Pengertian Hasad
Hati rasa derita dan tidak senang dengan nikmat dan kelebihan yang dimiliki oleh orang lain dan berusaha untuk menghilangkan nikmat dari orang tersebut.
Pengertian Ghibtoh
Hati rasa cemburu melihat kebaikan dan kelebihan yang ada pada orang lain dan dia berusaha untuk mendapatkannya dengan cara yang baik dan berakhlak.
Bahaya Dan Ancaman Hasad
“Hasad dan dengki akan memakan habis segala kebaikan sebagaimana api yang memakan kayu yang kering.” (Mafhum Hadis)
“Sesungguhnya bahayanya sifat hasad kepada umat ini lebih dari bahayanya seekor serigala kelaparan yang dilepaskan di dalam kandang kambing…” (Mafhum Hadis)
“Awaslah kamu dari sifat hasad, kerana pertama-tama dosa dilangit dan di bumi adalah kerana hasad. Adapun Iblis dosanya yang paling besar adalah kerana hasad kepada Adam dan ada pun Qabil kerana hasadnya kepada Habil, maka berlakulah pembunuhan yang pertama di atas muka bumi…” (Hukama’)
Tiga golongan yang tidak akan diterima doanya oleh Allah :
1. Orang yang makan barang haram.
2. Orang yang suka mengumpat.
3. Orang yang ada dalam hatinya hasad dan dengki. (Abu Al-Laits As-Samarqandi)
Penawar Hati Dari Sifat Hasad
> Ada ilmu yang menyuluh persoalan hati.
> Sentiasa ingat mati dan akhirat.
> Muhasabah dan hokum diri.
> Berguru dengan guru yang Mursyid.
> Bergaul dengan sahabat yang soleh.
> Mendekati orang yang susah dan ditimpa musibah.
> Sentiasa bertafakur tentang nikmat-nikmat Allah.
> Lunakkan hati dengan Al-Quran & Zikrullah.
> Berdoa kepada Allah.
> Ingat dua perkara, lupakan dua perkara :-
Ingat 1. Kebaikan orang kepada kita.
2. Kejahatan kita kepada orang.
Lupa 1. Kebaikan kita kepada orang.
2. Kejahatan orang kepada kita.
13 March 2011
Subscribe to:
Posts (Atom)