01 August 2011

Salam Ramadhan 1432 Hijrah

Hari ini merupakan 1 Ramadhan 1432 Hijrah, bersamaan dengan 1 Ogos 2011, bermulanya Bulan Ramadhan dan saya ingin mengucapkan Selamat Menyambut Bulan Ramadhan dan Selamat Berpuasa kepada anda terutamanya pembaca setia blog ini dan amnya kepada semua umat Islam.



Walaupun melalui hanya blog ini, sering saya kongsikan kaedah menjana pendapatan melalui Internet kepada anda, jangan lupa juga untuk berkongsikan pendapatan yang kita dapat. Kerana Harta tidak akan berkurang sekiranya kita bersedekah dan berzakat (hadis).



Teringat saya pesanan seorang ustaz untuk sentiasa memberi, dan 10 kali ganda pulangan akan datang kepada kita. Dengan banyak memberi, kita akan rasakan bahawa harta, wang dan material adalah banyak dan tidak terhad. Dengan banyak berkongsi, lebih banyak rezeki dan peluang rezeki akan terbuka kepada kita apabila kita mempunyai perasaan ‘tidak terhad’ tersebut. Itulah rahsia dalam mendapat rezeki yang melimpah.



Bulan Ramadhan penuh dengan rezeki yang pelbagai. Rezeki pahala daripada amalan kita dan juga rezeki dari segi dugaan yang dilalui. Berbanyak bersyukur dengan segala apa sahaja yang kita miliki kini tidak kira tahap kita oleh kerana perasaan kesyukuran, dan keseronokan itu adalah kekayaan yang sebenar ;)



Salam Ramadhan Al-Mubarak dari saya, Lokman Hakim a.k.a Luqiem

1 comment:

Unknown said...

semoga Allah permudahkan...

selmat menyambut ramadhan al-mubarak..