Alhamdulillah, kita panjatkan rasa syukur kepada Pencipta kita, Allah Yang Maha Besar… Selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi kita Muhammad SAW, keluarga dan para sahabat baginda…
Entry hari ini saya nak kongsikan dengan sahabat Muqaddimah semua sebagaimana tajuk di atas “Langkah-Langkah Mendapatkan Husnul Khatimah”… Husnul bermaksud baik, ringkasnya Bangaimana kita nak dapatkan mati yang baik…
“Setiap yang bernyawa pasti merasai mati…” (Surah Al-‘Ankabuut : 57)… Demikian firman Allah dalam Al-Quran. Itulah ketetapan yang telah Allah buat kepada makhluk-mahklukNya sama ada di langit ataupun di bumi…
Persoalan yang perlu kita sendiri jawab adalah bagaimana cara dan keadaan kita mati kelak.. adakah mati kita dalam keadaan baik atau sebaliknya… jika baik maka kita mati dalam keadaan Husnul Khatimah.. jika sebaliknya, kita mati dalam keadaan Su’ul Khatimah… Nau’zubillah
Cara bagaimana dan keadaan mati kita kelak sebenarnya bergantung kepada cara hidup kita sekarang.. Cuba kita berfikir sejenak perihal hidup kita sekarang… adakah keadaan yang ada sekarang yang kita inginkan ketika kematian kita kelak… Semua bergantung kepada cara hidup kita sebenarnya…
Berikut merupakan cara untuk kita mendapatkan Husnul Khatimah.. iaitu mendapatkan kematian yang baik disisi Allah…
1. Lazimkan diri ke majlis-majlis ilmu
Majlis-majlis ilmu memang banyak dianjurkan terutama di setiap masjid dan surau di Halqah kita masing-masing. Pengajian agama yang dibuat kadang-kala tidak mendapat sambutan oleh golongan muda-mudi… hal ini sangat merugikan kita kelak… kerana ilmu yang disampaikan barangkali mengambil masa untuk diulangi kembali… justeru hadirkan diri ke majlis-majlis ilmu yang dianjurkan di kediaman kita.. dan jangan mengambil ringan akannya..
Seperkara yang perlu kita perlu ingat adalah segerakan ke majlis-majlis tersebut dan jangan sekali-kali bertangguh… Allah telah berikan masa kepada semua manusia dengan adil.. setiap orang mendapat 24 jam sehari… tapi kenapa ada dikalangan kita mengatakan yang “Aku tak ada masa nak pergi ke majlis-majlis tu semua…”
Sebenarnya bukan tiada masa, tetapi tidak mengurus masa dengan baik… saya ambil contoh, jika kita masukkan beberapa helai pakaian ke dalam sebuah beg tanpa dilipat dengan baik terlebih dahulu, pastilah tiada ruang yang dapat kita masukkan lagi untuk baju, tuala dan pakaian yang lain… Sebaliknya jika kita melipat dengan baik setiap helai baju dan pakaian tersebut maka pastilah lebih banyak ruang yang ada… begitu juga dangan kita, sekiranya dapat mengurus masa dengan baik tentulah kita tidak akan berkata “Aku tak ada masa..”
Hakikatnya masa dihabiskan dengan perkara-perka yang lalai… Ketika azan berkumandang, kita sibukkan diri dengan makan minum, sibukkan diri dengan keluarga.. dan x lupa juga sibukkan diri dengan menghiburkan diri sendiri.. lalai dengan tv, lalai dengan computer, lalai dengan bermacam-macam perkara lalai.. hingga tiada masa kononnya untuk ke majlis ilmu… orang lain mampu memberikan masa, kenapa kita tidak…
Maka bersangatan rugi sekiranya masa kita tidak uruskan dengan bijaksana… Hargailah masa dengan sebaiknya.. orang belajar Fardu Ain, Fekah, Tajwid, Tauhid di masjid.. kita entah ke mana… bila ditanya baru nak mencari itu ini.. bersoal itu ini…
“Masa sebenarnya singkat… dan akan menjadi singkat … sekiranya kita membiarkan masa berlalu begitu sahaja.”
2. Mendidik anak dengan cara yang baik
Sekiranya anda telah berumah tangga… tentulah akan dikurniakan cahaya mata… hanya yang membezakan ramai dan sikit sahaja… lambat dan cepat… Anak-anak adalah permata keluarga, kita yang mencorak hidupnya… jika kita soleh, insya-Allah anak-anak kita kelak akan menjadi soleh dan solehah…
Doa anak-anak lah yang akan menentukan nasib kita di alam barzakh kelak… adakah kita inginkan doa kesejahteraan dari anak-anak kita kelak… sudah pastilah kita inginkan… tapi bagaimana untuk kita pastikan anak-anak mendoakan kita… Caranya adalah dengan pendidikan yang baik…
Bermula dari lahirnya anak-anak tersebut, episod mendidik telah bermula … bahkan dalam kandungan lagi Islam mengajar kita cara mendidik anak… Zaman kanak-kanak merupakan zaman bermain… maka kita perlu pandai mendidik mereka.. ajarkan mereka dengan asas-asas agama.. ajarkan anak-anak kita mengenali Allah… kenal Nabi Saw… ajarkan anak-anak kita mengaji quran dal sebagainya…
Teruskan usaha mendidik sepanjang pembesaran anak-anak tersebut… jadikan diri kita sebagai ikutan untuknya… Insyaallah jika kita berjaya mendidik anak menjadi soleh dan solehah.. maka pasti dan pastilah mereka akan mendoakan kesejahteraan kita bila kita telah kembali kepada Allah kelak…
“Di mana anak anda sekarang… Dengan siapa ia berkawan… Awasilah anak-anak anda…”
3. Jaga pemakanan
Setiap hari kita makan… makan, makan dan makan… untuk apa kita makan… adakah kita makan untuk hidup atau pun hidup untuk makan… jawapannya kita makan untuk hidup… untuk memberi tenaga dan kekuatan kepada tubuh badan… dan sebab-sebab yang lain kenapa kita makan… tanpa makanan kita akan lemah dan sukar untuk melaksanakan sebarang pekerjaan…
Begitu juga denga ibadah… sukar untuk kita laksanakan perintah Allah sekiranya badan kita lemah… Justeru, pelbagai jenis makanan telah terhidang untuk kita makan… semuanya dari sumber alam yang diciptakan Allah untuk manusia… Hari ini kita makan apa yang dihidangkan oleh ibu bapa kita, suami isteri kita… saudara mara kita… jiran tetangga kita… kawan-kawan kita… Alhamdulillah ada rezeki kita…
Persoalan yang perlu kita jawab adalah sumber makanan tersebut… adakah halal atau haram… adakah dengan terdapatnya logo Halal sudah dikira halal… “Kan dah ada logo HALAL, makan je laa…” yang pastinya kita jarang mengambil berat soal pemakanan kita… hanya ingin memenuhkan nafsu lapar kita sahaja… sengaja dilupakan atau buat-buat tidak tahu semua yang di makan itu datang dari mana… dibeli dari duit sama ada halal atau tidak… ohhh banyak sungguh perilah pemakanan rupanya….
Apa yangb kita makan akan menjadi darah daging kita… jika baik Alhamdulillah, jika sebaliknya Na’uzubillah… pemakanan yang baik akan membentuk diri yang baik… makan minum jugalah yang menentukan sihat sakitnya kita… Orang yang terlantar di hospital kebanyakannya sakit disebabkan pemakanan yang tak terjaga… Kencing manis, darah tinggi, lelah, sakit jantung, kanser itu, kanser ini.. macam-macam jenis penyakit.. semuanya berpunca dari pemakanan yang tidak baik… semuanya asbab, yang memberi sakit hanya Allah…
Demikian cara-cara yang tepat untuk saya dan kita semua mendapat Husnul Khatimah… ini hanyalah sebahagiannya sahaja.. ada banyak lagi cara-caranya… cukuplah yang sedikit ini.. yang penting saya dapat amal dan kita sampaikan… semoga ia bermanfaat Insya-Allah…
13 November 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
2 comments:
alhamdulillah..posting yg bermanfaat..keep up gud work!
Salam hormat dan rahayu.
Bila sampai tempoh ajalnya untuk bertemu dengan Ilahi, hijab terserlah. Ajal itu ada dua jenis iaitu ajal kerana sampai waktunya, dan ajal kerana disebabkan oleh sesuatu.
Kitab kitab lama ada menjelaskan tanda atau indikator saat-saat sakratulmaut.
salam bicara.
Bicarawahyu.
Post a Comment