10 March 2010

Cuaca Panas - Tips & Fakta...

Sejak awal tahun lagi, kita berhadapan dengan fenomena cuaca panas dan kering… Dilaporkan cuaca panas ini akan menjadi lebih terik apabila kedudukan matahari tegak di atas garisan khatulistiwa penghujung bulan Mac (21 Mac) ini dimana tempoh siang dan malam di hemisfera utara dan selatan hampir sama…

Keadaan ini akan menyebabkan suhu bumi meningkat dengan kadar sejatan air ke udara meningkat… secara tak langsung menyebabkan keadaan sekeliling kita kering dengan cuaca yang terik… Kesihatan juga akan turut terganggu jika tiada persediaan awal diambil…

Tubuh badan kita juga akan berlaku dehidrasi, iaitu kehilangan air dari tubuh badan… Menyebabkan kita sering kehausan dan lemah anggota tubuh…

Nak elak dari masalah tersebut, perkara utama yang perlu kita ambil tindakan adalah banyakkan minum air. Disebabkan kita kehilangan air dalam tubuh, kita juga perlu menggantikannya semula… Biasa kita dengar, sekurang-kurangnya 8-12 gelas air kosong perlu diminum untuk golongan dewasa… Memang cukup banyak…

Selain meminum air, pastikan juga anda ubahsuai diet anda… elakkan makan yang pedas atau berat, perbanyakkan makan makanan sejuk seperti salad dan buah-buahan yang mengandungi kandungan air yang tinggi…

Selain itu amalkan senaman… Tapi awas, pastikan anda rasional dalam melakukan senaman… pilih waktu yang sesuai…

Pakaian anda juga perlu sesuai… elakkan dari pakaian yang berwarna gelap, kerana anda akan berasa lebih panas bila memakainya.. Cari yang terang dan longgar…

Anda juga perlu mengelakkan berada di kawasan perangkap haba… seperti kawasan yang tertutup tanpa sistem pengudaraan yang baik… Cari kawasan yang terbuka dan sentiasa bawa air jika keluar rumah dan sebagainya…

Fakta Kesan Haba Panas Pada Tubuh Kita :

20˚C – Selesa, denyutan nadi normal
25˚C – Peluh biasa
30˚C – Ketidakselesaan
40˚C – Kepanasan melampau, berpeluh, denyutan nadi pantas & letih.
45˚C – Kepanasan melampau, peluh terhenti, panas & kulit kering…

* Dimana kedudukan anda...

03 March 2010

Kejayaan Sebenar Umat Islam…

Alhamdulillah, rasa syukur kita panjatkan ke atas Ilahi, Tuhan yang Maha Kuasa atas sekalian makhluk-Nya… Selawat dan Salam ke atas junjungan besar Nabi kita, Muhammad SAW, keluarga dan para Sahabat Baginda…

Sempena bulan yang mulia ini, bulan Rabiul Awal… Bulan yang mana telah lahirnya seorang insan yang banyak memberi jasa kepada kesejahteraan ummat sejagat… Siapalah lagi jika bukan Rasul Allah, Nabi Muhammad SAW…

Pengorbanan Nabi memang cukup hebat, semuanya dilakukan untuk kesejahteraan dan kasih sayang Nabi kepada kita ummatnya… Bagaimana Nabi SAW begitu mengambil berat memikul amanah dan tanggungjawab dari Allah untuk mengajak manusia kembali kepada Allah… Kembali kepada Tuhan yang Menciptakan segala sesuatu…

Setelah 1400 tahun lebih Baginda SAW telah meninggalkan kita, kita masih setia dengan ajaran dan sunnah Nabi SAW… Begitu sayangnya Nabi kepada kita sehingga ditinggalkan kita dengan dua perkara… iaitu Al-Quran dan Sunnah… yang mana ia merupakan petunjuk dan bimbingan kepada kita sehingga kita kembali kepada Allah kelak…

Namun, sungguh malang jika petunjuk ini tidak diendahkan oleh kita sendiri yang mengaku Nabi sebagai Kekasih Allah, Nabi sebagai Rasul Allah… Seolah-olah kita tidak nampak kejayaan dalam kehidupan Nabi SAW…

Ramai yang telah silap… silap dengan pembawaan diri… Ramai yang hari ini telah jauh dengan Sunnah Nabi… Walhal, inilah kejayaan sebenar kita Ummat Islam… mengamalkan cara hidup Nabi SAW…

Nabi telah mengajarkan cara hidup baginda dengan penuh hikmah… dan ia merupakan cara hidup yang terbaik sampai bila-bila… Mungkin kita tidak mampu mengikut keseluruhan cara hidup Nabi… akan tetapi sekadar kemampuan yang kita dapat buat.. maka kita amalkan secara istiqamah... iaitu secara berterusan

Dalam satu hadis ada dinyatakan, sekiranya kita mengamalkan/menghidupkan satu sunnah di akhir zaman, maka ganjarannya menyamai 100 pahala mati syahid…

Begitu tingginya kepentingan dan manfaat sunnah nabi diamalkan kerana inilah kejayaan sebenar kita Ummat Islam dalam soal cara hidup… justeru, kita berdoa kepada Allah supaya diberi kekuatan untuk dapat amal seberapa banyak Sunnah Nabi SAW dalam kehidupan seharian kita… Semoga Allah terima amal ibadat kita… AMIN…

23 February 2010

Blog terbaru... Just Klik...

Seperti yang diperkatakan sebelum ini... saya telahpun menyiapkan blog terbaru saya... kali ini saya mendapat perkhidmatan dari Wordpress... mencuba kelainan dan persembahan yang diberikan...

Ianya percuma sebagaimana blogspot... blog ini bertujuan untuk berkongsi dengan anda berkaitan peluang perniagaan yang sememangnya mendapat tempat dari masyarakat...

Ianya dikenali sebagai Ads4buck.. sebuah program menjana kewangan di Internet yang telah berjaya membantu ribuan rakyat Malaysia bebas dari masalah kewangan...

Menggunakan perkembangan ICT yang terkini, saya akan berikan informasi2 terkini berkaitan program ini melalui blog saya...

Segalanya Mudah Dengan Ads4bucks... demikian motto yang saya hasilkan untuk blog tersebut... banyak menceritakan tentang bisnes, produk dan kisah kejayaan orang-orang yang telah lama bersama Ads4buck..

Saya sedia membantu anda secara peribadi dan teknikal sekiranya anda berminat untuk mengetahui program ini...

Tanpa berlengah lagi... klik jer pautan ini... Segalanya Mudah Dengan Ads4bucks

13 February 2010

Blog Baru....

Assalamualikum... Insyaallah saya dalam usaha membina sebuah laman blog terbaru saya... dan tengah memasukkan entry2 yang berkaitan...

Blog ini merupakan blog yang mempromosikan bisnes saya, catatan di sepanjang bergelar usahawan internet (e-dagang) akan saya masukkan...

tak lain dan tak bukan adalah untuk perkongsian bersama para blogger di luar sana...

disamping itu adalah untuk menjana pendapatan tambahan...

nantikan kemunculannya.. hehe

Saya akan on kan link blog tersebut setelah dilengkapkan dengan entry2 yang utama...

Segalanya Mudah Dengan Ads4bucks

03 February 2010

Revolusi Perniagaan Internet... Jom Sertai Sekarang!!!

Anda pernah dengar Ads4bucks... Sebuah syarikat pengiklanan yang sememangnya cukup terkenal kini... Antara lain syarikat ini menyediakan perkhidmatan pengiklanan kepada anda untuk apa jua jenis produk dan perkhidmatan...

Misi utama syarikat adalah untuk menjadi portal seperti google & yahoo... iaitu dikenali diseluruh dunia dengan khidmat yang terbaik kepada pelanggan.. Untuk itu sebuah program dibentuk untuk memastikan misi tersebut berjaya... dikenal sebagai Progranm Affiliate, kini anda mampu bersama-sama syarikat menjayakan misi tersebut...

Dengan pemberian komisyen yang lumayan, anda mampu menaja pendapatan tambahan sehingga RM20 Ribu sebulan... Dapatkan maklumat lanjut disini...

07 January 2010

Apa Yang Kau Mahu & Apa Yang Allah Mahu…

Alhamdulillah syukur kita pada Allah, Tuhan Pencipta Alam, Tuhan yang mengurniakan rezeki dan nikmat hidup kepada kita… Selawat dan Salam ke atas Nabi kita Muhammad SAW…

Hari ni sudah masuk seminggu kita semua masyarakat di Malaysia berada dalam tahun baru 2010… cepat betul masa berlalu… Hanya mereka yang menyedarinya sahaja akan merasai kecepatan waktu yang secepat ini… iaitu mereka yang sentiasa beringat…

Sempena tahun baru ini, sudah pasti pelbagai azam dan perancangan telah dibuat dan disusun atur oleh kita semua… semuanya berkehendakkan kesempurnaan… memang itu yang kita mahu…

Entry pada kali ini saya bagi tajuk Apa Yang Kau Mahu & Apa Yang Allah Mahu… ya, apa yang kau mahu… setiap dari kita ada kemahuan tersendiri.. terlalu subjektif untuk saya tuliskan satu persatu apa yang kita mahu… akan tetapi, yang pasti kemahuan kita berbeza…

Ada yang mahukan kesempurnaan dalam hidup… ada yang mahukan kebebasan dalam hidup… ada yang mahukan harta, ada yang mahukan keluarga, anak dan sebagainya…

Terserah kepada anda apa yang anda mahu… yang pasti saya tak ambil tahu pun akan apa yang anda mahu… Cuma nak kongsikan disini apa sepatutnya saya dan anda semua perlu mahu… dan yang penting adalah apa yang Allah mahu…

Tidak semestinya apa yang kita mahu, Allah pun mahu… kerana manusia dicipta dengan pelbagai kemahuan dan kehendak… dan kita sedia maklum apa yang Allah mahu.. ya, apa yang Allah mahu dari kita selaku hamba-Nya…

Adakah anda tahu apa yang Allah mahu dari kita selaku hamba-Nya… tak lain tak bukan adalah Allah mahukan kita taat perintah-Nya dan meninggalkan larangan-Nya… cukup jelas bagi yang faham!

Sekian untuk kali ini… Insyaallah saya sambung kemudian hari.. sebab itu yang saya mahukan…

28 December 2009

Anak Muda Remaja – Melayu ISLAM (Sambungan... 2)

Sambungan dari entry bertajuk “Anak Muda Remaja – Melayu ISLAM”

Kita sedia maklum bahawa dari hari ke hari kita dengar di kaca TV, corong-corong radio, dada-dada akhbar berita berkaitan keruntuhan gejala sosial dikalangan muda-mudi remaja Melayu. Macam dah tiada perkara lain nak diberitakan. Nak tak nak kita perlu dengar dan dengar. Kerana itulah fakta yang perlu kita terima. Tak kurang juga dengar pelbagai cadangan dan program yang dianjurkan untuk mendekati golongan ini, yang mana nak cuba hayati rintihan hati mereka-meraka ini…

Pada saya semua penganjuran dan program tersebut memang wajar dilakukan, namun terkadang tak capai matlamat kerana akyiviti yang dianjurkan hanya diikuti sepenuhnya semasa program tersebut dijalankan, setelah berakhir program tersebut, maka di situ jugalah penamatnya. Tiada susulan dan tiada pemerhatian lanjut dilakukan.

Sedar atau tidak, disebalik kerosakan dan keruntuhan akhlak remaja muda-mudi Melayu ini, terdapat gerakan tertentu yang begitu aktif menghancurkan dan merosakkan anak-anak muda remaja Melayu kita ini. Bukan nak tuding jari kepada mana-mana pihak untuk mengelakkan saya dipersalahkan, asbab kelemahan saya yang membiarkan para remaja ini lepas bebas tanpa nasihat dan teguran yang hikmah, mungkin salah satu kepada permasalahan ini tak dapat dibentung.

Orang yang paling dekat dengan para remaja muda-mudi Melayu ini tak lain dan tak bukan adalah ibu bapa mereka sendiri. Jika dikira peratus kegagalan ibu bapa mendidik anak mereka dengan berjaya sangat-sangat mendukacitakan... kejayaan adalah diukur dari segi pendidikan dan akhlak… atau salah satu darinya..

Anda sebagai ibu bapa (jika yang sudah berumahtangga)… adakah anda sudah cukup yakin atau tidak anak anda tidak akan terjebak dengan gejala negatif… mungkin dari segi luaran tidak membayangkan anak-anak muda remaja Melayu kita ini akan terlibat… akan tetapi tanggungjawab dan amanah mendidik anak-anak akan tetap dipersoalkan di akhirat kelak…

Bersambung…

22 December 2009

Anak Muda Remaja – Melayu ISLAM

Assalamualaikum & Salam Sejahtera, Alhamdulillah dikesempatan yang ada ini, mari kita panjatkan rasa syukur kita pada Allah, Tuhan yang menciptakan kita, yang memberi kita kepelbagaian nikmat.. yang mana pasti dan pasti tak akan mampu kita balas… Selawat & Salam ke atas Junjungan besar Nabi kita Muhammad SAW, keluarga dan para Sahabat Baginda…

Alhamdulillah, kita sudahpun masuk ke tahun baru Islam, awal Muharram 1431h… ini bermakna kita semakin dekat dengan Allah… begitu juga dengan tahun 2010 Masihi yang akan tiba tak berapa lama lagi… Ramai yang membuat azam baru dengan berhijrah menjadi yang lebih baik dari yang sebelumnya… Dengan kata lain yang biasa saya gunakan, tranformasikan diri anda menjadi lebih baik dari yang sebelumnya…

Insya-Allah, tajuk entry pada kali ini agak jelas dan perlu diperjelaskan kepada khalayak.. supaya menjadi peringatan untuk diri saya dan diri anda.. tujuan adalah untuk memaklumkan bahawa kita sekarang telah terjebak dan sekiranya ia tidak ditangani dan diselesaikan segera, dikhuatiri nasib anak bangsa akan terus menjadi pertaruhan…

Ia, entry kali ini agak serius, manakan tidak ia melibatkan saya dan anda yang berbangsa Melayu… yang beragama Islam….

Tahukah anda… remaja Melayu kini semakin lama semakin jauh pegangan agamanya… baik yang lelaki mahupun yang perempuannya… kehidupan mereka begitu bebas… bebas dari segala segi… “Aku mahu bebas..” demikian antara pengakuan yang biasa kita dengar…

Sama ada anda bersetuju atau tidak, cuba lihat disekeliling anda.. itu sudah cukup untuk membuktikan kepada anda… lihatlah di Bandar-bandar, disebalik hiruk-pikuk kota metropolitan, disebalik lorong-lorong, disebalik jalanan, disebalik keindahan kampung halaman… juga disebalik tabir kisah masyarakat… pasti wujud mereka yang mensia-siakan hidup entah ke mana tanpa bimbingan dan hala tuju…

Bersambung…

17 December 2009

Salam Muharram 1431H



Muharram - Peristiwa dan Kelebihannya

Dari Ibnu Abbas r.a berkata Rasulullah S.A.W bersabda : " Sesiapa yang berpuasa pada hari Asyura (10 Muharram) maka Allah S.W.T akan memberi kepadanya pahala 10,000 malaikat dan sesiapa yang berpuasa pada hari Asyura (10 Muharram) maka akan diberi pahala 10,000 orang berhaji dan berumrah, dan 10,000 pahala orang mati syahid, dan barang siapa yang mengusap kepala anak-anak yatim pada hari tersebut maka Allah S.W.T akan menaikkan dengan setiap rambut satu darjat. Dan sesiapa yang memberi makan kepada orang yang berbuka puasa pada orang mukmin pada hari Asyura, maka seolah-olah dia memberi makan pada seluruh ummat Rasulullah S.A.W yang berbuka puasa dan mengenyangkan perut mereka."

Lalu para sahabat bertanya Rasulullah S.A.W : " Ya Rasulullah S.A.W, adakah Allah telah melebihkan hari Asyura daripada hari-hari lain?".

Maka berkata Rasulullah S.A.W : " Ya, memang benar, Allah Taala menjadikan langit dan bumi pada hari Asyura, menjadikan laut pada hari Asyura, menjadikan bukit-bukit pada hari Asyura, menjadikan Nabi Adam dan juga Hawa pada hari Asyura, lahirnya Nabi Ibrahim juga pada hari Asyura, dan Allah S.W.T menyelamatkan Nabi Ibrahim dari api juga pada hari Asyura, Allah S.W.T menenggelamkan Fir'aun pada hari Asyura, menyembuhkan penyakit Nabi Ayyub a.s pada hari Asyura, Allah S.W.T menerima taubat Nabi Adam pada hari Asyura, Allah S.W.T mengampunkan dosa Nabi Daud pada hari Asyura, Allah S.W.T mengembalikan kerajaan Nabi Sulaiman juga pada hari Asyura, dan akan terjadi hari kiamat itu juga pada hari Asyura!"

Salam Muharram dari saya untuk anda semua ~ Tranformasi diri ke arah yang lebih baik

02 December 2009

Pejam Celik, Pejam Celik…

Alhamdulillah… setinggi rasa syukur pada Allah, tuhan yang memberikan nyawa kepada hamba-hambaNya… Selawat dan Salam ke atas Junjungan besar Nabi Muhammad Saw, keluarga dan para Sahabat…

Pejam celik, pejam celik… masih lagi diberi aku nafas untuk menghirup udara yang nyaman tanpa sesen pun dibayar…

Pejam celik, pejam celik… dulu aku sebesar tapak tangan, kini dah sudah membesar mengalahkan emak dan ayah…

Pejam celik, pejam celik… Diri aku semakin lama semakin berubah… dari bayi ke kanak-kanak, dari kanak-kanak ke remaja, dan dari remaja ke dewasa… suatu perubahan hakiki setiap makhluk di muka bumi…

Pejam celik, pejam celik… bermacam perkara aku di ajar dan aku belajar, terkadang ikut yang salah.. Alhamdulillah ada teman yang tunjuk ajar…

Pejam celik, pejam celik… hidup aku kini semakin lama semakin menuju kepada-Nya… entah cukup atau tidak segala amal untuk di bawa kepada-Nya kelak.. Nau’zubillah.

26 November 2009

Salam Aidil Adha…

Sempena 10 Zulhijjah 1430h, saya di Muqaddimah mengambil kesempatan mengucapkan salam Aidil Adha…

Selamat Menyambut Hari Raya Korban bersama keluarga, teman-teman dan masyarakat Islam keseluruhannya… Hayati makna korban atau pengorbanan dengan erti kata yang sebenar… ketahuilah untuk mendapatkan hakikat iman dalam diri, kita perlu korbankan diri kita, harta kita, masa kita di jalan Allah… Sebanyak mana/apa yang kita korbankan, maka sebanyak itulah pahala dan ganjaran yang bakal kita dapat kelak…

Begitu juga dengan kehidupan seharian kita, kita perlu berkorban untuk mendapatkan sesuatu… sesuatu yang nilaiannya tidak kita sangkakan… Semoga Allah terima pengorbanan kita… Insyaallah.

17 November 2009

Rahsia Cemerlang Dalam Peperiksaan...

Alhamdulillah… Segala Puji Bagi Allah, Tuhan yang menguasai Hari Pembalasan… Selawat & Salam ke atas Junjungan Besar Nabi kita Muhammad SAW… Keluarga dan para Sahabat Baginda…

Insya-Allah esok (18-Nov-2009), semua pelajar yang mengambil SPM dan STPM seluruh negara bakal menduduki peperiksaan utama masing-masing… Pasti debaran dan rasa takut menyelubungi setiap pelajar yang terlibat… Entah apa yang ditakutkan hanya diri pelajar itu sendiri yang lebih mengetahuinya…

Esok juga mereka akan diuji minda dan fizikal… bagaimana ketahanan minda dan fizikal tersebut mampu menjawab tiap persoalan yang sememangnya seringkali menjadi penentu kejayaan dan kegagalan mereka…

Kali ini saya ingin berkongsi dengan sahabat semua tetang Rahsia Cemerlang Dalam Peperiksaan… Saya sudah mengalami pelbagai peringkat peperiksaan, bermula dari sekolah rendah, sekolah menengah sehinggalah ke institusi pengajian tinggi… semuanya sudah saya lalui… Begitu juga dengan anda… Yang belum, bersedialah….

Untuk apa sebenarnya kita diuji… tujuan utama adalah untuk menilai kefahaman akademik yang kita pelajari dalam tempoh-tempoh tertentu…. Minima tempoh kita belajar sesuatu subjek adalah dua tahun… dari tingkatan empat ke tingkatan lima… begitu juga dari Lower Six ke Upper Six…

Tempoh masa inilah rahsia cemerlang untuk berjaya dalam peperiksaan… Dulu saya sering diingatkan oleh guru bahawa mulai dari anda menjejakkan kaki ke tingkatan empat atau lower six.. disinilah kecermelangan anda bermula… bagaimana corak permulaan kita, begitulah pengakhirannya…

Permulaan yang baik akan membuahkan hasil yang kita inginkan… iaitu kejayaan..! “Saya nak berjaya, orang lain boleh, kenapa saya tidak…”

Tahukah anda, kenapa kita membaca? Kita membaca untuk mendapatkan maklumat / info / ilmu tentang sesuatu… tentang pelbagai perkara, perkara yang mungkin berkaitan minat, kerjaya, hobi dan sebagainya… Inilah rahsia cemerlang untuk berjaya dalam peperiksaan… MEMBACA!

Secara kesimpulannya, jom membaca…. Jika anda membaca saya jamin anda akan berjaya dalam apa sahaja bidang.. bukan dalam pelajaran semata-mata, tetapi apa sahaja bidang yang anda ingin ceburi…

Esok adik saya sendiri akan menyertai sejumlah ribuan pelajar seluruh Negara berhempas-pulas menjawab soalan yang menguji akal minda mereka.. Selamat Berjaya Along ucapkan… buat memolek exam tu!

13 November 2009

Apakah Cara Yang Tepat Untuk Mendapatkan Husnul Khatimah

Alhamdulillah, kita panjatkan rasa syukur kepada Pencipta kita, Allah Yang Maha Besar… Selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi kita Muhammad SAW, keluarga dan para sahabat baginda…

Entry hari ini saya nak kongsikan dengan sahabat Muqaddimah semua sebagaimana tajuk di atas “Langkah-Langkah Mendapatkan Husnul Khatimah”… Husnul bermaksud baik, ringkasnya Bangaimana kita nak dapatkan mati yang baik…

“Setiap yang bernyawa pasti merasai mati…” (Surah Al-‘Ankabuut : 57)… Demikian firman Allah dalam Al-Quran. Itulah ketetapan yang telah Allah buat kepada makhluk-mahklukNya sama ada di langit ataupun di bumi…

Persoalan yang perlu kita sendiri jawab adalah bagaimana cara dan keadaan kita mati kelak.. adakah mati kita dalam keadaan baik atau sebaliknya… jika baik maka kita mati dalam keadaan Husnul Khatimah.. jika sebaliknya, kita mati dalam keadaan Su’ul Khatimah… Nau’zubillah

Cara bagaimana dan keadaan mati kita kelak sebenarnya bergantung kepada cara hidup kita sekarang.. Cuba kita berfikir sejenak perihal hidup kita sekarang… adakah keadaan yang ada sekarang yang kita inginkan ketika kematian kita kelak… Semua bergantung kepada cara hidup kita sebenarnya…

Berikut merupakan cara untuk kita mendapatkan Husnul Khatimah.. iaitu mendapatkan kematian yang baik disisi Allah…

1. Lazimkan diri ke majlis-majlis ilmu

Majlis-majlis ilmu memang banyak dianjurkan terutama di setiap masjid dan surau di Halqah kita masing-masing. Pengajian agama yang dibuat kadang-kala tidak mendapat sambutan oleh golongan muda-mudi… hal ini sangat merugikan kita kelak… kerana ilmu yang disampaikan barangkali mengambil masa untuk diulangi kembali… justeru hadirkan diri ke majlis-majlis ilmu yang dianjurkan di kediaman kita.. dan jangan mengambil ringan akannya..

Seperkara yang perlu kita perlu ingat adalah segerakan ke majlis-majlis tersebut dan jangan sekali-kali bertangguh… Allah telah berikan masa kepada semua manusia dengan adil.. setiap orang mendapat 24 jam sehari… tapi kenapa ada dikalangan kita mengatakan yang “Aku tak ada masa nak pergi ke majlis-majlis tu semua…”

Sebenarnya bukan tiada masa, tetapi tidak mengurus masa dengan baik… saya ambil contoh, jika kita masukkan beberapa helai pakaian ke dalam sebuah beg tanpa dilipat dengan baik terlebih dahulu, pastilah tiada ruang yang dapat kita masukkan lagi untuk baju, tuala dan pakaian yang lain… Sebaliknya jika kita melipat dengan baik setiap helai baju dan pakaian tersebut maka pastilah lebih banyak ruang yang ada… begitu juga dangan kita, sekiranya dapat mengurus masa dengan baik tentulah kita tidak akan berkata “Aku tak ada masa..”

Hakikatnya masa dihabiskan dengan perkara-perka yang lalai… Ketika azan berkumandang, kita sibukkan diri dengan makan minum, sibukkan diri dengan keluarga.. dan x lupa juga sibukkan diri dengan menghiburkan diri sendiri.. lalai dengan tv, lalai dengan computer, lalai dengan bermacam-macam perkara lalai.. hingga tiada masa kononnya untuk ke majlis ilmu… orang lain mampu memberikan masa, kenapa kita tidak…

Maka bersangatan rugi sekiranya masa kita tidak uruskan dengan bijaksana… Hargailah masa dengan sebaiknya.. orang belajar Fardu Ain, Fekah, Tajwid, Tauhid di masjid.. kita entah ke mana… bila ditanya baru nak mencari itu ini.. bersoal itu ini…

“Masa sebenarnya singkat… dan akan menjadi singkat … sekiranya kita membiarkan masa berlalu begitu sahaja.”

2. Mendidik anak dengan cara yang baik

Sekiranya anda telah berumah tangga… tentulah akan dikurniakan cahaya mata… hanya yang membezakan ramai dan sikit sahaja… lambat dan cepat… Anak-anak adalah permata keluarga, kita yang mencorak hidupnya… jika kita soleh, insya-Allah anak-anak kita kelak akan menjadi soleh dan solehah…

Doa anak-anak lah yang akan menentukan nasib kita di alam barzakh kelak… adakah kita inginkan doa kesejahteraan dari anak-anak kita kelak… sudah pastilah kita inginkan… tapi bagaimana untuk kita pastikan anak-anak mendoakan kita… Caranya adalah dengan pendidikan yang baik…

Bermula dari lahirnya anak-anak tersebut, episod mendidik telah bermula … bahkan dalam kandungan lagi Islam mengajar kita cara mendidik anak… Zaman kanak-kanak merupakan zaman bermain… maka kita perlu pandai mendidik mereka.. ajarkan mereka dengan asas-asas agama.. ajarkan anak-anak kita mengenali Allah… kenal Nabi Saw… ajarkan anak-anak kita mengaji quran dal sebagainya…

Teruskan usaha mendidik sepanjang pembesaran anak-anak tersebut… jadikan diri kita sebagai ikutan untuknya… Insyaallah jika kita berjaya mendidik anak menjadi soleh dan solehah.. maka pasti dan pastilah mereka akan mendoakan kesejahteraan kita bila kita telah kembali kepada Allah kelak…

“Di mana anak anda sekarang… Dengan siapa ia berkawan… Awasilah anak-anak anda…”

3. Jaga pemakanan

Setiap hari kita makan… makan, makan dan makan… untuk apa kita makan… adakah kita makan untuk hidup atau pun hidup untuk makan… jawapannya kita makan untuk hidup… untuk memberi tenaga dan kekuatan kepada tubuh badan… dan sebab-sebab yang lain kenapa kita makan… tanpa makanan kita akan lemah dan sukar untuk melaksanakan sebarang pekerjaan…

Begitu juga denga ibadah… sukar untuk kita laksanakan perintah Allah sekiranya badan kita lemah… Justeru, pelbagai jenis makanan telah terhidang untuk kita makan… semuanya dari sumber alam yang diciptakan Allah untuk manusia… Hari ini kita makan apa yang dihidangkan oleh ibu bapa kita, suami isteri kita… saudara mara kita… jiran tetangga kita… kawan-kawan kita… Alhamdulillah ada rezeki kita…

Persoalan yang perlu kita jawab adalah sumber makanan tersebut… adakah halal atau haram… adakah dengan terdapatnya logo Halal sudah dikira halal… “Kan dah ada logo HALAL, makan je laa…” yang pastinya kita jarang mengambil berat soal pemakanan kita… hanya ingin memenuhkan nafsu lapar kita sahaja… sengaja dilupakan atau buat-buat tidak tahu semua yang di makan itu datang dari mana… dibeli dari duit sama ada halal atau tidak… ohhh banyak sungguh perilah pemakanan rupanya….

Apa yangb kita makan akan menjadi darah daging kita… jika baik Alhamdulillah, jika sebaliknya Na’uzubillah… pemakanan yang baik akan membentuk diri yang baik… makan minum jugalah yang menentukan sihat sakitnya kita… Orang yang terlantar di hospital kebanyakannya sakit disebabkan pemakanan yang tak terjaga… Kencing manis, darah tinggi, lelah, sakit jantung, kanser itu, kanser ini.. macam-macam jenis penyakit.. semuanya berpunca dari pemakanan yang tidak baik… semuanya asbab, yang memberi sakit hanya Allah…

Demikian cara-cara yang tepat untuk saya dan kita semua mendapat Husnul Khatimah… ini hanyalah sebahagiannya sahaja.. ada banyak lagi cara-caranya… cukuplah yang sedikit ini.. yang penting saya dapat amal dan kita sampaikan… semoga ia bermanfaat Insya-Allah…

27 October 2009

Saka Dan Sihir...

Lama tak update blog ni… Alhamdulillah dikesempatan ini aku ada sesuatu yang ingin dikongsikan bersama… Ianya berkaitan merawat sihir atau membuang saka… Seperti yang kita sedia maklum, sihir merupakan perbuatan yang ditegah dalam agama kerana kesannya yang buruk kepada diri sendiri mahupun orang yang disihirkan… Mempelajarinya juga adalah haram hukumnya kerana tidak membawa manfaat yang membawa kebaikan kepada masyarakat…

Baru-baru ini iaitu pada 23 Oktober 2009, aku bersama-sama dengan beberapa orang ahli keluarga telah berkunjung ke sebuah tempat di Felda Bukit Goh, Kuantan, Pahang Darul Makmur. Orang yang bertanggungjawab untuk merawat sihir ini dikenali sebagai Ustaz Zainal… Walau bagaimanapun aku tidak mendapat maklumat lanjut mengenai latar belakang ustaz tersebut secara detail… Apa yang lebih penting adalah perkhidmatan beliau…

Terdapat beberapa orang tetamu sebelum kami datang ke rumah beliau.. selang beberapa minit tetamu tersebut pulang dan tiba giliran kami sekeluarga… Dua orang sepupu aku yang berusia 2-3 tahun tiba-tiba menangis dan tidak mahu memasuki rumah tersebut walaupun dipaksa… Menurut Ustaz, dua orang sepupu aku ni terlihat jelmaan jin atau syaitan yang berada disekitar rumah tersebut… Pening kepala dibuatnya.. bising betul… tapi ustaz still releks…

Setiap orang yang memasuki rumah beliau akan ditulis nama.. atau lebih tepat lagi nama orang-orang yang inginkan rawatan beliau… termasuk juga aku walaupun datang sekadar menemani keluarga…

Setelah nama diberi dan ditulis oleh ustaz sendiri… maka bermulalah sesi rawatan.. jeng, jeng, jeng…

Dengan menggunakan seutas tasbih, ustaz tersebut membacakan zikir-zikir tertentu… aku tak pasti zikir apa yang dibacakan kerana duduk agak jauh dengan ustaz tersebut… kedengaran zikir Lahaulawala (sampai habis)... sebelum itu beliau ada memberi sedikit penerangan tentang kaedah rawatan yang beliau gunakan… jelas sekali beliau hanya berikhtiar kepada Allah, dan beliau hanya meminta pertolongan dari Allah semata-mata… sekiranya diizinkan Allah, maka sembuhlah, jika tidak diizinkan Allah, maka berusahalah mencari rawatan terbaik… beliau dengan rendah diri menyatakan bahawa beliau tidak berkuasa merawat sihir tersebut, sebaliknya hanya sekadar berusaha sekadar kemampuannya…

Semasa membacakan zikir-zikir tersebut… Beliau mengimbas semua nama-nama yang diberikan kepadanya untuk mengesan jika ada penyakit-penyakit mahupun sihir-sihir yang ada pada individu-individu berkenaan… Alhamdulillah, aku bebas daripda semua jenis penyakit dan sihir tersebut… Berdebar juga time tu... macam kena scan virus pulak....

Akan tetapi, beberapa orang ahli keluarga aku yang datang hampir semuanya mendapat penyakit yang hampir sama, iaitu terkena buatan orang ataupun disihir. Menurut cerita ustaz Zainal, ia berpunca daripada saka yang ditinggalkan oleh nenek moyang keluarga kami sejak dahulu lagi. Selain itu, terdapat juga ahli keluarga yang dikenakan orang kerana beberapa sebab. Antaranya cemburu dan berunsur khianat.

Salah seorang terkena buatan orang kerana cemburu tidak mendapat jodoh dengan pasangan yang diinginkan. Dengan menggunakan perantaraan jin dan sebagainya, orang yang terkena buatan ini akan menyebabkan rasa dibenci dan menyebabkan tidak mendapat jodoh sampai bila-bila selagi tidak dirawat. Macam-macam la jenis manusia ni...

Kita sering mendengar jika seseorang itu disihir pasti ada sesuatu yang ditanam di kawasan rumah orang berkenaan. Memang benar, menurut ustaz Zainal lagi, benda-benda yang ditanam adalah untuk memastikan kesan sihir lebih cepat meresap dan lebih berkesan dalam tempoh waktu tertentu. Dengan menggunakan cincin yang ada batu permata, Ustaz Zainal mengenal pasti akan kewujudan barang-barang tersebut. Hal ini kerana, kebiasaannya jin akan menduduki di kawasan yang mempunyai unsur batu.

Dalam proses merawat atau membuang atau menghantar kembali jin-jin ini kepada tuannya, pesakit akan mendapati diri mereka berasa sesuatu yang bergerak-gerak dalam badan mereka... anggota-anggota badan tertentu akan berasa lemah dan sakit... kepada pening, dan suhu bahan sedikit panas... dan bermacam-macam kesan boleh dilihat semasa proses rawatan... akan tetapi ia tidak memudaratkan... kerana dari semasa ke semasa Ustaz Zainal akan bertanyakan kepada ahli keluarga aku tentang keadaan mereka...

Rawatan diteruskan sehinggalah ahli kelurga aku berasa kurang sakit dan keadaan bertambah baik dari sebelumnya... walau bagaimanapun, benda atau jin yang terdapat dalam badan masih ada lagi kerana beberapa perkara perlu dilakukan sebelum dibuang sepenuhnya...

Antara perkara yang perlu dilakukan sebelum jin-jin yang ada dalam badan ini dibuang sepenuhnya adalah dengan membersihkan rohani terlebih dahulu... Ahli keluarga aku disuruh memohon maaf dari kedua orang tua masing-masing... sekiranya orang tua yang sudah meninggal dunia... Bacaan al-Fatihah dibaca sebanyak tujuh kali dan disedekahkan kepada ibu bapa yang telah meninggal tersebut serta minta ampun dan maaf dalam hati...

Berzikir Syahadah.. Lailahaillallah Muhammadar rasulullah sekurang-kurangnya 10 ribu kali... dengan menghadirkan Allah dalam hati... Solat Taubat 2 rakaat dan solat hajat 8 rakaat... Berdoa minta ampun kepada Allah dan Rasulnya… setelah semuanya dibuat dan terdapat perubahan yang ketara dalam diri maka sesi rawatan seterusnya boleh dilakukan.. iaitu membuang atau menghantar semula jin-jin kepada pemiliknya…

Rawatan pada malam tersebut memakan masa hampir dua jam… penat juga laa aku, sebab tak cukup rehat dan tidur…. Setelah selesai sesi rawatan tersebut kami semua berangkat pulang ke rumah ahli keluarga yang terdekat di sekitar Kuantan... Sambung rawatan sesi kedua...

Dari permerhatian aku sepanjang sesi rawatan tersebut dijalankan... Ustaz banyak kali memberikan peringatan dan nasihat supaya bersabar dengan ujian ini… perbanyakkan mengingati Allah dan rasul-Nya… perbaiki akhlak dengan kedua orang tua… Pokoknya kita ikut perintah Allah, tinggalkan larangan-Nya… mari kita berdoa supaya Allah hindarkan kita dengan ujian sihir dan buatan orang ini...

21 October 2009

MERANTAU...



http://www.youtube.com/watch?v=PtkLFm3QrmA

filem yang dinanti-nantikan dalam memartabatkan seni silat.... Jom Tengok Preview Filem "MERANTAU"

16 October 2009

Temubual Eksklusif - Kini PERCUMA...!

Anda berminat dengan perniagaan internet? Mahu ketahui revolusi bisnes internet hanya dari rumah anda...?

Mungkin anda tahu, sudah gempar seluruh dunia internet berkaitan sistem terbaru ciptaan Zamri Nanyan!

Adakah anda sudah mendapatkannya..?

Memandangkan ada beberapa persoalan yang sering diterima berkaitan sistem ini, Razif Yusof dari AutoViralReport.com telah mengadakan temubual bersama Zamri Nanyan. Dengan pendedahan laporan ini pasti akan membuatkan anda lebih memahami apa yang dimaksudkan dengan "Sistem Pemasaran AutoViral ini.

Temubual ini telah dijadikan sebuah laporan yang cukup hebat dan eksklusif.

Anda boleh dapatkan disini:

{Sistem Pasaran AutoRival}


Ya..! Sepatutnya laporan ini dijual tetapi pada kali ini Razif Yusof amat berbesar hati memberikannya kepada anda dengan percuma tanpa anda perlu membayar satu sen pun..!

Malah, selain laporan temubual ini, Razif sendiri telah berkongsi tips bagaimana beliau menjalankan pemasaran email disertakan dengan bukti yang beliau berjaya menjual sehingga berjaya menjadi "Top Affiliate." Terbukti teknik menjual menerusi email adalah salah satu kepakaran beliau.

Dapatkan sekarang!

14 October 2009

Akibat Gempa Bumi...






Kuasa Allah Untuk Iktibar Hamba-Hambanya...

10 October 2009

KISAH DARI KITAB ALLAH YANG DAHULU

Suatu ketika Rasulullah s.a.w telah ditanya tentang suhuf yang diturunkan kepada suhuf Nabi Allah Musa a.s. Rasulullah s.a.w berkata, "Sebahagian daripada kandungan suhuf Nabi Musa a.s :-

1. Aku hairan pada orang yang telah meyakinkan akan datangnya kematian (yakin dirinya akan mati dan ditanya tentang amalannya), tetapi mengapa mereka merasa seronok dan gembira di dunia (tidak membuat persediaan).

2. Aku hairan kepada orang yang telah meyakini akan adanya qadar (ketentuan) Allah, tetapi mengapa mereka marah-marah (bila sesuatu musibah menimpa dirinya).

3. Aku hairan pada orang yang telah meyakini akan adanya hisab (hari pengiraan amal baik dan buruk), tetapi mengapa mereka tidak berbuat kebaikan?"

Rasulullah s.a.w ditanya pula tentang sebahagian daripada kitab Taurat, Nabi berkata, "Antara kandungannya ialah :-

1. Wahai anak Adam, janganlah kau merasa khuatir akan kekuasaan (pangkat), selagi kekuasaanKu kekal abadi iaitu tidak akan hilang selamanya.

2. Wahai anak Adam, sesungguhnya Kami menciptakan kamu adalah untuk beribadah kepadaKu, maka dari itu janganlah kamu mensia-siakan (menghabiskan masamu untuk berhibur sahaja).

3. Wahai anak Adam, Kami tidak mengira akan amalanmu yang akan dilakukan esok, oleh itu janganlah kamu cemas akan rezekimu untuk esok.

4. Wahai anak Adam, sesungguhnya bagi kamu ada kewajipan dan ketentuan rezeki, sekalipun kamu mengabaikan kewajipanmu terhadapKu, namun Aku tidak akan mengabaikan rezeki yang telah ditentukan untukmu.

5. Wahai anak Adam, sesungguhnya jika kamu redha pada apa-apa yang telah aku berikan kepadamu, maka kamu akan merasakan bahagia zahir dan batin. Tetapi jika kamu tidak redha dengan apa-apa yang telah Aku berikan itu, maka kamu akan dikuasai oleh dunia sehingga kamu akan melompat-lompat dan melenting kepanasan di padang pasir yang panas. Demi Keagungan dan KemuliaanKu, ketika itu pun kau tidak akan memperolehi apa-apa selain yang telah aku tetapkan, malahan engkau termasuk di dalam golongan orang yang tercela di sisiKu."

07 October 2009

JOM BUAT DUIT DENGAN E-BOOK

Assalamualaikum,

Saya baru saja membaca sebuah ebook yang bernilai amat tinggi yang bertajuk "Mari Buat Duit Dengan Ebook" hasil tulisan usahawan ebook terkenal tanahair iaitu saudara JaMaL.

Beliau yang sememangnya berpengalaman dalam menerbitkan dan menghasilkan banyak ebook telah mengongsikan pengalaman dan kejayaannya di dalam sebuah ebook PERCUMA tulisan dan terbitan beliau sendiri.

Apa yang anda perlu tahu mengenai penulis ebook ini:

- Beliau telah berjaya menghasilkan 5 ebook berbayar
dalam tempoh masa tidak sampai setahun

- Beliau berjaya menghasilkan jualan ebooknya lebih
5000 unit dalam tahun ini

- lebih RM200k telah berjaya dihasilkannya dari jualan
ebook

Siapakah beliau yang sebenarnya?

Beliau ialah Jamaluddin Bahari yang juga dikenali sebagai JaMaL di internet.

Usah tunggu lagi, semua rahsia kejayaan dan pengalaman beliau telah beliau kongsikan dalam ebook lebih 80 muka surat ini. Terus saja ke link download di bawah:
[http://www.buatebook.com/index.php?ref=luqiem]

Oppps....selepas mendownload ebook dari JaMaL itu, anda juga boleh menjana wang dengan affiliate PPL (Pay Per Lead) yang disediakan...

50 sen untuk setiap orang download dari link affiliate anda....

Jadi, mari kita menjana wang di samping mendapatkan ilmu yang sangat berguna dari JamaL ini...

Sekian,
[Luqiem]

30 September 2009

SAUDARA MARA, KEKAYAAN DAN AMAL PERBUATAN

Kata Kumail, "Saya bersama-sama Ali telah berjalan ke arah padang pasir pada suatu hari. Dia telah mendekati tanah perkuburan yang terdapat di situ sambil berkata, "Wahai ahli-ahli kubur! Wahai kamu yang telah menghuni di tempat sunyi ini! Bagaimanakah keadaan kamu di dunia sana? Setahu kami segala harta peninggalan kamu telah habis dibahagi-bahagikan, anak-anak kamu telah menjadi yatim dan janda-janda yang kamu tinggalkan telahpun berkahwin semula. Sekarang ceritakan sedikit perihal diri kamu."

Kemudian sambil menoleh kepada saya, dia berkata, "Ya Kumail! Seandainya mereka boleh bercakap sudah tentu mereka akan mengatakan sebaik-baik bekalan ialah taqwa." Airmata berhamburan dari kedua-dua belah matanya. Katanya lagi, "Ya Kumail, perkuburan merupakan tempat menyimpan segala perbuatan manusia. Tetapi kita menyedari hakikat ini hanya selepas memasukinya."

Mengikut sebuah hadith tiap-tiap manusia akan menemui perbuatan-perbuatannya yang baik. Perbuatan-perbuatan baiknya itu akan berupa seorang manusia yang akan menjadi sahabat dan penawar hatinya. Sebaliknya kejahatan-kejahatannya akan berupa seekor binatang yang hodoh yang mengeluarkan bau yang busuk dan yang menambahkan kesengsaraannya. Nabi s.a.w telah bersabda dalam sebuah hadith, "Hanya tiga benda sahaja yang mengikuti seseorang ke kuburnya; harta-bendanya, kaum kerabatnya dan amal perbuatannya. Harta benda dan akrib kerabatnya akan kembali selepas upacara pengkebumiannya. Yang tinggal bersama-samanya hanyalah amalannya sahaja."

Pada suatu hari Nabi s.a.w telah bertanya kepada para sahabatnya, "Tahukah kamu tentang perhubunganmu dengan saudara-maramu, kekayaan dan amal perbuatanmu ?"

Sahabat-sahabat semua ingin mendengar penjelasan baginda. Nabi pun berkata, "Perhubungan itu bolehlah diumpamakan dengan perhubungan seorang manusia dengan tiga orang adik-beradiknya. Apbila manusia hampir-hampir hendak mati dia pun memanggil salah seorang daripada saudara-saudaranya tadi lalu berkata, "Saudara, engkau tahu keadaan aku bukan? Apakah pertolongan yang dapat engkau berikan aku?" Saudaranya menjawab, "Aku akan memanggil doktor untuk merawati kamu dan aku akan menjaga kamu. Kalau engkau mati, aku akan mandikan kamu, mengkafankan kamu serta mengusung jenazahmu ke perkuburan. Kemudian aku akan mendoakan kamu. Saudaranya ini ialah kaum kerabatnya.

Soalan yang sama dikemukakan kepada saudaranya yang kedua. Jawapannya begini, "Aku akan berada bersama-sama dengan engkau selama engkau masih bernyawa. Sebaik-baik sahaja engkau meninggal, aku akan pergi kepada orang lain." Saudaranya yang kedua ini ialah harta kekayaannya.

Apabila soalan itu dihadapkan kepada saudaranya yang ketiga, dia menjawab, "Aku tidak akan meninggalkan kamu walaupun di dalam kubur. Aku akan bersama-sama kamu ke tempat itu. Ketika amal perbuatanmu dipertimbangkan, aku akan memberatkan perbuatanmu yang baik." Saudara yang terakhir ini ialah kebaktian yang telah diperbuatkan. Sekarang yang mana satu yang menjadi pilihanmu?" Jawab para sahabat, "Ya Rasulullah tidak syak lagi yang saudaranya yang terakhir ialah yang paling berguna untuk dirinya."

09 September 2009

BERLAPAR KERANA MENGHORMATI TETAMU

Seorang telah datang menemui Rasulullah S.A.W dan telah menceritakan kepada baginda tentang kelaparan yang dialami olehnya. Kebetulan pada ketika itu baginda tidak mempunyai suatu apa makanan pun pada diri baginda mahupun di rumahnya sendiri untuk diberikan kepada orang itu.

Baginda kemudian bertanya kepada para sahabat, "Adakah sesiapa di antara kamu yang sanggup melayani orang ini sebagai tetamunya pada malam ini bagi pihak aku?"

Seorang dari kaum Ansar telah menyahut, "Wahai Rasulullah S.A.W, saya sanggiup melakukan seperti kehendak tuan itu."

Orang Ansar itu pun telah membawa orang tadi ke rumahnya dan menerangkan pula kepada isterinya seraya berkata, "Lihatlah bahawa orang ini ialah tetamu Rasulullah S.A.W. Kita mesti melayaninya dengan sebaik-baik layanan mengikut segala kesanggupan yang ada pada diri kita dan semasa melakukan demikian janganlah kita tinggalkan sesuatu makanan pun yang ada di rumah kita."

Lau isterinya menjawab, "Demi Allah! Sebenarnya daku tidak ada menyimpan sebarang makanan pun, yang ada cuma sedikit, itu hanya mencukupi untuk makanan anak-anak kita di rumah ini?"

Orang Ansar itu pun berkata, "Kalau begitu engkau tidurkanlah mereka dahulu (anak-anaknya) tanpa memberi makanan kepada mereka. Apabila aku duduk berbual-bual dengan tetamu ini di samping jamuan makan yang sedikit ini, dan apabila kami mulai makan engkau padamlah lampu itu, sambil berpura-pura hendak membetulkannya kembali supaya tetamu itu tidakk akan ketahui bahawa saya tidak makan bersama-samanya."

Rancangan itu telah berjalan dengan lancarnya dan seluruh keluarga tersebut termasuk kanak-kanak itu sendiri terpaksa menahan lapar semata-mata untuk membolehkan tetamu itu makan sehingga berasa kenyang.

Berikutan dengan peristiwa itu, Allah S.W.T telah berfirman yang bermaksud, "Dan mereka mengutamakan (orang-orang Muhajirin) atas diri mereka sendiri, sekalipun mereka berada dalam kesusahan." (Al-Hasy : 9)

28 August 2009

UJIAN RAMADHAN...

Assalamualaikum dan salam sejahtera… Alhamdulillah masih lagi kita dapat menikmati rezki yang Allah berikan beserta nikmat-nikmat Allah yang lain… pejam celik pejam celik da hampir seminggu kita berpuasa…. Sekejap betul masa berlalu… dalam pada kita berpuasa di Bulan Ramadhan, kita juga perlu tingkatkan ibadah-ibadah yang lain sama ada sunat ataupun fardu…

Tak kurang juga yang diuji oleh Allah ketika berpuasa, sama ada ujian sakit, kematian, bala bencana dan sebagainya… setiap individu pastilah berbeza ujian dan dugaan yang dilalui…. Sesuai dengan kemampuan iman mereka… semua ujian ini adalah kehendak Allah SWT untuk melihat kemampuan hamba-hambaNya mempertahankan iman masing-masing…. Juga Allah nak lihat pengorbanan kita dalam menempuh hidup yang sementara ini…

Berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikulnya… demikianlah apa yang mampu diucapkan jika kita melihat saudara-saudara kita yang lain diuji dengan pelbagai ujian yang belum pernah kita hadapi dalam hidup… ujian sakit umpamanya sudah menjadi lumrah manusia.. hanya jenis penyakit yang dihadapi sahaja yang berlainan… dari tahap biasa hinggalah ke tahap yang kritikal…

Pastilah semua ujian sakit tersebut sebagai satu kafarah kepada mereka yang menghadapinya… dan lagi satu ia menunjukkan kecintaan Allah kepada hamba-hambaNya…

21 August 2009

PERSEDIAAN MENYAMBUT RAMADHAN

Alhamdulillah, seluruh masyarakat Islam di Malaysia telah pun mengetahui bahawa pada 22 Ogos 2009 (Sabtu) merupakan tarikh rasmi bermulanya puasa Ramadhan. Ia sebagaimana biasa yang telah diisytiharkan oleh YM Engku Tan Sri Ibrahim Engku Ngah, Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja.

Walaupun kita semua telah mengetahui dengan lebih awal dengan merujuk kepada kalendar masing-masing, namun kita tetap menunggu pengumuman tarikh rasmi tersebut... yang bestnyer semua duk berkumpul sekali... budak-budak yang tak tahu apa yang diumumkan pun join sekali... Alhamdulillah... bagus untuk eratkan silaturrahim sesama kita...

Pastinya ada dikalangan kita cukup merasa gembira dengan kedatangan Ramadhan pada kali ini, apa tidaknya kita masih diberi rezeki oleh Allah untuk bersama-sama umat Islam yang lain menjalankan ibadah yang wajib ini... juga merupakan salah satu rukun Islam yang wajib bagi setiap umat Islam menunaikannya dengan syarat-syarat tertentu... berdosa jika sengaja meninggalkan ibadah ini...

Adakah anda semua telah bersedia menghadapi bulan Ramadhan pada kali ini... apakah persediaan anda tersebut... bulan Ramadhan bukan semata-mata kita berpuasa di siang harinya... malah banyak perkara-perkara lain yang juga perlu kita ambil kira... terutama persediaan dari segi fizikal dan mental...

Sesungguhnya bulan Ramadhan ini adalah satu medan ujian kepada kita selaku Hamba-Nya... bagaimana kita dapat mengawal tingkah laku kita...bagaimana kita dapat mengawal pancaindera kita.... tubuh badan kita... emosi kita...

Tentu sekali nafsu kita akan menjadi lemah bila mana kita berlapar... kerana keinginan untuk membuat sesuatu akan terbatas dek kerana lemahnya fizikal kita... sebab itulah salah satu cara untuk melawan nafsu kita adalah dengan cara berpuasa... berpuasa dengan erti kata yang sebenar-benarnya, bukan puasa yang yuk... puasa tipu-tipu... please laa, korang da besar panjang... puasa pun x dapat nak buat dengan bersungguh-sungguh... kepada yang berpuasa sekadar nak tunjuk-tunjuk kat orang, maka cepat-cepatlah anda beristighfar kepada Allah, betulkan niat.... minta doa diberi kekuatan untuk berpuasa sebagaimana Nabi SAW puasa...

Dalam bulan puasa ini juga, kita selaku hamba-Nya banyak diberi keistimewaan... terutama dalam mengamalkan ibdat-ibadat fardu dan sunat... Jika kita membuat amalan Fardu, maka pahalanya akan digandakan sehingga 70kali pahala... manakala ibadat sunat akan diganjarkan pahala fardu... Masyallah, Maha Pemurahnya Allah... lebih-lebih lagilah sekiranya kita berada di Jalan Allah menegakkan usaha dakwah....

Sempena bulan Ramadhan ini, maka kita perbanyakkan amalan seperti zikir, selawat, membaca al-Quran, solat Tarawih dan solat-solat sunat yang lain, sedekah, beriktikaf di masjid, menyediakan makanan untuk orang berbuka dan bersahur, bantu anak-anak yatim, menderma dan sebagainya... kita buat mengikut kemampuan masing-masing... jangan kita biarkan masa berlalu begitu sahaja tanpa ada apa-apa amalan pun yang kita buat... jika boleh tidurpun kita kurangkan... kuatkan diri kita... Allah begitu Pemurah untuk memberikan pahala kepada hamba-hamba-Nya yang beribadat pada bulan Ramadan...

Sekian untuk perkongsian bersama... kita minta doa diberi kekuatan untuk beramal kerana Allah... kita amal dan sampaikan...

19 August 2009

TUJUH GOLONGAN MANUSIA KETIKA DI ALAM KUBUR

Terdapat seorang pemuda yang kerjanya adalah menggali kubur dan mencuri kain kafan untuk dijual. Pada suatu hari, pemuda tersebut berjumpa dengan seorang alim (ahli ibadah) untuk menyatakan kekesalannya dan ingin bertaubat kepada Allah SWT.

Dia berkata : “Sepanjang aku menggali kubur untuk mencuri kain kafan, aku telah melihat tujuh (7) perkara ganjil yang menimpa ke atas mayat-mayat tersebut. Lantaran aku merasa sangat insaf atas perbuatanku yang sangat keji itu dan ingin sekali bertaubat.”

“Yang pertama, aku lihat mayat yang pada siang harinya menghadap kiblat. Tetapi apabila aku menggali semula kuburnya pada waktu malam, aku lihat wajahnya telahpun membelakangkan kiblat. Mengapa terjadi begitu wahai tuan guru.” Tanya pemuda itu.

Wahai anak muda, mereka itulah golongan yang telah mensyirikkan Allah SWT semasa hidupnya. Lantaran Allah SWT menghinakan mereka dengan memalingkan wajah mereka dari menghadap kiblat, bagi membezakan mereka daripada golongan muslim yang lain,” jawab ahli ibadah tersebut.

Sambung pemuda itu lagi, “Golongan yang kedua, aku lihat wajah mereka sangat elok sewaktu dimasukkan ke dalam liang lahad. Tatkala malam hari ketika aku menggali kubur mereka, ku lihat wajah mereka telahpun bertukar menjadi khinzir. Mengapa begitu halnya, tuan guru.”

Jawab ahli ibadah tersebut, “Wahai anak muda, mereka itulah golongan yang meremehkan dan meninggalkan solat sewaktu hidupnya. Sesungguhnya solah merupakan amalan pertama sekali yang akan dihisab. Jika sempurna solat, maka sempurnlah amalan-amalan kita yang lain.”

Pemuda itu menyambung lagi, Wahai tuan guru, golongan ketiga yang aku lihat, pada waktu siang mayatnya kelihatan seperti biasa sahaja. Apabila aku menggali kuburnya pada waktu malam, ku lihat perutnya terlalu gelembung, keluar pula ulat yang terlalu banyak daripada perutnya itu.”

“Mereka itulah golongan yang gemar memakan harta yang haram, wahai anak muda,” balas ahli ibadah itu lagi.

“Golongan keempat, kulihat mayat yang jasadnya bertukar menjadi batu bulat yang hitam warnanya. Mengapa terjadi begitu, wahai tuan guru?”

Jawab ahli ibadat itu, “Wahai pemuda, itulah golongan manusia yang derhaka kepada kedua ibu bapanya sewaktu hayatnya. Sesungguhnya Allah SWT sama sekali tidak redha kepada manusia yang menderhakai kedua ibu bapanya.”

Ku lihat ada pula mayat yang kukunya amat panjang, hingga membelit-belit seluruh tubuhnya dan keluar segala isi dari tubuh badannya,” Sambung pemuda tersebut.

Anak muda, mereka itulah golongan yang gemar memutuskan silaturrahim. Semasa hidupnya mereka selalu memulakan pertengkaran dan tidak bertegur sapa lebih dari tiga hari.”

Bukankah Rasulullah SAW pernah bersabda bahawa sesiapa yang tidak bertegur sapa melebihi tiga hari bukanlah termasuk dalam umat baginda,” jelas ahli ibadah tersebut.

Wahai guru, golongan yang keenam yang aku lihat, sewaktu siangnya lahadnya kering kontang. Tatkala malam ketika menggali semula kubur itu, ku lihat mayat tersebut terapung dan lahadnya dipenuhi air hitam yang amat busuk baunya.”

Wahai pemuda, itulah golongan yang memakan harta riba sewaktu hayatnya,” Jawab ahli ibadah tersebut.

Wahai guru, golongan terakhir yang aku lihat , mayatnya sentiasa tersenyum dan berseri-seri pula wajahnya. Mengapa demikian halnya wahai tuan guru?” Tanya pemuda itu lagi.

Jawab ahli ibadah tersebut, “Wahai pemuda, mereka itulah golongan manusia yang berilmu. Dan mereka beramal pula dengan ilmunya sewaktu hayat mereka. Inilah golongan yang beroleh keredhaan dan kemuliaan disisi Allah SWT baik sewaktu hidupnya mahupun sesudah matinya.”

Ingatlah, sesungguhnya daripada Allah SWT kita datang dan kepada-Nya jualah kita akan kembali. Kita akan dipertanggungjawabkan atas setiap amal yang kita lakukan, walaupun amalan sebesar zarah.

---------------------------------------
Entry ini saya ambil dari kiriman emel yang saya terima… Kita ambil iktibar dan pengajaran untuk kita sentiasa beringat akan kematian kita kelak… semoga Allah tempatkan kita dikalangan golongan-golongan yang soleh dan solehah…