Sambungan dari entry bertajuk “Anak Muda Remaja – Melayu ISLAM”
Kita sedia maklum bahawa dari hari ke hari kita dengar di kaca TV, corong-corong radio, dada-dada akhbar berita berkaitan keruntuhan gejala sosial dikalangan muda-mudi remaja Melayu. Macam dah tiada perkara lain nak diberitakan. Nak tak nak kita perlu dengar dan dengar. Kerana itulah fakta yang perlu kita terima. Tak kurang juga dengar pelbagai cadangan dan program yang dianjurkan untuk mendekati golongan ini, yang mana nak cuba hayati rintihan hati mereka-meraka ini…
Pada saya semua penganjuran dan program tersebut memang wajar dilakukan, namun terkadang tak capai matlamat kerana akyiviti yang dianjurkan hanya diikuti sepenuhnya semasa program tersebut dijalankan, setelah berakhir program tersebut, maka di situ jugalah penamatnya. Tiada susulan dan tiada pemerhatian lanjut dilakukan.
Sedar atau tidak, disebalik kerosakan dan keruntuhan akhlak remaja muda-mudi Melayu ini, terdapat gerakan tertentu yang begitu aktif menghancurkan dan merosakkan anak-anak muda remaja Melayu kita ini. Bukan nak tuding jari kepada mana-mana pihak untuk mengelakkan saya dipersalahkan, asbab kelemahan saya yang membiarkan para remaja ini lepas bebas tanpa nasihat dan teguran yang hikmah, mungkin salah satu kepada permasalahan ini tak dapat dibentung.
Orang yang paling dekat dengan para remaja muda-mudi Melayu ini tak lain dan tak bukan adalah ibu bapa mereka sendiri. Jika dikira peratus kegagalan ibu bapa mendidik anak mereka dengan berjaya sangat-sangat mendukacitakan... kejayaan adalah diukur dari segi pendidikan dan akhlak… atau salah satu darinya..
Anda sebagai ibu bapa (jika yang sudah berumahtangga)… adakah anda sudah cukup yakin atau tidak anak anda tidak akan terjebak dengan gejala negatif… mungkin dari segi luaran tidak membayangkan anak-anak muda remaja Melayu kita ini akan terlibat… akan tetapi tanggungjawab dan amanah mendidik anak-anak akan tetap dipersoalkan di akhirat kelak…
Bersambung…
28 December 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment