05 May 2009

SETIAP MASA KITA DISERU...

Alhamdulillah… masih hidup lagi kita rupanya… kalau tak mana mungkin anda boleh membaca sekarang ni.. maka sangat-sangatlah kita perlu tingkatkan rasa syukur kita pada Allah swt… ketahuilah bahawasanya diri kita, masa kita harta kita bukan milik kita… akan tetapi milik mutlak Allah… kita hanya pinjam daripada Allah… bila-bila masa saja Allah boleh tarik sikit demi sikit dari kita…

Cuba anda perhatikan jika mata anda masih lagi boleh berfungsilah… cuba perhatikan pada jasad anda dari atas sampai ke bawah… ada tak kekurangan dari yang sebelumnya… maksudnya jika sebelum ini mata anda jelas melihat, kini terpaksa menggunakan kaca mata untuk melihat… jauh atau dekat… nak tak nak kena gunakan kaca mata… itu contoh paling mudah… banyak lagi sebenarnya contoh… tak larat nak tulis dalam ni… sebab tangan saya pun sekarang ni kekurangan tenaga…. Padahal sebelum ini boleh pulak menulis dan berbuat hal yang lain…

Berbalik kepada tajuk entry pada kali ini… tahukan kita sebenarnya berapa kalikah kita diseru… ya, diseru…! Mungkin istilah diseru boleh merujuk kepada beberapa perkara… mungkin diseru oleh Malaikat Izrail, yang kerjanya tiada lain nak mencabut nyawa manusia saja… atas perintah Allah sebenarnya… dan diseru itu dan ini… Seruan Haji… tak terkecuali dah datang seru nak berkahwin… Alhamdulillah… datang seru juga tuu…

Sebenarnya saya nak kita semua melihat akan seruan oleh dua makhluk Allah kepada kita… sedar atau tidak, setiap masa kita sering diseru oleh makhluk-makhluk ini… hatta sekarang ini pun kita diseru-seru olehnya… apakah agaknya yang suka menyeru kita hampir setiap masa itu… maka tak lain makhluk itu diberikan nama sebagai Iblis atau popularnya Syaitan… dan makhluk yang satu lagi tak lain diberikan nama sebagai Malaikat atau orang putih selalu duk panggil angel… bukan Charlie Angel yang filem tu…

Sedar tak kita yang kedua-dua makhluk ini adalah makhluk yang dihantar oleh Allah untuk menguji kita sebenarnya… Allah ada berfirman : “Bagi manusia ada malaikat-malaikat yang selalu mengikutinya bergiliran, di muka dan di belakangnya, mereka menjaganya atas perintah Allah. Sesungguhnya Allah tidak merubah keadaan sesuatu kaum sehingga mereka merubah keadaan yang ada pada diri mereka sendiri. Dan apabila Allah menghendaki keburukan terhadap sesuatu kaum, maka tak ada yang dapat menolaknya; dan sekali-kali tak ada pelindung bagi mereka selain Dia.”(Surah Ar-Ra’ad: 11).

Sementara itu dalam Surah Al-An’aam, ayat yang ke 112, Allah telah berfirman : “Dan demikianlah Kami jadikan bagi tiap-tiap nabi itu musuh, yaitu syaitan-syaitan (dari jenis) manusia dan (dan jenis) jin, sebahagian mereka membisikkan kepada sebahagian yang lain perkataan-perkataan yang indah-indah untuk menipu (manusia). Jikalau Tuhanmu menghendaki, niscaya mereka tidak mengerjakannya, maka tinggalkanlah mereka dan apa yang mereka ada-adakan."

Nah…! Maka sekarang kita sememangnya sudah sangat-sangat kenal dengan dua makhluk ni… sedang ketika sekolah dulu pun kita di ajar mengenal Malaikat… malaikat yang wajib kita ketahui… ada 10 malaikat… nak tahu malaikat apa carilah kat mana-mana kitab… anda tentunya rajin dari saya… tapi itu seingat saya… yang tak pernah saya diajar oleh ustaz ustazah kepada saya ialah syaitan-syaitan… maksudnya nama-nama syaitan dan kerja-kerja para syaitan ini… memang tak pernah pun… ataupun saya yang tak abis belajar agama dulu… Nampak sangat saya dah banyak yang kurangnya… huhu

Dan sekarang kita sedang diseru oleh kedua-dua makhluk ini… jika seruan tersebut mengajak kita kepada keburukan dan kejahatan… maka anda telah diseru oleh Syaitan… tetapi jika kita diseru kearah kebaikan dan kemuliaan… maka kita telah diseru oleh malaikat… kita sedia maklum setiap dari kita ada dua orang malaikat yang menjaga kita… kiri dan kanan… bukan sahaja menjaga kita malah membuat laporan setiap masa didalam buku Amalan kita masing-masing… anda percaya atau tidak… Believe it or not!!!

Tapi sekali lagi saya musykil… tentang berapa ekorkah pulak si syaitan ini yang datang menyeru kepada kita… seekor, dua ekor, tiga ekor… berekor-ekor… hanya Allah yang maha mengetahui… tapi apa yang pasti syaitan akan datang kepada kita tanpa rasa jemu dan putus asa… Syaitan ini pulak selalu bawa kawan… satu geng la dengan syaitan-syaitan ini… satu kepala… dan sudah pasti anda semua pun dah kenal kawan syaitan yang satu ni… kawan syaitan ini diberi nama Nafsu… juga makhluk Allah… tak lain tak bukan semata-mata nak menguji kita sebagai manusia… sekali lagi kita diuji…

Allah berfirman : “Maka kerana itu serulah (mereka kepada agama ini) dan tetaplah sebagai mana diperintahkan kepadamu dan janganlah mengikuti hawa nafsu mereka dan katakanlah: "Aku beriman kepada semua Kitab yang diturunkan Allah dan aku diperintahkan supaya berlaku adil diantara kamu. Allah-lah Tuhan kami dan Tuhan kamu. Bagi kami amal-amal kami dan bagi kamu amal-amal kamu. Tidak ada pertengkaran antara kami dan kamu, Allah mengumpulkan antara kita dan kepada-Nyalah kembali (kita)." (Surah Asy-Syuura : 15).

Perihal nafsu ini memang banyak… malah jenis-jenisnya pun banyak… jika betul saluran nafsu kita, maka kita akan selamat… jika sebaliknya… maka buruklah akibatnya… nak tak nak setiap dari kita akan dibekalkan nafsu… untuk apa… untuk menguji kita sebenarnya… kenapa… sebab kita ini merupakan hamba Allah… Maka Allah nak tahu ketaatan kita dalam agama… adakah kita dapat mengamalkan segala perintah Allah atau tidak… jika seruan Malaikat yang kita ikut… maka sudah pastilah kita Berjaya… akan tetapi jika seruan Syaitan dan Nafsu kita ikut… dikhuatiri kita akan gagal… gagal di dunia… lebih-lebih lagilah diakhirat kelak…!!!

Sebelum kita nak melakukan sesuatu pekerjaan… kita biasanya akan dibisikkan oleh suatu suara dalam diri kita… kadang-kala kita berbelah bagi untuk melakukan sesuatu pekerjaan itu kerana pengaruh seruan-seruan tersebut… ada yang mengatakan ia merupakan suara hati… peribahasa Melayu ada menyebut… “Ikut Hati Mati, Ikut Rasa Binasa,”… Kedua-duanya negative… yang satu mati, dan yang satu lagi binasa… maka ketahuilah kedua-duanya merupakan seruan Syaitan dan Nafsu… maka pilihlah untuk mengikut seruan para Malaikat… seruan kearah kebaikan dan keselamatan…

Untuk itu sebelum melakukan sebarang pekerjaan, kita hendaklah memulakan dengan bacaan Bismillah… macam lagu Raihan… “Dimulakan dengan Bismillah, disudahi dengan Alhamdulillah…” selain itu perbanyakkan selawat atas nabi… juga beristighfar… insyaallah hanya seruan para malaikat sahaja yang akan kita dengar… Iaitu seruan Iman…

No comments: