07 November 2008

Share Values And Core Competencies

Alhamdulillah, kita bersua kembali… sudah terlalu lama saya tidak menulis dalam blog muqaddimah ini, banyak komitmen lain yang terpaksa didahulukan. Tentu sekali soal kerja menjadi keutamaan saya. Apabila kita berbicara soal kerja, kita setiap individu pasti memiliki kerjaya yang tersendiri, bidang yang diminati, serta kepakaran yang dimiliki.

Akan tetapi saya bukanlah berada pada tahap yang baik untuk bercerita pasal kerja dan cita-cita. Kerana saya bermula dari tahap yang bawah untuk berada pada tahap sekarang. Sebagai petugas yang bertugas untuk syarikat, sudah menjadi tanggungjawab saya untuk berkhidmat dan memberi sumbangan sepenuh tenaga kepada syarikat. Kerana saya dibayar untuk bekerja dan saya perlu ambil tanggungjawab dan amanah tersebut.

Amanah dan tanggungjawab merupakan nilai-nilai yang perlu ada pada diri seorang petugas atau pekerja atau kepada sesiapa sahaja. Dengan memiliki nilai-nilai tersebut, sudah pastilah kita dapat mempertingkatkan mutu kerja dan memperbaiki tahap perkhidmatan kerja kita kepada syarikat seterusnya menjadi teras kejayaan syarikat.

Apa yang ingin saya kongsikan bersama dalam blog muaqaddimah ini adalah mengenai Nilai-Nilai Bersama dan Teras Kompetensi. Mungkin ada yang sedia maklum dengan istilah tersebut dan tidak kurang juga yang baru mendengarnya.

No comments: