15 May 2009

MENCARI BIDADARI SYURGA DI DUNIA

“Dan orang orang yang berkata: "Ya Tuhan kami, anugrahkanlah kepada kami isteri-isteri kami dan keturunan kami sebagai penyenang hati (kami), dan jadikanlah kami imam bagi orang-orang yang bertakwa.” (Al-Furqaan : 74).

Pada abad ini, memang sukar untuk mencari wanita yang solehah. Susahnya boleh diibaratkan seperti mencari “gagak putih” di antara jutaan gagak-gagak hitam. Jika disenaraikan syarat-syarat untuk menjadi seorang wanita solehah bukanlah sesukar mana sebenarnya. Hanya dengan memenuhi empat (4) syarat; Menjaga solat (ibadah) dengan sempurna, memelihara puasa di Bulan Ramadhan, menjaga maruah diri dan mentaati suami. Sekiranya keempat-empat syarat tersebut dapat dilaksanakan, maka pasti dan pasti mereka akan memperolehi syurga dan kenikmatan yang terdapat di dalamnya.

Namun syurga yang Allah janjikan tersebut bukanlah semudah mana yang kita sangkakan untuk memperolehinya, ianya memerlukan kita menempuh ranjau dan duri. Nampak seperti ringan, akan tetapi pada hakikat yang sebenarnya tidak seperti yang digambarkan. Seseorang yang sudah berkahwin, mendirikan solat (ibadah) dengan khusuk dan khuduk itu memang susah, mendapatkan puasa yang sempurna itu susah, menjaga maruah dibelakang suami juga memerlukan ketabahan, kesabaran dan keikhlasan yang tinggi. Manakala dalam mentaati perintah suami, melayani suami tanpa cacat cela inilah yang paling sukar untuk dilaksanakan kebanyakan wanita. Hakikatnya bukan senang nak masuk syurga…

Bila isteri tidak bersungguh-sungguh dalam mentaati suami, maka akan terjadilah perselisihan dan pertengkaran. Akibatnya ia membawa kepada kerosakan yang lebih besar, bermula dari keluarga ke masyarakat dan seterusnya negara. Semua bermula dari diri kita…

Pertengkaran dan pergaduhan juga akan menyebabkan perceraian, kerana hal yang kecil, hal yang remeh-temeh seperti soal balik kampung siapa, bagaimana menghias rumah, soal bertukar tempat kerja, tidak mahu cahaya mata dan sebagainya… jika yang sudah mempunyai anak, maka sudah pastilah anak-anak tersebut menjadi mangsa keadaan… seterusnya jika keadaan anak-anak tersebut terganggu emosi dan metalnya, maka kelak mereka juga akan hidup dalam keadaan yang tidak terkawal… lalu menyumbang kepada gejala sosial dan sebagainya… Semua bermula dari rumah…

Mentaati suami bukan perkara yang mudah secara praktiknya, ditambah pula jika si isteri mempunyai kelebihan, baik dari segi kedudukan, kelulusan akademik, rupa paras dan harta. Walau bagaimanapun, tanamkanlah dalam diri bahawa sebenarnya sememangnya kita hendak mentaati perintah Allah. Setinggi manapun seorang wanita itu, disisi Allah kita semua sangat dhaif dan lemah. Kerana itulah seorang wanita yang solehah akan sanggup menekan perasaan untuk taat kepada perintah suami, dimana kita menyedari betapa diri kita bukanlah milik kita… Allah jua pemilik jasad kita…

Ramai yang gusar dan susah untuk mecari seorang isteri yang solehah, yang menjadi penyejuk mata, penawar hati, penajam fikiran… sekiranya kasih sayang antara pasangan suami isteri atas dasar kasih sayang nafsu semata-mata, maka ia memanglah sukar. Hal ini kerana, kasih sayang yang dibaluti nafsu semata-mata akan cepat pudar. Setelah lama berkahwin, si isteri memperlakukan suaminya sebagaimana perlakuannya terhadap kawan-kawannya, lebih kepada mencurahkan pelbagai masalah dan memberi masalah. Perintah suami mendapat redha Allah…

“Dan di antara tanda-tanda kekuasaan-Nya ialah Dia menciptakan untukmu isteri-isteri dari jenismu sendiri, supaya kamu cenderung dan merasa tenteram kepadanya, dan dijadikan-Nya diantaramu rasa kasih dan sayang. Sesungguhnya pada yang demikian itu benar-benar terdapat tanda-tanda bagi kaum yang berfikir.” (Ar-Ruum : 21).

Seorang isteri solehah, yang beriman kepada Allah akan mencintai suaminya dengan cinta yang tulus ikhlas, cinta yang suci murni… sanggup mengorbankan kepentingan diri untuk taat perintah suami semata-mata untuk mendapatkan redha Allah… Kelak syurgalah tempatnya… jika anda seorang wanita yang memiliki suami, taatilah perintah suami selagi ketaatan tersebut tidak membawa kepada kemurkaan Allah… Taat sehingga berpisahnya roh dari jasad…

Lihatlah serikandi zaman Nabi Muhammad SAW dan zaman para sahabat r.a… Ketaatan mereka pada suami sangat-sangat hebat, mereka inilah bidadari syurga di dunia…

--------------------------------------------------------
Hayati lirik lagu kumpulan Az-Zikr ~ “Isteri Solehah”

Isteri cerdik yang solehah penyejuk mata,
Penawar hati penajam fikiran,
Dirumah ia isteri dijalanan kawan,
Diwaktu kita buntu dia penunjuk jalan,

Padangan kita diperteguhkan,
Menjadikan kita tetap pendirian,
Ilmu yang diberi dapat disimpan,
Kita lupa dia mengingatkan,

Nasihat kita dijadikan pakaian,
Silap kita dia betulkan,
Penghibur diwaktu kesunyian,
Terasa ramai bila bersamanya,

Dia umpama tongkat si buta,
Bila tiada satu kehilangan,
Dia ibarat simpanan ilmu,
Semoga kekal untuk diwariskan…

4 comments:

Anonymous said...

smg saya dapat menjadi sepertinya...amin ya Allah

LokmanHakim said...

Sabar dan taat perintah suami... masyaallah, syurgalah tempatnya...

Anonymous said...

kalu masuk blog ni, n3 nilah paling sy suka baca..sikit lagi nak hafal..sangat memberi motivasi..sy berharap dapat mati dengan redha suami bersama saya..amin ya Allah..

LokmanHakim said...

Amin... Semoga Allah beri kita kekuatan untuk mendapatkannya...