Sejak awal tahun lagi, kita berhadapan dengan fenomena cuaca panas dan kering… Dilaporkan cuaca panas ini akan menjadi lebih terik apabila kedudukan matahari tegak di atas garisan khatulistiwa penghujung bulan Mac (21 Mac) ini dimana tempoh siang dan malam di hemisfera utara dan selatan hampir sama…
Keadaan ini akan menyebabkan suhu bumi meningkat dengan kadar sejatan air ke udara meningkat… secara tak langsung menyebabkan keadaan sekeliling kita kering dengan cuaca yang terik… Kesihatan juga akan turut terganggu jika tiada persediaan awal diambil…
Tubuh badan kita juga akan berlaku dehidrasi, iaitu kehilangan air dari tubuh badan… Menyebabkan kita sering kehausan dan lemah anggota tubuh…
Nak elak dari masalah tersebut, perkara utama yang perlu kita ambil tindakan adalah banyakkan minum air. Disebabkan kita kehilangan air dalam tubuh, kita juga perlu menggantikannya semula… Biasa kita dengar, sekurang-kurangnya 8-12 gelas air kosong perlu diminum untuk golongan dewasa… Memang cukup banyak…
Selain meminum air, pastikan juga anda ubahsuai diet anda… elakkan makan yang pedas atau berat, perbanyakkan makan makanan sejuk seperti salad dan buah-buahan yang mengandungi kandungan air yang tinggi…
Selain itu amalkan senaman… Tapi awas, pastikan anda rasional dalam melakukan senaman… pilih waktu yang sesuai…
Pakaian anda juga perlu sesuai… elakkan dari pakaian yang berwarna gelap, kerana anda akan berasa lebih panas bila memakainya.. Cari yang terang dan longgar…
Anda juga perlu mengelakkan berada di kawasan perangkap haba… seperti kawasan yang tertutup tanpa sistem pengudaraan yang baik… Cari kawasan yang terbuka dan sentiasa bawa air jika keluar rumah dan sebagainya…
Fakta Kesan Haba Panas Pada Tubuh Kita :
20˚C – Selesa, denyutan nadi normal
25˚C – Peluh biasa
30˚C – Ketidakselesaan
40˚C – Kepanasan melampau, berpeluh, denyutan nadi pantas & letih.
45˚C – Kepanasan melampau, peluh terhenti, panas & kulit kering…
* Dimana kedudukan anda...
10 March 2010
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment