Wahai anakku, jadikanlah dirimu timbangan di antara kamu dengan yang lain. Jangan menzalimi sesiapa pun sebagaimana kamu tidak suka dizalimi. Barangsiapa menghunus pedang kezaliman, maka ia akan terbunuh dengan pedang itu. Setiap yang zalim akan dibalas oleh yang lebih zalim.
Barangsiapa yang menggali lubang untuk orang lain, maka ia akan terperosok ke dalamnya. Barangsiapa yang membuka tabir aib orang lain, maka akan terbongkarlah auratnya. Barangsiapa melupakan kesalahan dan dosa-dosanya, maka ia akan selalu menganggap besar dosa orang lain.
Barangsiapa sombong terhadap yang lain, maka dia akan jatuh terhina. Barangsiapa bergaul dengan orang-orang hina, ia akan tercela. Barangsiapa memasuki tempat-tempat jahat, dia akan tertuduh. Barangsiapa ujub dengan pendapatnya sendiri, ia akan sesat.
Barangsiapa hanya mempercayai akal fikirannya sahaja, maka ia akan tergelincir. Jangan berkata tentang sesuatu yang tidak kamu ketahui, meskipun hanya sedikit ilmu yang kamu miliki.
15 August 2011
13 August 2011
Resepi Ubat Penyembuh Dosa
Seorang lelaki Badwi datang kepada seorang doktor dan bertanya: “Adakah Tuan mempunyai resepi ubat untuk menyembuhkan penyakit dosa?”
Doktor menundukkan kepalanya sejenak sambil berfikir. Lalu dia menjawab: “Dengarkan resepi ini. Jika kamu mengerjakannya kamu akan mendapat penyembuhan dari Allah.”
“Ambillah akar-akar kemelaratan dan jiwa kesabaran lalu dicampurkan dengan bahan fikiran dan dicampur dengan rendah hati dan kekhusyukan, kemudian ditumbuk semuanya dalam lesung taubat dan dibasahi dengan air mata, lalu ditempatkan dalam tempat rendah diri kepada Allah dan dimasak dengan api tawakal kepada-Nya.”
“Setelah itu digaul dengan senduk istighfar sehingga nampak taufik dan kehormatan diri. Kemudian pindahkan ke mangkuk cinta dan sejukkan dengan udara kasih sayang. Sesudah itu disaring dengan saringan kesusahan dan ditambah dengan hakikat iman serta campurkan dengan rasa takut kepada Allah SWT.”
“Teruskan meminum ubat ini selama hidupmu dan hatimu akan sembuh dari segala keluhan dan akan hilang rasa sakit dosa.”
01 August 2011
Salam Ramadhan 1432 Hijrah
Hari ini merupakan 1 Ramadhan 1432 Hijrah, bersamaan dengan 1 Ogos 2011, bermulanya Bulan Ramadhan dan saya ingin mengucapkan Selamat Menyambut Bulan Ramadhan dan Selamat Berpuasa kepada anda terutamanya pembaca setia blog ini dan amnya kepada semua umat Islam.
Walaupun melalui hanya blog ini, sering saya kongsikan kaedah menjana pendapatan melalui Internet kepada anda, jangan lupa juga untuk berkongsikan pendapatan yang kita dapat. Kerana Harta tidak akan berkurang sekiranya kita bersedekah dan berzakat (hadis).
Teringat saya pesanan seorang ustaz untuk sentiasa memberi, dan 10 kali ganda pulangan akan datang kepada kita. Dengan banyak memberi, kita akan rasakan bahawa harta, wang dan material adalah banyak dan tidak terhad. Dengan banyak berkongsi, lebih banyak rezeki dan peluang rezeki akan terbuka kepada kita apabila kita mempunyai perasaan ‘tidak terhad’ tersebut. Itulah rahsia dalam mendapat rezeki yang melimpah.
Bulan Ramadhan penuh dengan rezeki yang pelbagai. Rezeki pahala daripada amalan kita dan juga rezeki dari segi dugaan yang dilalui. Berbanyak bersyukur dengan segala apa sahaja yang kita miliki kini tidak kira tahap kita oleh kerana perasaan kesyukuran, dan keseronokan itu adalah kekayaan yang sebenar ;)
Salam Ramadhan Al-Mubarak dari saya, Lokman Hakim a.k.a Luqiem

Subscribe to:
Posts (Atom)