23 June 2009

KELEBIHAN BULAN REJAB...

Diriwayatkan bahawa Nabi SAW telah bersabda :

“Ketahuilah bahawa Bulan Rejab itu adalah bulan ALLAH, maka barangsiapa yang berpuasa satu hari dalam bulan Rejab dengan ikhlas, maka pasti ia mendapat keredhaan yang besar dari ALLAH SWT.

Barangsiapa yang berpuasa dua hari dalam bulan Rejab akan mendapat kemuliaan disisi ALLAH SWT.

Barangsiapa yang berpuasa tiga hari dalam bulan Rejab, maka ALLAH akan menyelamatkannya dari bahaya dunia, seksa akhirat, dari terkena penyakit gila, penyakit putih-putih di kulit badan yang menyebabkan sangat gatal dan diselamatkan dari fitnahnya syaitan dan dajjal.

Barangsiapa yang berpuasa tujuh hari dalam bulan Rejab, maka ditutupkan tujuh pintu neraka Jahanam.

Barangsiapa yang berpuasa lapan hari dalam bulan Rejab, maka dibukakan lapan pintu syurga baginya.

Barangsiapa berpuasa 15 hari dalam bulan Rejab, maka ALLAH SWT mengampuni dosa-dosanya yang telah lalu dan menggantikannya kesemua kejahatannya dengan kebaikan, dan barangsiapa yang menambah (hari-hari puasa) maka ALLAH akan menambahkan pahalanya.”

Demikian antara kelebihan dalam bulan Rejab yang akan diganjarkan oleh ALLAH kepada hamba-nya yang banyak melakukan amal ibadah, terutamnya ibadah puasa. Sesungguhnya Allah Maha pemurah kepada hamba-nya, demikian itu mari kita rebut peluang ini dengan perbanyakkan ibadat-ibadat sunat sempena BULAN ALLAH ini iaitu, BULAN REJAB.

Atas tujuan tersebut, maka kita mohon doa kepada Allah yang Maha Kuasa akan kekuatan untuk mengamalkan segala amal yang digalakkan terutama dalam bulan ini. Mudah-mudahan kita menjadi hambaNya yang sentiasa mentaati perintah Allah dengan melaksanakan suruhan-Nya dan meninggalkan segala larangan-Nya kerana Allah dengan ikhlas.

Ibadat kerana ALLAH dan ikhlas dalam beramal…

No comments: