Dosa manakah, meminum minuman yang memabukkan, berzina atau membunuh. Itulah teka-teki sebagai inti khutbah Khalifah Ustman bin Affan r.a. seperti yang diriwayatkan oleh Az-Zuhriy, dalam khutbah Ustman itu mengingatkan umat agar berhati-hati terhadap minuman khamr atau arak. Sebab minuman yang memabukkan itu sebagai pangkal perbuatan keji dan sumber segala dosa.
Dulu hidup seorang ahli ibadah yang selalu tekun beribadah ke masjid, lanjut khutbah Khalifah Ustman. Suatu hari lelaki yang soleh itu berkenalan dengan seorang wanita cantik.
Kerana sudah terjatuh hati, lelaki itu menurut sahaja ketika disuruh memilih antara tiga permintaannya, tentang kemaksiatan. Pertama minum khamr/arak, kedua berzina dan ketiga membunuh bayi. Mengira minum arak dosanya lebih kecil daripada dua pilihan lain yang diajukan wanita pujaan itu, lelaki soleh itu lalu memilih minum arak.
Tetapi apa yang terjadi, dengan minum arak yang memabukkan itu malah dia melanggar dua kejahatan yang lain. Dalam keadaan mabuk dan lupa diri, lelaki itu menzinai pelacur itu dan membunuh bayi di sisinya.
"Kerana itulah hindarilah arak, kerana minuman itu sebagai biang keladi segala kejahatan dan perbuatan dosa. Ingatlah, iman dengan arak tidak mungkin bersatu dalam tubuh manusia. Salah satu di antaranya harus keluar. Orang yang mabuk mulutnya akan mengeluarkan kata-kata kufur, dan jika menjadi kebiasaan sampai akhir ayatnya, ia akan kekal di neraka." ~ Nau’zubillah
Allah berfirman : "Sesungguhnya syaitan itu bermaksud hendak menimbulkan permusuhan dan kebencian di antara kamu lantaran (meminum) khamar dan berjudi itu, dan menghalangi kamu dari mengingat Allah dan sembahyang; maka berhentilah kamu (dari mengerjakan pekerjaan itu)." (Al-Maa'idah:91).
• Hari ini didepan mata kita sendiri kita dapat lihat begitu mudahnya orang Melayu Islam meminum arak di khalayak… katanya sedikit tak mengapa… adakah kita nak percaya dengan sedikit tak mengapa… walhal dibelakang kita itulah minuman pagi, tengahari, petang dalam malamnya…
• Bagaimanakah ibadah hendak didirikannya sedangkan seteguk atau setitis arak yang memasuki ke tubuh seseorang itu menyebabkan amalannya tidak diterima selama 40 hari… ataupun beramalkah mereka-mereka ini… bilakah masanya jika setiap masa minuman itu sentiasa disisi…
• Tipisnya iman… kerana hendak mencuba, kini menjadi darah daging… dan tiada yang layak selain api neraka sahaja yang layak untuknya… Nau’zubillah…
• Begitu mudah untuk kita menikmati minuman yang memabukkan ini… terdapat di disekeliling kita sahaja… sangat-sangat mudah… just order…
• Tiada pula kedengaran katakan Tak Nak Kepada Arak… seolah-olah ada pihak membenarkan kita Melayu Islam meminumnya…
• Sesungguhnya terlalu banyak air minuman yang ALLAH kurniakan kepada kita di atas muka bumi ini… Pilih sahaja… Asalkan bermanfaat kepada kita, kepada ibadah kita…
Peniaga Online? Wajib Guna OnPay
6 months ago
No comments:
Post a Comment