanita non-muslim, akan tetapi, yang melihat wanita tersebut kemungkinan besar terdiri dari LELAKI muslim juga. Lelaki muslim tetap haram melihat aurat wanita muslim ataupun non-muslim. Jangan kita melibatkan diri dialam kerja-kerja yang secara tidak langsung membantu maksiat.

Firman Allah swt :-

وَتَعَاوَنُوا عَلَى الْبِرِّ وَالتَّقْوَى وَلَا تَعَاوَنُوا عَلَى الْإِثْمِ وَالْعُدْوَانِ

"dan hendaklah kamu bertolong-tolongan untuk membuat kebajikan dan bertakwa dan janganlah kamu bertolong-tolongan pada melakukan dosa (maksiat) " [surah al-Maaidah : 2]

------------ ------
Berikut kami petikan fatwa Syeikh Muhammad Al-Mukhtar Al-Shinqiti, Pengarah Pusat Islam di South Plains, Lubbock, Texas :

Cara kita bersyukur kepada Allah yang telah menganugerahkan kita bakat ialah dengan menggunakannya kearah apa yang telah diajarkan. Mereka yang beriman seperti Nabi Sulaiman as. meletakkan semua yang dia ada kepada Allah dan memahami bahawa mereka diuji oleh Allah, sebagaimana firmannya :-

"Berkata pula seorang yang mempunyai ilmu pengetahuan dari Kitab Allah: Aku akan membawakannya kepadamu dalam sekelip mata! Setelah Nabi Sulaiman melihat singgahsana itu terletak di sisinya, berkatalah dia: Ini ialah dari limpah kurnia Tuhanku, untuk mengujiku adakah aku bersyukur atau aku tidak mengenangkan nikmat pemberianNya dan (sebenarnya) sesiapa yang bersyukur maka faedah syukurnya itu hanyalah terpulang kepada dirinya sendiri dan sesiapa yang tidak bersyukur (maka tidaklah menjadi hal kepada Allah), kerana sesungguhnya Tuhanku Maha Kaya, lagi Maha Pemurah. " [Al-Naml : 40]

Di pihak lain pula, mereka yang tidak beriman akan meletakkan apa yang mereka ada keatas akal dan fikiran mereka. Qarun merupakan contoh terbaik sebagaimana firman Allah swt :-

"Qarun menjawab (dengan sombongnya): Aku diberikan harta kekayaan ini hanyalah disebabkan pengetahuan dan kepandaian yang ada padaku. (Kalaulah Qarun bijak pandai) tidakkah dia mengetahui dan pandai memahami, bahawa Allah telah membinasakan sebelumnya, dari umat-umat yang telah lalu, orang-orang yang lebih kuat daripadanya dan lebih banyak mengumpulkan harta kekayaan ? Dan (ingatlah) orang-orang yang berdosa (apabila mereka diseksa) tidak lagi ditanya tentang dosa-dosa mereka, (kerana Allah sedia mengetahuinya) . " (Al-Qasas 28:78)

Sahabat anda merupakan orang yang beriman sebagaimana dia mengatakan bahawa Allah telah memberikannya bakat, maka apa yang perlu dia lakukan adalah menggunakannya kejalan yang Allah redha dan melahirkan kesyukran kepadaNya. Mencipta baju yang tidak dibenarkan didalam Islam BUKANlah cara sahabat anda melahirkan tanda kesyukarannya kepada Allah. Saya menasihatkan dia agar membuat atau mencipta pakaian Islam yang dapat menarik orang ramai dan menjadikan mereka menyukai fesyen pakaian Islam. Dengan cara ini, dia akan mengkombinasikan misi pribadinya dan juga perniagaannya.


Analogi ini juga boleh kita lihat kenapa Islam mengharamkan kita menjual khinzir dan Arak kepada Non-Muslim.

Ia berdasarkan Sabda Nabi :-

إن الله إذا حرم شيئا حرم ثمنه

"Sesungguhnya apabila Allah mengharamkan sesuatu, dia juga mengharamkan harganya" [DiRiwayatkan oleh Imam Ahmad, Sahih al-Jami'].

BERTEMU JANJI ALLAH


Di sisi Islam, kejayaan manusia tidak diukur dari aspek penguasaan kehidupan dunia. Kejayaan hakiki bergantung kepada sejauh manakah manusia mampu berusaha menyingkap segala rahsia hidup yang abadi.

Hitam putih masa depan kehidupan akhirat seseorang adalah dicorakkan sendiri oleh pegangan hidup seseorang itu semasa di dunia. Allah SWT telah mendatangkan para rasulNya bersama wahyu sebabagai panduan untuk umat manusia.

Buku ini mengajak pembaca menelusuri jejak-jejak menuju mahsyar. Ia cukup menyentuh dan menyayat hati. Dengan mengikuti huraian tentang hari qiamat dan alam akhirat. Tok Guru cuba mendorong kita untuk menjadi mukmin yang lebih mencintai akhirat, justeru di sanalah hidup kita yang sebenar, dunia keabadian dalam pertemuan yang pasti di sisi Allah SWT.


Harga = RM17.00 (Sem) RM19.00 (Sab / Swk)
Mukasurat = 190
Karya = Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat
Penerbit = Anbakri Publika Sdn Bhd

* Sesuai dibaca untuk semua peringkat umur dari remaja hingga dewasa... Banyak menceritakan tentang berita akhirat... semoga ia bermanfaat untuk ilmu kita dan mendekatkan diri kita kepad Allah.

* Kita mohon doa diberi kekuatan untuk amal dan kita sampaikan...

25 March 2009

KELEBIHAN UMAT RASULULLAH S.A.W MENURUT PANDANGAN NABI ADAM A.S

Disebutkan bahawa Nabi Adam A.S telah berkata, "Sesungguhnya Allah S.W.T telah memberikan kepada umat Muhammad S.A.W empat (4) kemuliaan yang tidak diberikan kepadaku:

* Taubatku hanya diterima di kota Mekah, sementara taubat umat Nabi Muhammad S.A.W diterima di sebarang tempat oleh Allah S.W.T.

* Pada mulanya aku berpakaian, tetapi apabila aku berbuat derhaka kepada Allah S.W.T, maka Allah S.W.T telah menjadikan aku telanjang. Umat Muhammad S.A.W membuat derhaka dengan telanjang, tetapi Allah S.W.T memberi mereka pakaian.

* Ketika aku telah berderhaka kepada Allah S.W.T, maka Allah S.W.T telah memisahkan aku dengan isteriku. Tetapi umat Muhammad S.A.W berbuat derhaka, Allah S.W.T tidak memisahkan isteri mereka.

* Memang benar aku telah derhaka kepada Allah S.W.T dalam syurga dan aku dikeluarkan dari syurga, tetapi umat Muhammad S.A.W derhaka kepada Allah akan dimasukkan ke dalam syurga apabila mereka bertaubat kepada Allah S.A.W."

23 March 2009

ANAK KECIL YANG TAKUT API NERAKA

Dalam sebuah riwayat menyatakan bahawa ada seorang lelaki tua sedang berjalan-jalan di tepi sungai, sedang dia berjalan-jalan dia terpandang seorang anak kecil sedang mengambil wudhu' sambil menangis.

Apabila orang tua itu melihat anak kecil tadi menangis, dia pun berkata, "Wahai anak kecil kenapa kamu menangis?"

Maka berkata anak kecil itu, "Wahai pakcik saya telah membaca ayat al-Qur'an sehingga sampai kepada ayat yang berbunyi, "Yaa ayyuhal ladziina aamanuu quu anfusakum" yang bermaksud, "Wahai orang-orang yang beriman, jagalah olehmu sekalian akan dirimu." Saya menangis sebab saya takut akan dimasukkan ke dalam api neraka."

Berkata orang tua itu, "Wahai anak, janganlah kamu takut, sesungguhnya kamu terpelihara dan kamu tidak akan dimasukkan ke dalm api neraka."

Berkata anak kecil itu, "Wahai pakcik, pakcik adalah orang yang berakal, tidakkah pakcik lihat kalau orang menyalakan api maka yang pertama sekali yang mereka akan letakkan ialah ranting-ranting kayu yang kecil dahulu kemudian baru mereka letakkan yang besar. Jadi tentulah saya yang kecil ini akan dibakar dahulu sebelum dibakar orang dewasa."

Berkata orang tua itu, sambil menangis, "Sesungguh anak kecil ini lebih takut kepada neraka daripada orang yang dewasa maka bagaimanakah keadaan kami nanti?"

17 March 2009

FADHILAT MEMBACA BISMILLAH...



Membaca Bismillah setiap kali melakukan sesuatu pekerjaan atau perbuatan sebenarnya memberi kebaikan yang sangat banyak. Allah sendiri memerintahkan para malaikat supaya mencatat pahala bagi umat manusia yang membaca Bismillah.

Seseorang yang membaca Bismillah sebanyak 21 kali ketika hendak tidur, akan aman daripada gangguan syaitan, kecurian, maut yang mendadak dan bala. Sementara pasangan yang membacanya ketika hendak berjimak, akan melahirkan anak yang soleh dan bagi ibu bapanya kebajikan sejumlah tarikan nafas anak itu.

Membaca 41 kali Bismillah ke telingan orang yang pengsan, insya Allah dia akan segera sedar. Membaca 313 kali Bismillah serta 100 kali selawat ke atas Nabi SAW pada waktu pagi hari Ahad sewaktu matahari terbit dengan menghadap kiblat, insya Allah akan mendapat rezeki yang tidak terduga.

Bagi ibu bapa yang mempunyai anak yang bebal, eloklah dibaca Bismillah sebanyak 786 kali, kemudian ditiupkan pada air lalu diberi minum anak itu selama tujuh hari pada saat matahari terbit, insya Allah lenyaplah kebebebalannya. Perkara yang sama juga dilakukan kepada adik-beradik, suami, isteri atau sesiapa yang dimaksudkan.

Sesiapa yang membaca 50 kali Bismillah di hadapan orang orang zalim, akan tunduk dan takutlah orang zalim itu. Bagi perempuan yang hamil, tulislah 61 kali kalimah Bismillah hingga akhirnya dengan huruf Arab di atas kertas putih lalu sisipkannya ke perut wanita itu, insya Allah hidup anak yang dikandung itu.

Mereka yang berniaga, bacalah 786 kali di hadapan dagangannya lalu dihembuskan selama tujuh hari. Insya Allah dengan izin Allah akan majulah perniagaannya.

Artkel diambil dari Darul Nu'man - http://www.darulnuman.com/mhikmah/bismi.html

13 March 2009

Pahala Sebanyak Bintang di Langit...


Suatu malam Baginda Rasulullah SAW dan isterinya Sayidatina Aisyah r.ha. berdiri di depan rumahnya sambil memandang keindahan langit ciptaan Allah SWT.

Sayidatina Aisyah r.ha. bertanya kepada Rasulullah SAW, "Ya Rasulullah SAW, pahala siapakah sebanyak bintang-bintang di langit itu.

Di dalam hatinya sayidatina Aisyah r.ha. menebak pahala sebanyak ini pasti pahala bapanya.

"Pahala sebanyak ini adalah pahala sahabatku Umar (r.a.)", jawab Rasulullah SAW.

Sayidatina Aisyah r.ha. terkejut, lalu ia bertanya, "Ya Rasulullah SAW bagaimana dengan bapaku?".

Rasulullah SAW tersenyum kepada isterinya sambil Baginda SAW berkata, ketahuilah isteriku, satu hari penghijrahan Abu Bakar (r.a.) bersamaku pahalanya lebih banyak dari pahala Umar (r.a.) dan keluarganya sampai hari kiamat.

03 March 2009

SATU SUBAHANALLAH… MEMBEZAKAN TINGKAT SYURGA


Kita panjatkan kesyukuran kepada Allah SWT.. Kerana apa… kerana Allah SWT telah pilih kita… Allah SWT masih memberikan nikmat-Nya… dan kita mudah menunaikan segala perintah yang disuruh oleh Allah… solat, puasa, bayar zakat dan tunaikan Haji sebagaimana cara yang Allah swt tunjukkan…

Kalaulah manusia ini aku, engkau, dia… Allah nampakkan pahala ganjaran amal-amal agama ini, maka tidak dapat manusia ini membayangkan ganjaran yang terlalu besar… amal-amal agama ini Allah hijabkan di dunia ini… tapi bila kita kembali kepada Allah kelak, bila kita mati.. maka amal-amal agama yang kita amalkan sepanjang hidup kita akan dibuka seluas-luasnya.. kesan tahajud, kesan baca quran, kesan sedekah, solat berjemaah… semua amal-amal agama ini akan dibuka pahalanya kelak apabila kita sudah meninggal dunia...

Bahkan apabila seseorang itu telah kembali kepada Allah… maka dia minta balik ke dunia semula… bukan nak minta balik dalam masa yang lama, bukan setahun, bukan dua tahun… bukan sehari.. tapi sesaat pun sudah cukup baginya… Allah dah beri kita hidup 60 tahun, 70 tahun… dulu yer masa hidup tak nampak perkara ini… tapi apabila sudah meninggal baru nampak keadaan yang sebenar... tempat kita di mana, roh kita bersama dengan siapa… bersama roh-roh orang soleh ker, roh para sahabat, roh para nabi, ataupun roh orang-orang kafir orang mungkar dan sebagainya…

Nak balik ke dunia walau satu saat… walau satu saat… bukan nak lihat keindahan dunia dan sebagainya… tapi hanya nak ucapkan satu Subahanallah… kerana apa, alim ulama ada beritahu apabila kita ucap satu tasbih maka ganjarannya sangat2 besar… di akhirat kelak satu Subahanallah sahaja sudah membezakan tingkat dan darjat dalam syurga…

Hari ini kita tahu nilai-nilai di dunia… kita tahu nilai SPM, Diploma, Ijazah, Master, Phd… Semua orang faham nilai2 ini.. tapi nilai2 agama jarang kita dengar dan jarang kita ceritakan… jadi kita orang islam kita kena bersyukur lah.. kerana apa.. dalam banyak-banyak manusia yang ada kat atas dunia ini hanya orang islam macam kita ini yang ada kalimah Lailahaillallah… orang yang sangat mulia disisi Allah swt… yang tiada kalimah ini, Allah tidak lihat dan tidak pandang… tapi kita yang ada kalimah inilah yang Allah pandang…

Dikatakan bahawa, jika tidak ada seorang pun yang tahu ucapkan kalimah tauhid ini, semua tempat di dunia ini tidak ada orang yang beriman dan ucap kalimah ini di Timur, Barat, Selatan dan sebagainya… maka Allah akan kiamatkan dunia ini… dah tak bernilai lagi dunia ini.. Berkat ada orang yang beriman, yang taat yang amal agama ada kalimah tauhid, maka Allah kekalkan lagi dunia ini sehinga kini… turunkan hujan, bagi udara, bagi rezeki dan bermacam-macam nikmat lagi yang Allah berikan… ini semua berkat ada orang islam…

Kita kena bersyukur pada Allah swt.. kerana jika seorang islam itu taat dan amal perintah agama, maka Allah beri ia pahala… tapi orang yang bukan islam, walaupun dia buat amal kebajikan, bersedekah, tolong orang lain dan sebaginya… tapi Allah tidak beri pahala kepadanya… Allah balas segala kebaikan orang bukan islam tersebut didunia… tapi bila mati kelak, mati tanpa iman, maka Allah akan masukkan ke neraka jahanam… tempat kembali yang seburuk-buruknya… Na’uzubillah…

Orang islam macam kita ini… bila kita beriman, taat perintah Allah, tidak syirik kepada Allah… walaupun kita miskin, kita tidak ada apa-apa… harta dan kemewahan dunia… hidup pun tak lama 60 dan 70 tahun dan bila kita mati dengan iman, ucap kalimah lailahaillallah, maka sekecil-kecil syurga yang kita dapat, alim ulama bagi tahu… sepuluh kali besarnya dunia ganjaran syurga kita dapat… itu yang kita kan dapat jika iman kita sebesar zarah, sebesar biji sawi… terlalu kecil, tapi diberi ganjaran sepuluh kali besarnya dunia… Masya-Allah…

Syurga ini merupakan sebuah tempat yang hebat, penuh dengan ketenangan dan kesenangan… tempat yang sebenar-benarnya kita tuju… itu pun kita tidak mampu nak bayangkan bagaimana kehebatan dan kecantikan syurga macam-mana… akal kita terbatas dalam perkara tersebut… terlalu hebat… tidak seperti yang kita gambarkan dan bayangkan… malah lebih daripada itu sebenarnya… penuh dengan nikmat yang berterusan…

Firman Allah SWT: “Sesungguhnya orang-orang yang beriman dan mengerjakan amal-amal saleh, bagi mereka syurga-syurga yang penuh kenikmatan” (Luqman: 8).

Apa yang ada di syurga merupakan apa yang tidak pernah terlintas dalam fikiran, terbayang oleh manusia… kenikmatan yang tidak pernah dilihat oleh manusia… kenikmatan yang sebenar-benar nikmat…

Hari ini nikmat kita di dunia… sebagai contoh kita berasa haus dan lapar… maka apabila kita minum segelas air… sudah sangat-sangat berasa nikmat… kita minum lagi dan lagi.. sehingga kita berasa muak… sudah tidak ada nikmatnya… tetapi bila di syurga kelak… bila kita minum kali yang pertama.. kita akan berasa sedap.. kali kedua bertambah sedap… ke tiga bertambah-tambah sedap… dan seterusnya semakin sedap dan sedap… semakin nikmat semakin nikmat… itu di syurga… sebaliknya didunia…

Jadi disyurga kelak, Allah akan sediakan apa yang kita inginkan di dunia dulu… jika di dunia Allah haramkan orang islam meminum arak, maka di syurga kelak Allah akan sediakan arak untuk orang islam… sungai arak… arak yang tidak memabukkan… penuh dengan kenikmatan.. tidak seperti di dunia di mana araknya memabukkan dan melalaikan… madu di dunia pun sekarang jika kita ikutkan harga semasa sungguh mahal… madu tualang misalnya… RM 60, RM 100 sebotol, seliter dan sebagainya… sungguh mahal… tapi disyurga kelak… Allah akan sediakan sungai madu yang mengalir di bawah syurga Allah… begitu juga dengan susu… Allah akan sediakan sungai susu di syurga kelak.. sungai susu yang mengalir dibawah syurga Allah… kita minumlah sepuas-puasnya.. kita tidak akan mabuk… malah bertambah nikmat… dan semakin bertambah nikmat…

Hari ini.. di dunia… kebanyakan perkara orang islam tak boleh buat… tidak seperti orang bukan islam… tapi bila kita sabar, dengan iman kita taat perintah Allah… Allah swt akan tunaikan segala keinginan kita di hari akhirat kelak… tapi dalam dunia ini kita kena taat segala perintah Allah terlebih dahulu… keinginan kita di dunia hendaklah sama dengan keinginan Allah… Allah nak buat apa kita buat, kita buat… Allah suruh kita solah maka kita solat… Allah suruh kita memakmurkan masjid, maka kita memakmurkan masjid… Allah suruh kita buat kebaikan, maka kita banyakkan kebaikan.. Allah suruh kita tinggalkan larangan Allah, maka kita tinggalkan segala larangan Allah… kita buat segala suruhan dan perintah Allah tidak lama sebenarnya… 60 tahun, 70 tahun… selagi kita bersabar dengan perintah dan larangan Allah… insyaAllah bila kita mati kelak.. maka kita orang yang Berjaya disisi Allah…

Kejayaan yang sebenar apabila kita mati adalah mendapat keredaan dari Allah swt… bila kita dapat redha Allah, maka semua kita akan dapat.. kita akan dapat syurga Allah… penuh dengan kenikmatan… dikatakan untuk ahli syurga dihidangkan saprah makanan untuknya sejauh berbatu-batu panjangnya… bermacam-macam jenis makanan terhidang untuknya… semuanya penuh kenikmatan… sehingga diceritakan bahawa seorang ahli syurga telah memakan buah pisang dengan banyaknya dek lantaran kenikmatan buah pisang tersebut… sehingga ditegur oleh malaikat untuk mencuba buah-buahan yang lain selain buah pisang… disebabkan kenikmatan buah pisang tersebut maka dia tadi tidak sanggup memakan selain buah pisang… “cuba kamu lihat dibelakang kamu.” Kata malaikat… bila ditoleh orang tadi maka dilihatnya segunung kulit buah pisang yang dia makan tadi dibelakangnya… sungguh nikmat sehingga tidak terasa… apatah lagi buah-buahan yang lain… Subahanallah…

Ini semua hanyalah bayangan dan gambaran semata-mata… apa yang pasti ia lebih hebat daripada ini… di syurga tidak ada tandas… tidak ada qada’ hajat.. kecil atau besar… kita makan banyak mana sekali pun kita tidak akan buang air besar dan kecil… sebaliknya keluar air peluh yang wangi dari rongga-rongga badan kita… kentut pun tiada di syurga… ini lah hebatnya syurga.. yang Allah sediakan untuk orang-orang yang beriman….

Orang yang ketika didunianya taat perintah Allah dengan penuh kesabaran… sabar yang sekejap… sebelum kita mati… apa yang nak diberi tahu bahawa tujuan kita adalah akhirat… tempat yang kekal abadi… tempat yang sebenarnya kita akan pergi… dunia ini hanya sementara sahaja… gurau-gurau senda sahaja… tapi inilah tempat-tempat yang paling penting kepada manusia.. dunia inilah.. apa yang kita usahakan di dunia akan memberi kesan selepas kita mati…

Kita akan berada di alam kubur beribu-ribu tahun.. sebelum ini kita di alam roh… alam yang mana kita ditempatkan dengan roh-roh yang lain, usia yang sama semuanya… Cuma jasad kita sahaja yang dihantar pada masa-masa yang berlainan… ketika itu kita berjanji dengan Allah… Allah berkata “Siapa Aku” maka semua kita berkata bahawa Allah adalah tuhan kita, Allah yang memberi rezeki, Allah yang memelihara, yang memberi manfaat… dan kita yakin dengan Allah ketika di alam roh… maka Allah nak uji penyaksian kita tersebut dengan menghantar kita semua ke dunia ini… dengan asbab-asbab yang tertentu.. dunia yang sedang kita pijak… maka didunia ini kita diuji dengan segala macam ujian.. semuanya adalah untuk melihat sejauh mana penyaksian kita kepada Allah…

Maka ada diantara kita yang lemah dan semakin hilang keyakinan kepada Allah… bila kita ditimpa musibah… ditimpa segalam macam sakit… maka kita akan ingat kepada ubat.. kita yakin dengan doktor yang merawat… tapi kita langsung tidak ingat bahawa yang memberi sakit dan sembuh adalah Allah swt… kita tidak pernah beristighfar kepada Allah yang memberi sakit… kita tidak minta pertolongan daripada Allah… kita tidak yakin yang beri sembuh adalah Allah dan beri sakit juga adalah Allah…. Inilah yakin kita sebenarnya…

Oleh itu… mari kita kembali kepada Allah… dan inilah hakikat kalimah tauhid kalimah yakin iaitu lailahaillallah… “Tiada Tuhan Melainkan Allah”… maksud sebenarnya adalah Allah Maha Kuasa dan makhluk sedikitpun tiada kuasa… kita kena yakin bahawa apa-apa yang berlaku atas muka bumi ini adalah di atas kekuasaan Allah… kita perlu banyak menceritakan kebesaran Allah kepada semua manusia… dengan ini maka mudah kita untuk ucap kalimah lailahaillallah di akhir hayat kita kelak.. Insayaallah…

16 February 2009

JANGAN BERSEDIH...

Sepanjang kita mengharungi kehidupan seharian dan hari-hari yang sebelumnya, pastilah kita merasa sedih, dan sedih itu memang merupakan sifat semula jadi manusia… aku, engkau , dia… semua kita pasti merasai sedih… belum pernah dan tidak akan ada manusia yang tidak pernah merasai sedih… Ia adalah mustahil… sangat mustahil.. kerana itu adalah sunnah Allah…

Persoalannya kenapa perlu kita bersedih?

Setiap ciptaan Allah ada pasangannya yang tersendiri… seperti lelaki pasangannya adalah wanita, bulan pasangannya matahari, dan aku ada pasangan aku sendiri, hehehe… begitu juga dengan sedih, sedih pasangannya adalah gembira… ya gembira!!! Kenapa kita pilih untuk bersedih jika ada gembira… kenapa kita pilih derita jika ada suka, bahagia… tetapi kebanyakan kita masih lagi bersedih.. huhu, aku bertanyakan kepada diri kenapa..? kenapa…? Kenapa..?

Rupanya sudah menjadi sifat kita manusia… akan bersedih, bersedih kepada sesuatu yang mungkin hanya kita sendiri ada alasannya… mungkin bersedih kerana tidak dapat gaji, bersedih kerana gagal dalam peperiksaan, bersedih kerana putus cinta, dan sekarang mungkin ada yang bersedih kerana dibuang kerja dek kemerosotan ekonomi dunia… dan banyak lagi alasan-alasan yang lain.. yang aku tak tahu… kenapa kita nak bersedih sangat… adakah anda sedang bersedih… baca blog pun bersedih.. huhu..

Walau bagaimana sedih pun kita, kita perlu atasi rasa kesedihan tersebut… jika tidak, kita akan menjadikan sedih itu sebagai belenggu yang menghantui perasaan kita… sehingga kita menjadi hamba kepada perasaan kita sendiri yang akhirnya menjadikan kita hilang pertimbangan dan sebagainya… kita akan menjadi murung, buat kerja sambil lewa, merasa malas, duduk bersendirian, tidur tak lena, mandi pun tak nak… apalah nak jadi nii… sedih punya pasal…

Ya.. kita memang perlu bersedih… sangat perlu… kenapa kita perlu bersedih..? kita hanya manusia, yang penuh dengan dosa dalam diri kita… banyak maksiat dan perkara mungkar telah kita buat, sedar atau tidak… perintah Allah kita langgar, Suruhan Allah langsung ditinggalkan, sunnah Nabi apatah lagi… aku, engkau, dia.. kita perlu bersedih… sedih dengan nasib diri yang tidak tahu apakah penghujungnya… dengan amalan dan ibadat yang entah kemana.. mana mungkin aku, engkau, dia dapat masuk syurga… sedihnya aku jika segala amalan dan ibadat yang dibuat sepanjang hidup ini tidak diterima oleh Allah… sedihnya aku… solat aku lengahkan, jika solatpun tidak pernah khusyuk… sedihnya… sedih lagi pada orang yang kata dirinya islam tapi tidak pernah nak amal agama… jika ada pun kerana terpaksa.. baik tak payah buat… katanya.. sedihnya aku dengan orang macam ini… beribadat kerana terpaksa… semoga Allah buka pintu hatinya…

Bila kita sedih dengan nasib diri kita pada penghujung hayat kita kelak… maka kita akan mudah untuk amal agama.. amal segala bentuk ibadat, dari yang fardu sehinggalah yang sunat… dek lantaran kesedihan kita, maka Allah buka pintu hati kita… bukan dengan kita hanya bersedih semata-mata… tetapi kita kena minta pada Allah diberi kekuatan untuk amal agama dan sebagainya…

Suatu ketika seorang sahabat sedang bersedih, lantas Rasulullah saw bertemu dan bertanya kepadanya: “Wahai sahabat, mengapa kamu bersedih?”

Sahabat tersebut menjawab: “Ya Rasulullah, aku bersedih kerana beban hidup yang terlalu berat di atas bahuku.”

“Apa dia?” kata Rasulullah.

“Hutang yang membelenggu diriku, dan kesedihan yang mengikat sanubariku.”

Baginda bertanya: “Apakah kau ingin aku ajarkan satu doa, satu amalan, yang jika kau amalkan nescaya segala kesedihan, segala kedukaan, akan diangkat oleh Allah SWT, akan dipulihkan, akan diganti dengan kegembiraan dan kebahagiaan?”

“Balaa ya Rasulullah. Sebutlah, apakah doa, apakah amalan tersebut ya Rasulullah.”

Lalu baginda mengajarkan sepotong doa. “Wahai sahabatku, jika kamu amalkan doa ini setiap pagi dan setiap petang, insya-Alllah sebanyak mana pun hutangmu, akan dilunaskan Allah SWT, setebal mana pun kedukaanmu, akan dilenyapkan oleh Allah.”

Apakah doa tersebut…

Maka Baginda mengajarkan kepada kita doa tersebut…

“ALLAHUMMA INNI A’UZUBIKA MINAL HAMMI WAL HAZAN WA A’UZUBIKA MINAL A’ZIWALKASAN WA A’UZUBIKA MINAL JUBNI WAL BUKHLI WA A’UZUBIKA MIN GHALABATID DAIN WA KOHRUL RIJAL”

“Ya Allah Aku Berlindung Daripada Keresahan Dan Kesedihan, Aku Berlindung Kepada Mu Ya Allah, Daripada Sifat Malas Dan Juga Lemah Dan Aku Berlindung Kepada Mu Ya Allah Daripada Sifat Penakut Dan Juga Bakhil, Aku Berlindung Kepada Mu Ya Allah Dari Beban Hutang”

Semoga Allah beri kekuatan kepada aku untuk amalkan doa ini pagi dan petang… dan terima segala amal ibadatku… kita semua kena minta pada Allah lagi dan lagi… banyakkan doa.. jika kita masih bersedih, biarlah kesedihan kita itu adalah kerana kekurangan diri kita dalam mengabdikan diri kita kepada Allah…

BALASAN MENINGGALKAN SOLAT

Diriwayatkan bahawa pada suatu hari Rasulullah S.A.W sedang duduk bersama para sahabat, kemudian datang pemuda Arab masuk ke dalam masjid dengan menangis.

Apabila Rasulullah S. A.W melihat pemuda itu menangis maka baginda pun berkata, "Wahai orang muda kenapa kamu menangis?"

Maka berkata orang muda itu, "Ya Rasulullah S.A.W, ayah saya telah meninggal dunia dan tidak ada kain kafan dan tidak ada orang yang hendak memandikannya."

Lalu Rasulullah S.A.W memerintahkan Abu Bakar r.a. dan Umar r.a. ikut orang muda itu untuk melihat masalahnya. Setelah mengikut orang itu, maka Abu Bakar r.a dan Umar r.s. mendapati ayah orang mudah itu telah bertukar rupa menjadi babi hitam, maka mereka pun kembali dan memberitahu kepada Rasulullah S.A.W, "Ya Rasulullah S.A.W, kami lihat mayat ayah orang ini bertukar menjadi babi hutan yang hitam."

Kemudian Rasulullah S.A.W dan para sahabat pun pergi ke rumah orang muda dan baginda pun berdoa kepada Allah S.W.T., kemudian mayat itu pun bertukar kepada bentuk manusia semula. Lalu Rasulullah S.A.W dan para sahabat menyembahyangkan mayat tersebut.

Apabila mayat itu hendak dikebumikan, maka sekali lagi mayat itu berubah menjadi seperti babi hutan yang hitam, maka Rasulullah S.A.W pun bertanya kepada pemuda itu, "Wahai orang muda, apakah yang telah dilakukan oleh ayahmu sewaktu dia di dunia dulu?"

Berkata orang muda itu, "Sebenarnya ayahku ini tidak mahu mengerjakan solat. "Kemudian Rasulullah S.A.W bersabda, "Wahai para sahabatku, lihatlah keadaan orang yang meninggalkan sembahyang. Di hari kiamat nanti akan dibangkitkan oleh Allah S.W.T seperti babi hutan yang hitam."

Di zaman Abu Bakar r.a ada seorang lelaki yang meninggal dunia dan sewaktu mereka menyembahyanginya tiba-tiba kain kafan itu bergerak. Apabila mereka membuka kain kafan itu mereka melihat ada seekor ular sedang membelit leher mayat tersebut serta memakan daging dan menghisap darah mayat. Lalu mereka cuba membunuh ular itu.

Apabila mereka cuba untuk membunuh ular itu, maka berkata ular tersebut, "Laa ilaaha illallahu Muhammadu Rasulullah, mengapakah kamu semua hendak membunuh aku? Aku tidak berdosa dan aku tidak bersalah. Allah S.W.T yang memerintahkan kepadaku supaya menyeksanya sehingga sampai hari kiamat."

Lalu para sahabat bertanya, "Apakah kesalahan yang telah dilakukan oleh mayat ini?"

Berkata ular, "Dia telah melakukan tiga kesalahan, di antaranya :"

1. Apabila dia mendengar azan, dia tidak mahu datang untuk sembahyang berjemaah.
2. Dia tidak mahu keluarkan zakat hartanya.
3. Dia tidak mahu mendengar nasihat para ulama.

Maka inilah balasannya…

* Aku berpesan kepada diriku dengan sekeras-kerasnya agar tidak sekali-kali melengah-lengahkan solat apatah lagi meninggalkan solat… dan aku selalu berdoa kepada Allah S.W.T agar menerima solatku walaupun dalam solat aku masih lagi main-main dan tidak pernah rasa khusyuk…

* Aku sangat mengharapkan solat aku dapat membentuk diri aku menjadi seorang manusia yang baik (walaupun banyak dosa dan maksiat yang telah aku lakukan) dan taat perintah Allah (walaupun banyak perintah Allah yang telah aku langar) dan dapat amalkan sunnah Rasulullah S.A.W. (Banyak sunnah yang telah aku tinggalkan dan ada lagi yang tidak pernah aku buat langsung) dalam kehidupan seharianku…

* Semoga Allah perkenankan doa-doa aku... AMIN...

11 February 2009

PAHLAWAN NERAKA


Suatu hari satu pertempuran telah berlaku di antara pihak Islam dengan pihak Musyrik. Kedua-dua belah pihak berjuang dengan hebat untuk mengalahkan antara satu sama lain. Tiba saat pertempuran itu diberhentikan seketika dan kedua-dua pihak pulang ke markas masing-masing.

Di sana Nabi Muhammad S.A.W dan para sahabat telah berkumpul membincangkan tentang pertempuran yang telah berlaku itu. Peristiwa yang baru mereka alami itu masih terbayang-bayang di ruang mata. Dalam perbincangan itu, mereka begitu kagum dengan salah seorang dari sahabat mereka iaitu, Qotzman. Semasa bertempur dengan musuh, dia kelihatan seperti seekor singa yang lapar membaham mangsanya. Dengan keberaniannya itu, dia telah menjadi buah mulut ketika itu.

"Tidak seorang pun di antara kita yang dapat menandingi kehebatan Qotzman," kata salah seorang sahabat.

Mendengar perkataan itu, Rasulullah pun menjawab, "Sebenarnya dia itu adalah golongan penduduk neraka."

Para sahabat menjadi hairan mendengar jawapan Rasulullah itu. Bagaimana seorang yang telah berjuang dengan begitu gagah menegakkan Islam boleh masuk dalam neraka. Para sahabat berpandangan antara satu sama lain apabila mendengar jawapan Rasulullah itu.

Rasulullah sedar para sahabatnya tidak begitu percaya dengan ceritanya, lantas baginda berkata, "Semasa Qotzman dan Aktsam keluar ke medan perang bersama-sama, Qotzman telah mengalami luka parah akibat ditikam oleh pihak musuh. Badannya dipenuhi dengan darah. Dengan segera Qotzman meletakkan pedangnya ke atas tanah, manakala mata pedang itu pula dihadapkan ke dadanya. Lalu dia terus membenamkan mata pedang itu ke dalam dadanya."

"Dia melakukan perbuatan itu adalah kerana dia tidak tahan menanggung kesakitan akibat dari luka yang dialaminya. Akhirnya dia mati bukan kerana berlawan dengan musuhnya, tetapi membunuh dirinya sendiri. Melihatkan keadaannya yang parah, ramai orang menyangka yang dia akan masuk syurga. Tetapi dia telah menunjukkan dirinya sebagai penduduk neraka."

Menurut Rasulullah S.A.W lagi, sebelum dia mati, Qotzman ada mengatakan, katanya, "Demi Allah aku berperang bukan kerana agama tetapi hanya sekadar menjaga kehormatan kota Madinah supaya tidak dihancurkan oleh kaum Quraisy. Aku berperang hanyalah untuk membela kehormatan kaumku. Kalau tidak kerana itu, aku tidak akan berperang."

Riwayat ini telah dirawikan oleh Luqman Hakim.

09 February 2009

MALAM PERTAMA DI ALAM KUBUR...


Bagaimana suasana malam pertama di alam kubur… Bagaimana kedasyatan siksaannya…? Dosa-dosa apakah yang menyebabkan siksaan kubur…? Bagaimana kaedah menjemput kematian terindah…?

“Setiap yang bernyawa pasti merasai mati, Wahai jiwa yang tenang, Pulanglah kehadrat Tuhan mu dengan gembira dan diredhai, masuklah dalam jemaah hamba-hamba-Ku, dan masuk pula dalam syurga-Ku…”

Pada hari itu ia begitu bahagia, menikmati indahnya alam ciptaan Allah, bersama anak dan keluarga, penuh keceriaan, hidup dalam kesenangan dan kehidupan yang terjamin, tertawa melihat telatah anak-anaknya, demikian pula dia ditertawakan oleh anak-anaknya… lalu tiba-tiba ia didatangi oleh suatu malam, malam disaat dia dijemput oleh kematiannya…

Sakarat….. Sakaratul Maut….

“Dan datangnya sakaratul maut itu benar… Itulah yang kamu selalu lari dari padanya… Ditiuplah sangkakala Hari terlaksananya Ancaman… Setiap jiwa datang dengan malaikat yang jadi saksi… Sungguh kami lalai akan kenyataan ini… Maka kami singkapkan kakitanganmu, pada hari itu hingga penglihatanmu menjadi jelas” (Qaf: 19-22).

Malam itulah malam pertama ia berada dalam alam kubur… sendiri dikecam oleh kesunyian, tanpa anak dan isteri/suami juga sahabat karib… yang ada hanyalah amal… inilah malam pertama anak kita menjadi yatim, dan isteri/suami kita menjadi janda/duda… malam pertama yang menggusur dari tempat tidur yang empuk menuju dinginnya tanah berselimutkan kafan… inilah malam yang mengusir kita dari rumah mewah dan megah.. menempati liang lahad yang gelap dan sempit… kelmarin malam kita masih berpesta, makan dan minum bersama sahabat karib… tiba-tiba kita masuk pada malam pertama dimana kita menjadi santapan cacing tanah dan serangga… pada malam ini kita baru sedar.. Ternyata… HARTA, KELUARGA, PEKERJAAN yang keras kita mencarinya sampai lalai dari mengingati Allah… tidak sedikitpun daripada semua itu menemani dan membela kita…

Allah SWT berfirman, “Bermegah-megahan telah melalaikan kamu, sampai kamu masuk kedalam kubur, janganlah begitu, kelak kamu akan mengetahui akibat perbuatanmu” (At-Takatsur: 1-3)

Inilah malam episod pertama dari alam akhirat, kuburan boleh menjadi taman syurga, sebaliknya ia boleh menjadi satu lubang dari lubang-lubang neraka… inilah kematian datang dengan tiba-tiba… ia datang tepat pada waktunya… tidak lambat dan tidak cepat… meragut dengan paksa, melenyapkan segala nikmat dunia.. tidak pernah menilai kita tua atau muda, kaya atau miskin, sihat atau sakit… ia datang untuk mengeluarkan manusia dari alam kehidupan yang selama ini kita jalani.. ketahuilah rumah yang kukuh dan megah tidak akan mampu membentengi datangnya sang pencabut nyawa…

Banyaknya wang di bank tidak mampu memberi rasuah kepada Malaikat untuk undurkan waktu kematiannya… inilah realiti kematian… sudah bersiapkah kita menghadapi malam pertamanya… Bukankah Rasulullah Saw ada bersabda “ Orang yang bijak adalah yang sentiasa mengingati mati di antara kamu, dan ada bekalan setelah kematiannya..” Marilah kita siapkan bekalan untuk menjadi penyinar di alam kubur nanti… demi Allah, tiada yang sanggup menerangkannya melainkan dengan iman dan amal yang soleh..

Metode Menjemput Kematian…

“Kematian adalah nasihat terbaik dan guru kehidupan, sedikit sahaja kita lengah dari memikirkan kematian, maka kita akan kehilangan guru terbaik dalam kehidupan”

Sesungguhnya manusia telah memilih bagaimana akhir hidupnya… dan pilihan itu ada pada bagaimana ia menjalani kehidupannya… sebagaimana ia menjalani kehidupannya seperti itulah berakhirnya kematiannya… kerana sesungguhnya dengan menjalani kehidupan bererti kita sedang menuju kepada kematian kita…

Pernahkah kita mendengar berita tentang seorang penzina mati di katil hotel diatas perut pasanganya… seorang penagih dadah mati ketika menghisapnya… dan para penjudi mati diatas meja judinya… begitu juga kita pernah mendengar ahli ibadah mati di atas tikar sejadahnya…

Alangkah malangnya, saat ajal tiba kita masih berlumur dosa berbalut nista… inilah malam pertama kita DI ALAM KUBUR… sendiri, di cekam sepi gelap yang tidak pernah terbayang… hilanglah sudah… semua gemerlapnya DUNIA… RUMAH dengan jerih payah bertahun-tahun telah kita bangunkan… ISTERI/SUAMI dan pengabdiannya begitu tulus… ANAK, yang padanya darah daging kita… ORANG TUA yang titisan kasih sayangnya.. mengalir di tubuh kita… dan PEKERJAAN, yang bermati-matian kita habiskan waktu untuknya… KERETA MEWAH yang selalu menjadi kebanggaan… tapi kini hari itu telah pergi… masa pun telah tiada… yang tersisa hanya dosa… yang terus terbayang…

TERINGAT… akan ISTERI/SUAMI yang sentiasa dinafikan hak-haknya… ANAK, yang telah kita kotori tubuhnya dari nafkah yang HARAM… ORANG TUA, yang di sisa hidupnya belum sempat dibahagiakan… SAHABAT KARIB, yang meminta bantuan kita biarkan… dan KAWAN-KAWAN, yang telah banyak kita kecewakan…

Ya ALLAH, masihkah ada hari milik-Mu untukku… agar boleh ku lunaskan segala urusan… lilitan hutang yang belum terbayar… banyaknya AMANAH dan KEPERCAYAAN yang tidak disampaikan… beribu JANJI yang sering diingkari… dan WANG RASUAH, yang telah kita nikmati dan kita bagi… namun kini, PINTU-MU… sudah tertutup rapat… bertaubat sudah terlambat, menyesali diri sudah tidak bererti… dan tinggallah sendiri menanggung beban DOSA dan KESALAHAN yang tidak terMAAFKAN… merasakan PENDERITAAN yang PANJANG yang tiada berakhir… SEKARANG, adakah dalam hati kita MATI itu sebagai PENASIHAT..??? Semoga selagi masih ada waktu…


Fasa-Fasa Alam Kubur

Kesempitan kubur, pertanyaan malaikat, azab atau nikmat kubur, ditempatkannya ruh dan kebangkitan…

Alam kubur adalah alam perantaraan kehidupan dunia dan akhirat yang dimulai setelah kematian dan berakhir selepas kebangkitan… selama masa ini, seorang yang beriman merasa bahagia… sementara orang kafir merasa sengsara… orang yang sudah mati akan dihimpit dalam kubur… siapa pun ia kafir atau muslim akan merasakan himpitan kubur… bezanya penyimpitan yang dirasakan seorang mukmin tidak berlaku selamanya, tidak seperti orang kafir yang akan berterusan himpitan kuburnya sampai hancur tulang-tulangnya…

Sebagaimana sabda Rasulullah saw: “Sesungguhnya kubur itu memiliki himpitan, seandainya ada orang yang selamat darinya, maka selamatlah Sa’ad Bin Mu’adz…” Sa’ad Bin Mu’adz akan mengalami himpitan kubur, padahal ia adalah seorang pemimpin penuh kemuliaan, kematiannya menggoncangkan ‘Arasy, dibukakan baginya pintu-pintu langit, Kasyahidannya disaksikan oleh 70 ribu malaikat…

Hadis yang diriwayatkan oleh Nasa’I dari Rasulullah SAW: “Kematiannya menggoncangkan ‘Arasy, dibukakan baginya pintu-pintu langit, pintu yang banyak, Kesyahidannya disaksikan oleh 70 ribu malaikat, maka sungguh ia mengalami himpitan kubur, kemudian Allah melapangkanya.”

Apabila Sa’ad Bin Mu’adz seorang pemimpin yang besar, hamba Alah yang soleh dan mendapatkan mati Syahid mengalami himpitan kubur… bagaimana dengan kita..? Allahuakhbar… Ya Allah Terimalah taubat-ku… selamatkanlah aku dari azab kubur…

Rasulullah SAW bersabda “Seorang manusia apabila diletakkan dia di dalam kuburnya dan sahabatnya berpaling pulang sedang ia mendengar suara sandal mereka akan datang kepadanya dua malaikat dan mendudukkannya dan bertanya… SIAPAKAH TUHAN-MU…?, SIAPAKAH NABI-MU…?, APAKAH AGAMA-MU…?... dia menjawab, ALLAH ADALAH TUHAN-KU… MUHAMMAD ADALAH NABI-KU… ISLAM ADALAH AGAMA-KU…

Terdengarlah seruan dari langit, “Benar.. Hambaku, hamparkan baginya tikar dari syurga, lalu angin dan wangi syurga datang kepadanya kemudian kubur diluaskan seluas mata memandang, seorang yang rupawan datang menemaninya, yang tiada lain itulah amal solehnya.” (Hadis riwayat Ahmad, Abu Daud, Hakim dan Baihaqi).

Benarkah kita… boleh menjawabnya…? Dari lisan yang jarang menyebut Asma-Nya… dan ibadah yang sering kita remehkan… Serta sunnah Rasul… yang kita abaikan… pada saat itu… kita hanya mampu menjawab… TIDAK… TIDAK… TIDAAAKKKKK...

Terdengarlah suara penyeru dari langit… Hambaku ini seorang pendusta… Hamparkan padanya tikar dari api neraka, bukakan baginya pintu neraka, panas dan keringnya neraka mendatanginya… Kubur disempitkan sampai pecah tulang-tulangnya… seorang berwajah buruk berpakaian buruk dan berbau busuk datang kepadanya… Yang tiada lain itulah amal buruknya…


Tragedi… Siksa Kubur

“Aisyah Ra bertanya tentang azab kubur, Rasulullah SAW menjawab: Ya, azab kubur pasti ada.” (HR. Bukhari – Dalam Kitab Al-Janaiz).

“Aisyah Ra meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW berdoa dalam solatnya, “Ya Allah, aku berlindung kepada-Mu dari azab kubur…” (HR. Mutafaqun Alaih).

“Ketika orang-orang yang derhaka kepada Allah tidak mampu menjawab pertanyaan malaikat, lalu ia dipukul dengan besi… hingga ia menjerit dengan teriakan yang sangat keras… didengar oleh semua makhluk Allah, kecuali Jin dan Manusia,” (HR. Bukhari dan Muslim).

Saatnya kita menyaksikan… kejadian nyata tentang siksa kubur yang berlaku di Jazirah Arab… Seorang pemuda yang dikeluarkan dari kuburnya setelah beberapa jam dia dikuburkan… Akibat mengalami azab kubur, pemuda tersebut telah berubah wajah dan jasadnya… Pemuda tersebut merupakan remaja muslim yang meninggal pada usia 18 tahun… seorang pemuda yang rosak akhlak dan agamanya… dan sering melalaikan solat… hampir tiga (3) jam pemuda tersebut dikuburkan, pihak keluarga meminta kubur tersebut digali semula untuk keperluan tertentu…

Dan apa yang terjadi selepas mayat tersebut dikeluarkan… pandangan yang sangat mengaibkan… Rambut yang hitam menjadi putih… Dari mulut dan hidung keluar darah yang masih merah pekat… seperti baru mengalami siksaan kubur yang sangat keras… seperti ada yang memukul dibahagian belakang kepalanya… dengan wajah seperti dilemas dan membeku…

Bagi seorang muslim… ini adalah pengajaran yang sangat-sangat berharga agar segera memperbaiki hidupnya… dengan bertaubat dari dosa-dosa yang telah dilakukan…

Sementara itu… sebagai pengajaran dan iktibar untuk kita…

Suara jeritan jutaan manusia di alam bumi yang lain… di sebuah lubang galian yang berada di daerah Siberia… Dr. Azzacove bersama kumpulannya telah melakukan sebuah kajian tentang pergerakan perut bumi di daerah Siberia, Rusia… kemudian mereka memasang alat pembesar suara supersensitive untuk mendengar suara pergerakan perut bumi… sebuah penemuan yang sangat mengejutkan, ketika mesin penggali sampai pada salah satu perut/kulit bumi… dari ruang/alam bumi yang lain, terdengar suara manusia berteriakan sangat keras dalam kesakitan… bahkan suara jeritan itu jumlahnya bukan seorang tetapi ribuan bahkan jutaan orang… sebagai seorang muslim kita tidak akan ragu lagi bahawa suara tersebut adalah suara manusia yang sedang disiksa di ALAM KUBUR…


Sebab-Sebab Siksa Kubur…

Ibnu Qoyyim Rahimahullah, dalam kitab Ar-Ruh menyebutkan ada beberapa dosa dan maksiat yang dapat menyebabkan kita disiksa di ALAM KUBUR, diantaranya :

1. Melalaikan Solat
2. Membaca al-Quran kemudian melupakannya
3. Tidak bersuci setelah membuang hadas kecil
4. Berkata bohong
5. Tidak membayar zakat
6. Corak kehidupan yang berlebih-lebihan
7. Memakan riba
8. Rasuah
9. Memfitnah sesama saudara muslim
10. Khianat terhadap amanah
11. Enggan menolong sesama muslim
12. Meminum arak
13. Berzina
14. Membunuh

“Wahai anak Adam… Sesungguhnya apa yang kau minta dari-Ku… dan yang kau harapkan dari-Ku… Ampunan-Ku bagimu yang meminta dan tidak bagi yang enggan…”

“Wahai anak Adam… Meskipun dosamu sepenuh petala langit… kemudian engkau meminta ampun pada-Ku… Ampunan-Ku bagimu dan tidak bagi yang enggan…”

“Wahai anak Adam… Seandainya kau datang pada–Ku dengan kesalahan seluas bumi… kemudian engkau datang kepada-Ku… dan tidak berbuat syirik pada-Ku dengan sesuatu pun… Sungguh Aku akan berikan kepadamu ampunan…”

Ya Allah… terimalah taubatku… Ya Allah… terimalah taubatku… Ya Allah… terimalah taubatku…

Alangkah bahagianya… seandainya maut menjemput kita sedang berurai air mata merasakan manisnya iman dalam sujud penghambaan… rindu akan perjumpaan dengan-Nya…

Alangkah indahnya air mata yang selalu berlinang dari munajat seorang anak soleh kepada Allah… Merindukan kemuliaan dan keselamatan bagi kedua orang tuanya… taburan doanya menjadi cahaya yang menerangi dari gelapnya ALAM KUBUR…

Doa-doanya menghantar kepulangan orang tuanya pada Allah dalam Husnul Khatimah… rintihan dan munajatnya menjadi benteng yang kukuh sebagai penghalang dari azab dan siksa kubur… Doa yang tiada terputus mengalir dari ketulusan dan keheningan hati agar orang tuanya dalam kasih sayang Allah…


Rujukan :

1. Kitab Ar-Ruh : Ibnul Qoyyim,
2. Kitab Al-Janaiz : Imam Bukhori,
3. Kitab Awwalu Lailatin Fil Qobr : Dr. Aidh Al-Qorni,
4. The Spectacle Of Death : Khwaja Muhammad Islam,
5. Grave Punishment : Al-Sunna.

02 February 2009

YANG PERTAMA

1. Ciptaan Allah Swt yang pertama ialah pena
2. Gunung pertama di muka bumi ialah Jabal Qubais
3. Masjid yang pertama ialah Masjid Al-Haram di Mekkah.
4. Anak Adam yang pertama ialah Qabil.
5. Yang pertama menulis dan melukis gambar ialah Nabi Idris.
6. Yang pertama berkhatan dan menjamu tetamu ialah Nabi Ibrahim AS
7. Lelaki pertama (dewasa) masuk Islam ialah Abu Bakar.
8. Lelaki pertama (kanak-kanak) masuk Islam ialah Ali Bin Abi Talib
9. Dari kalangan hamba masuk islam ialah Zaid Bin Harithah
10. Wanita pertama masuk islam ialah Khadijah
11. Kaum Ansar pertama memeluk Islam ialah Jabir Bin Abdullah
12. Yang pertama mengumandangkan azan ialah Bilal Bin Rabah
13. Yang pertama membangunkan masjid dalam Islam ialah Ammar Bin Yasir
14. Yang pertama menghunus pedangnya untuk berjihad membela Islam ialah Zubir Bin Awwam
15. Yang pertama menghimpun ayat-ayat Al-Quran ialah Abu Bakar
16. Manakala tanda kiamat yang pertama ialah terbitnya matahari dari Barat.

30 January 2009

NILAI SEBUAH SENYUMAN


Ia tidak perlu dibayar, tetapi mendatangkan banyak faedah.

Ia adalah sedekah yang menambahkan keceriaan penerima tanpa mengurangkan pemiliknya.

Ia terjadi dalam sedetik, tetapi boleh meninggalkan kenangan untuk selama-lamanya.

Tiada insan yang terlalu kaya sehingga tidak memerlukannya lagi, juga tiada yang teralalu miskin hingga tidak mampu memberikannya lagi.

Ia mencipta keriangan di rumah, memupuk perhubungan baik dalam perniagaan dan ianya sebagai wakil sebuah persahabatan.

Ia adalah ketenangan kepada pemberi, harapan kepada yang kecewa, cahaya kepada yang bersedih dan menjadi pelindung semulajadi terbaik daripada kesusahan.

Ia tidak boleh dibeli, diminta, dipinjam atau dicuri kerana ia adalah sesuatu yang langsung tiada faedahnya melainkan setelah diberikan kepada orang lain.

Tiada insan yang lebih memerlukan sebuah senyuman selain daripada seseorang yang tidak punya apa-apa lagi untuk diberikan.

Oleh itu, jika anda ingin disukai oleh insan lain, sentiasalah senyum.... Mmmmm.. hehe

28 January 2009

KERDILNYA AKU...

Aku hanyalah insan,
Yang memerlukan ilmu dan iman,
Sebagai pembentuk jiwa rohani,
Untuk aku insafi diri,

Kerdilnya aku…

Dosa maksiat menggunung tinggi,
Sedang diriku bukan diriku,
Hanyalah pinjaman sementara waktu,
Esok lusa tiadalah aku,

Kerdilnya aku…

Yang dilarang itulah aku,
Yang disuruh tiadalah aku,
Yang haram aku endahkan,
Yang halal aku iakan,

Kerdilnya aku…

Secetek ilmu di dalam diriku,
Sekecil iman da dalam hatiku,
Sebagai bekal untukku,
Untuk bertemu dengan-Mu,

Kerdilnya aku…

Siapalah aku, siapalah aku,
Untuk berpijak di bumi-Mu,
Adakah aku hamba-Mu,
Tiadalah amal pada diriku,

Kerdilnya aku…

Ku mengharap pengampunan-Mu,
Moga aku menjadi hamba-Mu,
Terlepaslah aku dari siksa-Mu,
Dunia akhirat dalam diriku.

Kerdilnya aku…

By: luqiem

21 January 2009

PELIHARALAH SALAM KEISLAMAN


Islam datang untuk menyatukan hati agar menjadi umat yang kukuh dan bersatu. Namun semuanya itu hanya dapat dicapai dengan kedamaian. Salah satu caranya ialah memasyarakatkan dan menyebarluaskan pemberian salam agar terbina cinta, kasih sayang dan kerukunan.

Rasulullah saw bersabda : “Kamu tidak akan masuk syurga sehingga kamu beriman, dan kamu tidak akan beriman sehingga kamu saling berkasih sayang. Mahukah aku tunjukkan kepada kamu suatu perbuatan yang jika kamu lakukan maka kamu akan saling berkasih sayang? Sebarkanlah salam diantara kamu.” (Hadis Riwayat Muslim)

As-Salam adalah salah satu dari nama Allah SWT. Dalam Al-Quran tercatat dalam 33 tempat. As-Salam adalah ucapan penghormatan anak Adam sejak manusia dicipta.

Nabi SAW bersabda : “Sesudah Adam dicipta, Allah SWT menyuruh Adam agar menemui para malaikat. Berilah salam kepada kepada mereka dan dengarkanlah jawapan penghormatan mereka. Sesungguhnya ia penghormatan bagimu dan bagi keturunanmu. Adam lalu berkata ‘Assalamualaikum’. Para malaikat membalas ‘Assalamualaika warahmatullah’.”

Oleh itu salam menjadi ucapan penghormatan penghuni syurga sebagaimana dalam firman-Nya, “Salam penghormatan kepada mereka pada hari mereka menemui-Nya iaitu ucapan Salam.” (Al-Ahzab: 44).

Salam adalah penghormatan Islam, kaum muslimin, para malaikat dan penghuni syurga. As-Salam menyebarkan kedamaian, keamanan dan ketenteraman untuk menyatukan keluarga, masyarakat dan seluruh umat manusia seluruh dunia.

* Mari kita sebarkan salam kepada seluruh muslimin dan muslimat di mana-mana sahaja kita jumpa, dengannya kita akan lebih berkasih-sayang dan akan meningkatkan iman kita. Assalamualaikum...

20 January 2009

LIMA BELAS BUKTI KEIMANAN


Al-Hakim meriwayatkan Alqamah bin Haris r.a berkata, aku datang kepada Rasulullah s.a.w dengan tujuh orang dari kaumku. Kemudian setelah kami beri salam dan beliau tertarik sehingga beliau bertanya, "Siapakah kamu ini?"

Jawab kami, "Kami adalah orang beriman." Kemudian baginda bertanya, "Setiap perkataan ada buktinya, apakah bukti keimanan kamu ?"

Jawab kami, "Buktinya ada lima belas perkara. Lima perkara yang engkau perintahkan kepada kami, lima perkara yang diperintahkan oleh utusanmu kepada kami dan lima perkara yang kami terbiasakan sejak zaman jahiliyyah?"

Tanya Nabi s.a.w, "Apakah lima perkara yang aku perintahkan kepada kamu itu ?"

Jawab mereka, "Kamu telah perintahkan kami untuk beriman kepada Allah, percaya kepada Malaikat-Nya, Kitab-kitab-Nya, Rasul-rasul-Nya, percaya kepada takdir Allah yang baik mahupun yang buruk."

Selanjutnya tanya Nabi s.a.w, "Apakah lima perkara yang diperintahkan oleh para utusanku itu?"

Jawab mereka, "Kami diperintahkan oleh para utusanmu untuk bersaksi bahawa tidak ada Tuhan selain Allah dan engkau adalah utusan Allah, hendaknya kami mendirikan solat wajib, mengerjakan puasa di bulan Ramadhan, menunaikan zakat dan berhaji bila mampu."

Tanya Nabi s.a.w selanjutnya, "Apakah lima perkara yang kamu masih terbiasakan sejak zaman jahiliyyah?"

Jawab mereka, "Bersyukur di waktu senang, bersabar di waktu kesusahan, berani di waktu perang, redha pada waktu kena ujian dan tidak merasa gembira dengan sesuatu musibah yang menimpa pada musuh."

Mendengar ucapan mereka yang amat menarik ini, maka Nabi s.a.w berkata, "Sungguh kamu ini termasuk di dalam kaum yang amat pandai sekali dalam agama mahupun dalam tatacara berbicara, hampir sahaja kamu ini serupa dengan para Nabi dengan segala macam yang kamu katakan tadi."

Kemudian Nabi s.a.w selanjutnya, "Mahukah kamu aku tunjukkan kepada lima perkara amalan yang akan menyempurnakan dari yang kamu punyai? Janganlah kamu mengumpulkan sesuatu yang tidak akan kamu makan. Janganlah kamu mendirikan rumah yang tidak akan kamu tempati, janganlah kamu berlumba-lumba dalam sesuatu yang bakal kamu tinggalkan, berusahalah untuk mencari bekal ke dalam akhirat."

09 January 2009

KISAH NAFSU YANG DEGIL PADA PERINTAH ALLAH

Dalam sebuah kitab karangan 'Ustman bin Hasan bin Ahmad Asy-Syaakir Alkhaubawiyi, seorang ulama yang hidup dalam abad ke XIII Hijrah, menerangkan bahawa sesungguhnya Allah S.W.T telah menciptakan akal, maka Allah S.W.T telah berfirman yang bermaksud : "Wahai akal mengadaplah engkau." Maka akal pun mengadap kehadapan Allah S.W.T., kemudian Allah S.W.T berfirman yang bermaksud : "Wahai akal berbaliklah engkau!", lalu akal pun berbalik.

Kemudian Allah S.W.T. berfirman lagi yang bermaksud : "Wahai akal! Siapakah aku?". Lalu akal pun berkata, "Engkau adalah Tuhan yang menciptakan aku dan aku adalah hamba-Mu yang daif dan lemah."

Lalu Allah S.W.T berfirman yang bermaksud : "Wahai akal tidak Ku-ciptakan makhluk yang lebih mulia daripada engkau."

Setelah itu Allah S.W.T menciptakan nafsu, dan berfirman kepadanya yang bermaksud : "Wahai nafsu, mengadaplah kamu!". Nafsu tidak menjawab sebaliknya mendiamkan diri. Kemudian Allah S.W.T berfirman lagi yang bermaksud : "Siapakah engkau dan siapakah Aku?". Lalu nafsu berkata, "Aku adalah aku, dan Engkau adalah Engkau."

Setelah itu Allah S.W.T menyiksanya dengan neraka jahim selama 100 tahun, dan kemudian mengeluarkannya. Kemudian Allah S.W.T berfirman yang bermaksud : "Siapakah engkau dan siapakah Aku?". Lalu nafsu berkata, "Aku adalah aku dan Engkau adalah Engkau."

Lalu Allah S.W.T menyiksa nafsu itu dalam neraka Juu' selama 100 tahun. Setelah dikeluarkan maka Allah S.W.T berfirman yang bermaksud : "Siapakah engkau dan siapakah Aku?". Akhirnya nafsu mengakui dengan berkata, " Aku adalah hamba-Mu dan Kamu adalah tuhanku."

Dalam kitab tersebut juga diterangkan bahawa dengan sebab itulah maka Allah S.W.T mewajibkan puasa.

Dalam kisah ini dapatlah kita mengetahui bahawa nafsu itu adalah sangat jahat oleh itu hendaklah kita mengawal nafsu itu, jangan biarkan nafsu itu mengawal kita, sebab kalau dia yang mengawal kita maka kita akan menjadi musnah.

MANUSIA BERHADAPAN DENGAN ENAM PERSIMPANGAN

Abu Bakar r.a. berkata, " Sesungguhnya iblis berdiri di depanmu, jiwa di sebelah kananmu, nafsu di sebelah kirimu, dunia di sebelah belakangmu dan semua anggota tubuhmu berada di sekitar tubuhmu.

Sedangkan Allah di atasmu. Sementara iblis terkutuk mengajakmu meninggalkan agama, jiwa mengajakmu ke arah maksiat, nafsu mengajakmu memenuhi syahwat, dunia mengajakmu supaya memilihnya dari akhirat dan anggota tubuh mengajakmu melakukan dosa.

Dan Tuhan mengajakmu masuk Syurga serta mendapat keampunan-Nya, sebagaimana firmannya yang bermaksud, "....Dan Allah mengajak ke Syurga serta menuju keampunan-Nya..."

Siapa yang memenuhi ajakan iblis, maka hilang agama dari dirinya. Sesiapa yang memenuhi ajakan jiwa, maka hilang darinya nilai nyawanya. Sesiapa yang memenuhi ajakan nafsunya, maka hilanglah akal dari dirinya.

Siapa yang memenuhi ajakan dunia, maka hilang akhirat dari dirinya. Dan siapa yang memenuhi ajakan anggota tubuhnya, maka hilang syurga dari dirinya.

Dan siapa yang memenuhi ajakan Allah S.W.T., maka hilang dari dirinya semua kejahatan dan ia memperolehi semua kebaikan."

Iblis adalah musuh manusia, sementara manusia adalah sasaran iblis. Oleh itu, kita sebagai manusia hendaklah sentiasa berwaspada sebab iblis sentiasa melihat tepat pada sasarannya.

RAHSIA KHUSYUK DALAM SEMBAHYANG

Seorang ahli ibadah bernama Isam bin Yusuf, dia sangat warak dan sangat khusyuk solatnya. Namun dia selalu khuatir kalau-kalau ibadahnya kurang khusyuk dan selalu bertanya kepada orang yang dianggapnya lebih ibadahnya, demi untuk memperbaiki dirinya yang selalu dirasakan kurang khusyuk.

Pada suatu hari, Isam menghadiri majlis seorang abid bernama Hatim Al-Isam dan bertanya : "Wahai Aba Abdurrahman, bagaimanakah caranya tuan solat?"

Hatim berkata : "Apabila masuk waktu solat aku berwudhu' zahir dan batin."

Isam bertanya, "Bagaimana wudhu' zahir dan batin itu?"

Hatim berkata, "Wudhu' zahir sebagaimana biasa, iaitu membasuh semua anggota wudhu' dengan air. Sementara wudhu' batin ialah membasuh anggota dengan tujuh perkara :-

1. Bertaubat

2. Menyesali dosa yang dilakukan

3. Tidak tergila-gilakan dunia

4. Tidak mencari / mengharap pujian orang (riya')

5. Tinggalkan sifat berbangga

6. Tinggalkan sifat khianat dan menipu

7. Meninggalkan sifat dengki

Seterusnya Hatim berkata, "Kemudian aku pergi ke masjid, aku kemaskan semua anggotaku dan menghadap kiblat. Aku berdiri dengan penuh kewaspadaan dan aku bayangkan Allah ada di hadapanku, syurga di sebelah kananku, neraka di sebelah kiriku, malaikat maut berada di belakangku, dan aku bayangkan pula bahawa aku seolah-olah berdiri di atas titian 'Sirratul Mustaqim' dan aku menganggap bahawa solatku kali ini adalah solat terakhirku, kemudian aku berniat dan bertakbir dengan baik.

Setiap bacaan dan doa dalam solat kufaham maknanya, kemudian aku ruku' dan sujud dengan tawadhu', aku bertasyahhud dengan penuh pengharapan dan aku memberi salam dengan ikhlas. Beginilah aku bersolat selama 30 tahun."

Apabila Isam mendengar, menangislah dia kerana membayangkan ibadahnya yang kurang baik bila dibandingkan dengan Hatim.

* Ya Allah, aku mohon kepada Mu, dengan berkat Rahmat dan Rahim Mu, Engkau hadirkanlah rasa khusyuk dalam solatku Ya Allah sebelum datang ajalku... Amin

06 January 2009

WAHYU TERAKHIR KEPADA RASULULLAH SAW

Diriwayatkan bahwa surah Al-Maaidah ayat 3 diturunkan pada sesudah waktu asar yaitu pada hari Jumaat di padang Arafah pada musim haji penghabisan [Wada'].

Pada masa itu Rasulullah SAW berada di Arafah di atas unta. Ketika ayat ini turun Rasulullah SAW tidak begitu jelas penerimaannya untuk mengingati isi dan makna yang terkandung dalam ayat tersebut. Kemudian Rasulullah SAW bersandar pada unta beliau, dan unta beliau pun duduk perlahan-lahan. Setelah itu turun malaikat Jibril AS dan berkata:

"Wahai Muhammad, sesungguhnya pada hari ini telah disempurnakan urusan agamamu, maka terputuslah apa yang diperintahkan oleh Allah SWT dan demikian juga apa yang terlarang olehnya. Oleh itu kamu kumpulkan para sahabatmu dan beritahu kepada mereka bahwa hari ini adalah hari terakhir aku bertemu dengan kamu."
Setelah Malaikat Jibril AS pergi maka Rasulullah SAW pun berangkat ke Mekah dan terus pergi ke Madinah.Setelah Rasulullah SAW mengumpulkan para sahabat beliau, maka Rasulullah SAW pun menceritakan apa yang telah diberitahu oleh malaikat Jibril AS. Apabila para sahabat mendengar hal yang demikian maka mereka pun gembira sambil berkata:

"Agama kita telah sempurna. Agama kila telah sempurna."
Apabila Abu Bakar ra. mendengar keterangan Rasulullah SAW itu, maka ia tidak dapat menahan kesedihannya maka ia pun kembali ke rumah lalu mengunci pintu dan menangis sekuat-kuatnya. Abu Bakar ra. menangis dari pagi hingga ke malam. Kisah tentang Abu Bakar ra. menangis telah sampai kepada para sahabat yang lain, maka berkumpullah para sahabat di depan rumah Abu Bakar ra. dan mereka berkata: "Wahai Abu Bakar, apakah yang telah membuat kamu menangis sehingga begini sekali keadaanmu? Seharusnya kamu merasa gembira sebab agama kita telah sempuma."

Mendengarkan pertanyaan dari para sahabat maka Abu Bakar ra. pun berkata, "Wahai para sahabatku, kamu semua tidak tahu tentang musibah yang menimpa kamu, tidakkah kamu tahu bahwa apabila sesualu perkara itu telah sempuma maka akan kelihatanlah akan kekurangannya. Dengan turunnya ayat tersebut bahwa ia menunjukkan perpisahan kita dengan Rasulullah SAW. Hasan dan Husin menjadi yatim dan para isteri nabi menjadi janda."

Selelah mereka mendengar penjelasan dari Abu Bakar ra. maka sadarlah mereka akan kebenaran kata-kata Abu Bakar ra., lalu mereka menangis dengan sekuat-kuatnya. Tangisan mereka telah didengar oleh para sahabat yang lain, maka mereka pun terus memberitahu Rasulullah SAW tentang apa yang mereka lihat itu. Berkata salah seorang dari para sahabat, "Ya Rasulullah SAW, kami baru kembali dari rumah Abu Bakar ra. dan kami dapati banyak orang menangis dengan suara yang kuat di depan rumah beliau." Apabila Rasulullah SAW mendengar keterangan dari para sahabat, maka berubahlah muka Rasulullah SAW dan dengan bergegas beliau menuju ke rumah Abu Bakar ra.

Setelah Rasulullah SAW sampai di rumah Abu Bakar ra. maka Rasulullah SAW melihat kesemua mereka yang menangis dan bertanya, "Wahai para sahabatku, kenapakah kamu semua menangis?." Kemudian Ali ra. berkata, "Ya Rasulullah SAW, Abu Bakar ra. mengatakan dengan turunnya ayat ini membawa tanda bahwa waktu wafatmu telah dekat. Adakah ini benar ya Rasulullah?." Lalu Rasulullah SAW berkata: "Semua yang dikatakan oleh Abu Bakar ra. adalah benar, dan sesungguhnya waktu untuk aku meninggalkan kamu semua telah dekat".

Setelah Abu Bakar ra. mendengar pengakuan Rasulullah SAW, maka ia pun menangis sekuat tenaganya sehingga ia jatuh pingsan. Sementara 'Ukasyah ra. berkata kepada Rasulullah SAW, 'Ya Rasulullah, waktu itu saya anda pukul pada tulang rusuk saya. Oleh itu saya hendak tahu apakah anda sengaja memukul saya atau hendak memukul unta baginda." Rasulullah SAW berkata: "Wahai 'Ukasyah, Rasulullah SAW sengaja memukul kamu." Kemudian Rasulullah SAW berkata kepada Bilal ra., "Wahai Bilal, kamu pergi ke rumah Fathimah dan ambilkan tongkatku ke mari." Bilal keluar dari masjid menuju ke rumah Fathimah sambil meletakkan tangannya di atas kepala dengan berkata, "Rasulullah telah menyediakan dirinya untuk dibalas [diqishash]."

Setelah Bilal sampai di rumah Fathimah maka Bilal pun memberi salam dan mengetuk pintu. Kemudian Fathimah ra. menyahut dengan berkata: "Siapakah di pintu?." Lalu Bilal ra. berkata: "Saya Bilal, saya telah diperintahkan oleh Rasulullah SAW unluk mengambil tongkat beliau."Kemudian Fathimah ra. berkata: "Wahai Bilal, untuk apa ayahku minta tongkatnya." Berkata Bilal ra.: "Wahai Fathimah, Rasulullah SAW telah menyediakan dirinya untuk diqishash." Bertanya Fathimah ra. lagi: "Wahai Bilal, siapakah manusia yang sampai hatinya untuk menqishash Rasulullah SAW?" Bilal ra. tidak menjawab perlanyaan Fathimah ra., Setelah Fathimah ra. memberikan tongkat tersebut, maka Bilal pun membawa tongkat itu kepada Rasulullah SAW Setelah Rasulullah SAW menerima tongkat tersebut dari Bilal ra. maka beliau pun menyerahkan kepada 'Ukasyah.

Melihatkan hal yang demikian maka Abu Bakar ra. dan Umar ra. tampil ke depan sambil berkata: "Wahai 'Ukasyah, janganlah kamu qishash baginda SAW tetapi kamu qishashlah kami berdua." Apabila Rasulullah SAW mendengar kata-kata Abu Bakar ra. dan Umar ra. maka dengan segera beliau berkata: "Wahai Abu Bakar, Umar dudukiah kamu berdua, sesungguhnya Allah SWT telah menetapkan tempatnya untuk kamu berdua."

Kemudian Ali ra. bangun, lalu berkata, "Wahai 'Ukasyah! Aku adalah orang yang senantiasa berada di samping Rasulullah SAW oleh itu kamu pukullah aku dan janganlah kamu menqishash Rasulullah SAW" Lalu Rasultillah SAW berkata, "Wahai Ali duduklah kamu, sesungguhnya Allah SWT telah menetapkan tempatmu dan mengetahui isi hatimu."

Setelah itu Hasan dan Husin bangun dengan berkata: "Wahai 'Ukasyah, bukankah kamu tidak tahu bahwa kami ini adalah cucu Rasulullah SAW, kalau kamu menqishash kami sama dengan kamu menqishash Rasulullah SAW" Mendengar kata-kata cucunya Rasulullah SAW pun berkata, "Wahai buah hatiku duduklah kamu berdua." Berkata Rasulullah SAW "Wahai 'Ukasyah pukullah saya kalau kamu hendak memukul."

Kemudian 'Ukasyah berkata: "Ya Rasulullah SAW, anda telah memukul saya sewaktu saya tidak memakai baju." Maka Rasulullah SAW pun membuka baju. Setelah Rasulullah SAW membuka baju maka menangislah semua yang hadir. Setelah 'Ukasyah melihat tubuh Rasulullah SAW maka ia pun mencium beliau dan berkata, "Saya tebus anda dengan jiwa saya ya Rasulullah SAW, siapakah yang sanggup memukul anda. Saya melakukan begini adalah sebab saya ingin menyentuh badan anda yang dimuliakan oleh Allah SWT dengan badan saya. Dan Allah SWT menjaga saya dari neraka dengan kehormatanmu."

Kemudian Rasulullah SAW berkata, "Dengarlah kamu sekalian, sekiranya kamu hendak melihat ahli syurga, inilah orangnya." Kemudian semua para jemaah bersalam-salaman atas kegembiraan mereka terhadap peristiwa yang sangat genting itu. Setelah itu para jemaah pun berkata, "Wahai 'Ukasyah, inilah keuntungan yang paling besar bagimu, engkau telah memperolehi derajat yang tinggi dan bertemankan Rasulullah SAW di dalam syurga."

Apabila ajal Rasulullah SAW makin dekat maka beliau pun memanggil para sahabat ke rumah Aisyah ra. dan beliau berkata: "Selamat datang kamu semua semoga Allah SWT mengasihi kamu semua, saya berwasiat kepada kamu semua agar kamu semua bertaqwa kepada Allah SWT dan mentaati segala perintahnya. Sesungguhnya hari perpisahan antara saya dengan kamu semua hampir dekat, dan dekat pula saat kembalinya seorang hamba kepada Allah SWT dan menempatkannya di syurga.

Kalau telah sampai ajalku maka hendaklah Ali yang memandikanku, Fadhl bin Abbas hendaklah menuangkan air dan Usamah bin Zaid hendaklah menolong keduanya. Setelah itu kamu kafanilah aku dengan pakaianku sendiri apabila kamu semua menghendaki, atau kafanilah aku dengan kain yaman yang putih. Apabila kamu memandikan aku, maka hendaklah kamu letakkan aku di atas balai tempat tidurku dalam rumahku ini. Setelah itu kamu semua keluarlah sebentar meninggalkan aku.

Pertama yang akan menshalatkan aku ialah Allah SWT, kemudian yang akan menshalat aku ialah Jibril AS, kemudian diikuti oleh malaikat Israfil, malaikat Mikail, dan yang akhir sekali malaikat lzrail berserta dengan semua para pembantunya. Setelah itu baru kamu semua masuk bergantian secara berkelompok bershalat ke atasku."

Setelah para sahabat mendengar ucapan yang sungguh menyayat hati itu maka mereka pun menangis dengan nada yang keras dan berkata, "Ya Rasulullah SAW anda adalah seorang Rasul yang diutus kepada kami dan untuk semua, yang mana selama ini anda memberi kekuatan dalam penemuan kami dan sebagai penguasa yang menguruskan perkara kami. Apabila anda sudah tiada nanti kepada siapakah akan kami tanya setiap persoalan yang timbul nanti?." Kemudian Rasulullah SAW berkata, "Dengarlah para sahabatku, aku tinggalkan kepada kamu semua jalan yang benar dan jalan yang terang, dan telah aku tinggalkan kepada kamu semua dua penasihat yang satu daripadanya pandai bicara dan yang satu lagi diam sahaja. Yang pandai bicara itu ialah Al-Quran dan yang diam itu ialah maut. Apabila ada sesuatu persoalan yang rumit di antara kamu, maka hendaklah kamu semua kembali kepada Al-Quran dan Hadis-ku dan sekiranya hati kamu itu berkeras maka lembutkan dia dengan mengambil pelajaran dari mati."

Setelah Rasulullah SAW berkata demikian, maka sakit Rasulullah SAW bermula. Dalam bulan safar Rasulullah SAW sakit selama 18 hari dan sering diziaiahi oleh para sahabat. Dalam sebuah kitab diterangkan bahwa Rasulullah SAW diutus pada hari Senin dan wafat pada hari Senin. Pada hari Senin penyakit Rasulullah SAW bertambah berat, setelah Bilal ra. menyelesaikan azan subuh, maka Bilal ra. pun pergi ke rumah Rasulullah SAW. Sesampainya Bilal ra. di rumah Rasulullah SAW maka Bilal ra. pun memberi salam, "Assalaarnualaika ya rasulullah." Lalu dijawab oleh Fathimah ra., "Rasulullah SAW masih sibuk dengan urusan beliau."

Setelah Bilal ra. mendengar penjelasan dari Fathimah ra. maka Bilal ra. pun kembali ke masjid tanpa memahami kata-kata Fathimah ra. itu. Apabila waktu subuh hampir hendak lupus, lalu Bilal pergi sekali lagi ke rumah Rasulullah SAW dan memberi salam seperti permulaan tadi, kali ini salam Bilal ra. telah di dengar oleh Rasulullah SAW dan baginda berkata, "Masuklah wahai Bilal, sesungguhnya penyakitku ini semakin berat, oleh itu kamu suruhlah Abu Bakar mengimamkan shalat subuh berjemaah dengan mereka yang hadir." Setelah mendengar kata-kata Rasulullah SAW maka Bilal ra. pun berjalan menuju ke masjid sambil meletakkan tangan di atas kepala dengan berkata: "Aduh musibah."

Setelah Bilal ra. sarnpai di masjid maka Bilal ra. pun memberitahu Abu Bakar tentang apa yang telah Rasulullah SAW katakan kepadanya. Abu Bakar ra. tidak dapat menahan dirinya apabila ia melihat mimbar kosong maka dengan suara yang keras Abu Bakar ra. menangis sehingga ia jatuh pingsan. Melihatkan peristiwa ini maka riuh rendah tangisan sahabat dalam masjid, sehingga Rasulullah SAW bertanya kepada Fathimah ra.; "Wahai Fathimah apakah yang telah berlaku?." Maka Fathimah ra. pun berkata: "Kekecohan kaum muslimin, sebab anda tidak pergi ke masjid." Kemudian Rasulullah SAW memanggil Ali ra. dan Fadhl bin Abas ra., lalu Rasulullah SAW bersandar kepada kedua mereka dan terus pergi ke masjid. Setelah Rasulullah SAW sampai di masjid maka beliau pun bershalat subuh bersama dengan para jemaah.

Setelah selesai shalat subuh maka Rasulullah SAW pun berkata, "Wahai kaum muslimin, kamu semua senantiasa dalam pertolongan dan pemeliharaan Allah, oleh itu hendaklah kamu semua bertaqwa kepada Allah SWT dan mengerjakan segala perintahnya. Sesungguhnya aku akan meninggalkan dunia ini dan kamu semua, dan hari ini adalah hari pertama aku di akhirat dan hari terakhir aku di dunia." Setelah berkata demikian maka Rasulullah SAW pun pulang ke rumah beliau.

Kemudian Allah SWT mewahyukan kepada malaikat lzrail AS, "Wahai lzrail, pergilah kamu kepada kekasihku dengan sebaik-baik rupa, dan apabila kamu hendak mencabut ruhnya maka hendaklah kamu melakukan dengan cara yang paling lembut sekali. Apabila kamu pergi ke rumahnya maka minta izinlah lerlebih dahulu, kalau ia izinkan kamu masuk, maka masukiah kamu ke rumahnya dan kalau ia tidak mengizinkan kamu masuk maka hendaklah kamu kembali padaku."

Setelah malaikat lzrail mendapat perintah dari Allah SWT maka malaikal lzrail pun turun dengan menyerupai orang Arab Badwi. Setelah malaikat lzrail sampai di depan rumah Rasulullah SAW maka ia pun memberi salam, "Assalaamu alaikum yaa ahla baitin nubuwwati wa ma danir risaalati a adkhulu?" (Mudah-mudahan keselamatan tetap untuk kamu semua sekalian, wahai penghuni rumah nabi dan sumber risaalah, bolehkan saya masuk?) Apabila Fathimah mendengar orang memberi salam maka ia-pun berkata; "Wahai hamba Allah, Rasulullah SAW sedang sibuk sebab sakitnya yang semakin berat."

Kemudian malaikat lzrail berkata lagi seperti dipermulaannya, dan kali ini seruan malaikat itu telah didengar oleh Rasulullah SAW dan Rasulullah SAW bertanya kepada Fathimah ra., "Wahai Fathimah, siapakah di depan pintu itu." Maka Fathimah ra. pun berkata, "Ya Rasulullah, ada seorang Arab badwi memanggil mu, dan aku telah katakan kepadanya bahwa anda sedang sibuk sebab sakit, sebaliknya dia memandang saya dengan tajam sehingga terasa menggigil badan saya." Kemudian Rasulullah SAW berkata; "Wahai Fathimah, tahukah kamu siapakah orang itu?." Jawab Fathimah,"Tidak ayah." "Dia adalah malaikat lzrail, malaikat yang akan memutuskan segala macam nafsu syahwat yang memisahkan perkumpulan-perkumpulan dan yang memusnahkan semua rumah serta meramaikan kubur." Fathimah ra. tidak dapat menahan air matanya lagi setelah mengetahui bahwa saat perpisahan dengan ayahandanya akan berakhir, dia menangis sepuas-puasnya. Apabila Rasulullah SAW mendengar tangisan Falimah ra. maka beliau pun berkata: "Janganlah kamu menangis wahai Fathimah, engkaulah orang yang pertama dalam keluargaku akan bertemu dengan aku."

Kemudian Rasulullah SAW pun mengizinkan malaikat lzrail masuk. Maka malaikat lzrail pun masuk dengan mengucap, "Assalamuaalaikum ya Rasulullah." Lalu Rasulullah SAW menjawab: "Wa alaikas saalamu, wahai lzrail engkau datang menziarahi aku atau untuk mencabut ruhku?" Maka berkata malaikat lzrail: "Kedatangan saya adalah untuk menziarahimu dan untuk mencabut ruhmu, itupun kalau engkau izinkan, kalau engkau tidak izinkan maka aku akan kembali." Berkata Rasulullah SAW, "Wahai lzrail, di manakah kamu tinggalkan Jibril?" Berkata lzrail: "Saya tinggalkan Jibril di langit dunia, para malaikat sedang memuliakan dia." Tidak beberapa lama kemudian Jibril AS pun turun dan duduk di dekat kepala Rasulullah SAW.

Apabila Rasulullah SAW melihat kedatangan Jibril AS maka Rasulullah SAW pun berkata: "Wahai Jibril, tahukah kamu bahwa ajalku sudah dekat" Berkata Jibril AS, "Ya aku tahu." Rasulullah SAW bertanya lagi, "Wahai Jibril, beritahu kepadaku kemuliaan yang menggembirakan aku disisi Allah SWT" Berkata Jibril AS, "Sesungguhnya semua pintu langit telah dibuka, para malaikat bersusun rapi menanti ruhmu dilangit. Kesemua pintu-pintu syurga telah dibuka, dan kesemua bidadari sudah berhias menanti kehadiran ruhmu." Berkata Rasulullah SAW: "Alhamdulillah, sekarang kamu katakan pula tentang umatku di hari kiamat nanti." Berkata Jibril AS, "Allah SWT telah berfirman yang bermaksud,

"Sesungguhnya aku telah melarang semua para nabi masuk ke dalam syurga sebelum engkau masuk terlebih dahulu, dan aku juga melarang semua umat memasuki syurga sebelum umatmu memasuki syurga."

Berkata Rasulullah SAW: "Sekarang aku telah puas hati dan telah hilang rasa susahku." Kemudian Rasulullah SAW berkata: "Wahai lzrail, mendekatlah kamu kepadaku." Selelah itu Malaikat lzrail pun memulai tugasnya, apabila ruh beliau sampai pada pusat, maka Rasulullah SAW pun berkata: "Wahai Jibril, alangkah dahsyatnya rasa mati." Jibril AS mengalihkan pandangan dari Rasulullah SAW apabila mendengar kata-kata beliau itu. Melihatkan telatah Jibril AS itu maka Rasulullah SAW pun berkata: "Wahai Jibril, apakah kamu tidak suka melihat wajahku?" Jibril AS berkata: "Wahai kekasih Allah, siapakah orang yang sanggup melihat wajahmu dikala kamu dalam sakaratul maut?" Anas bin Malik ra. berkata: "Apabila ruh Rasulullah SAW telah sampai di dada beliau telah bersabda,

"Aku wasiatkan kepada kamu agar kamu semua menjaga shalat dan apa-apa yang telah diperintahkan ke atasmu."

Ali ra. berkata: "Sesungguhnya Rasulullah SAW ketika menjelang saat-saat terakhir, telah mengerakkan kedua bibir beliau sebanyak dua kali, dan saya meletakkan telinga, saya dengan Rasulullah SAW berkata: "Umatku, umatku." Telah bersabda Rasulullah SAW bahwa: "Malaikat Jibril AS telah berkata kepadaku; "Wahai Muhammad, sesungguhnya Allah SWT telah menciptakan sebuah laut di belakang gunung Qaf, dan di laut itu terdapat ikan yang selalu membaca selawat untukmu, kalau sesiapa yang mengambil seekor ikan dari laut tersebut maka akan lumpuhlah kedua belah tangannya dan ikan tersebut akan menjadi batu."

05 January 2009

Bisikan Taqwa - Qathrunada

Tuhan aku ini hamba-Mu pimpinlah
Tuhan aku ini hamba-Mu maafkanlah
Aku selalu membuat kesalahan
Setiap hari ku membuat dosa
Ampunkanlah hamba-Mu ini

Tuhan… hamba-Mu ini lemah
Memerlukan kekuatan dari-Mu
Jangan biarkan ku terumbang-ambing
Dengan kehidupan dunia yang menipu
Berilah aku petunjuk selalu

Iman itu adalah segala-galanya
Hidayah tinggi nilainya
Taufiq sangat berharga

Iman itu adalah segala-galanya
Hidayah tinggi nilainya
Taufiq sangat berharga

Anugerahkanlah kepada ku
Agar aku mulia disisi-Mu
Tuhan kalaulah bukan petunjuk dari-Mu
Sudah tentu aku tersesat jalan

Kalau bukanlah taufiq dari-Mu
Menempuh jalan tentu tidak mampu
Oleh itu pimpinlah aku dalam hidup di dunia ini

Begitulah harapan ku pada-Mu
Setiap doa ku panjatkan

Begitulah harapan ku pada-Mu
Setiap doa ku panjatkan

Engkau dengarlah doaku ini
Engkau terimalah permintaanku
Engkau terimalah permintaanku
Engkau terimalah permintaanku…

02 January 2009

KELEBIHAN AYAT KURSI


Dari Anas bin Malik r.a. berkata, "Rasulullah S.A.W bersabda : Apabila seseorang dari umatku membaca ayat Kursi 12 kali, kemudian dia berwuduk dan mengerjakan solat subuh, nescaya Allah akan menjaganya dari kejahatan syaitan dan darjatnya sama dengan orang yang membaca seluruh al-Qur'an sebanyak tiga kali, dan pada hari kiamat ia akan diberi mahkota dari cahaya yang menyinari semua penghuni dunia."

Berkata Anas bin Malik, "Ya Rasulullah, apakah hendak dibaca setiap hari?"

Sabda Rasulullah S.A.W, " Tidak, cukuplah membacanya pada setiap hari Jumaat."

Umat-umat dahulu hanya sedikit sahaja yang mempercayai rasul-rasul mereka dan itu pun apabila mereka melihat mukjizat secara langsung. Kita sebagai umat Islam tidak boleh ragu-ragu tentang apa yang diterangkan oleh Allah dan Rasul. Janganlah kita ragu-ragu tentang al-Qur'an, hadis dan sunnah Rasul kita.

Janganlah kita menjadi seperti umat yang terdahulu yang mana mereka itu lebih suka banyak bertanya dan hendak melihat bukti-bukti terlebih dahulu sebelum mereka beriman.

Setiap satu yang dianjurkan oleh Rasulullah S.A.W kepada kita adalah untuk kebaikan kita sendiri. Rasulullah S.A.W menyuruh kita mengamalkan membaca surah Kursi. Kehebatan ayat ini telah diterangkan dalam banyak hadis.

Kehebatan ayat Kursi ini adalah untuk kita juga, yakni untuk menangkis gangguan syaitan dan kuncu-kuncunya di samping itu kita diberi pahala.

Begitu juga dengan surah al-Falaq, surah Yasin dan banyak lagi ayat-ayat al-Qur'an yang mempunyai keistimewaannya. Setiap isi al-Qur'an itu mempunyai kelebihan yang tersendiri.

Oleh itu kita umat Islam, janganlah ada sedikit pun keraguan tentang ayat-ayat al-Qur'an, hadis Nabi dan sunnah Baginda S.A.W. Keraguan dan was-was itu datangnya dari syaitan.