02 September 2008

Kelebihan Bulan Ramadhan...


ﺭ = Keredhaan Allah – Bagi orang yang taat.

ﻢ = Keampunan Allah – Bagi orang yang maksiat.

ﺾ = Jaminan Allah – Bagi orang yang tawakal.

ﺍ = Kejinakan Allah – Bagi orang yang taat.

ﻦ = Anugerah Allah – Bagi orang yang benar.

Perkataan RA-MA-DHAN berasal dari perkataan RA-MA-DA yang membawa erti membakar, iaitu menghapuskan dosa-dosa orang yang berpuasa dan beribadat pada bulan Ramadhan.

Ramadhan ertinya bulan mendapatkan keredhaan Allah dan keampunan bagi hamba-Nya. Orang yang mendapat keredhaan dan keampunan Allah bererti memberi jaminan (kerana ibadatnya pada bulan mulia dengan penuh taat) mendapat syurga anugerah Allah bagi hamba-Nya yang benar-benar melakukan ibadat kerana-Nya pada bulan Ramadhan termulia ini dengan ganjaran pahala sehingga seribu kali ganda dan keampunan yang banyak sekali, teristimewa pada malam Lailatul Qadar.

Sabda Nabi SAW: “Menunaikan yang sunat diberi balasan fardu, dan amal fardu diberi balasan 70 kali ganda. Bulan puasa adalah bulan sabar (sabar dalam berbuat taat kepada-Nya), dan sabar itu adalah Syurga balasannya. Bulan ini dilebihkan rezeki kepada hamba-Nya yang mukmin, diampunkan baginya dosa-dosa, barangsiapa memberi makan kepada orang berpuasa, pahalanya seperti memerdekakan hamba, dan diampunkan dosanya, Berkata Sahabat: “Bagaimana kami tak sanggup memberi makan orang yang berpuasa (berbuka puasa) ya Rasulullah? – Allah memberi pahala kepada orang yang memberi seteguk susu atau sebiji kurma, atau segelas air. Barangsiapa kenyangkan orang yang berpuasa akan diampunkan Allah dosanya, diminumkan Allah daripada Kolam Haudh, iaitu sejenis minuman yang tiada dahaga selepas meminumnya, hingga masuk ia ke Syurga, dan pahalanya seperti pahala orang yang berpuasa.

Barangsiapa hadir ke dalam majlis zikir pada bulan Ramadhan, ditulis pada setiap langkahnya ibadatnya setahun, dan pada hari qiamat bersamaku di bawah ‘Arasy. Siapa tetap berjemaah dalam bulan puasa didirikan kota yang bercahaya indah cemerlangnya, dan yang berbakti kepada kepada kedua ibubapanya Allah kurniakan Rahmat kepadanya, dan isteri yang berbuat sesuatu mencari keredhaan suaminya maka pahala yang besar Allah kurniakan kepadanya, dan siapa menyampaikan hajat orang mukmin, Allah menunaikan seribu hajatnya, dan siapa bersedekah kepada fakir miskin tiap langkahnya dikurniakan kepadanya seribu kebajikan, dihapuskan seribu kejahatan dan diangkatkan seribu darjat baginya.”

Artikel Oleh: Budiman Radzi. (1988). Fazilat Bulan Rejab, Sya’aban Ramadan. ISBN. Alor Setar, Kedah.

No comments: