03 March 2010

Kejayaan Sebenar Umat Islam…

Alhamdulillah, rasa syukur kita panjatkan ke atas Ilahi, Tuhan yang Maha Kuasa atas sekalian makhluk-Nya… Selawat dan Salam ke atas junjungan besar Nabi kita, Muhammad SAW, keluarga dan para Sahabat Baginda…

Sempena bulan yang mulia ini, bulan Rabiul Awal… Bulan yang mana telah lahirnya seorang insan yang banyak memberi jasa kepada kesejahteraan ummat sejagat… Siapalah lagi jika bukan Rasul Allah, Nabi Muhammad SAW…

Pengorbanan Nabi memang cukup hebat, semuanya dilakukan untuk kesejahteraan dan kasih sayang Nabi kepada kita ummatnya… Bagaimana Nabi SAW begitu mengambil berat memikul amanah dan tanggungjawab dari Allah untuk mengajak manusia kembali kepada Allah… Kembali kepada Tuhan yang Menciptakan segala sesuatu…

Setelah 1400 tahun lebih Baginda SAW telah meninggalkan kita, kita masih setia dengan ajaran dan sunnah Nabi SAW… Begitu sayangnya Nabi kepada kita sehingga ditinggalkan kita dengan dua perkara… iaitu Al-Quran dan Sunnah… yang mana ia merupakan petunjuk dan bimbingan kepada kita sehingga kita kembali kepada Allah kelak…

Namun, sungguh malang jika petunjuk ini tidak diendahkan oleh kita sendiri yang mengaku Nabi sebagai Kekasih Allah, Nabi sebagai Rasul Allah… Seolah-olah kita tidak nampak kejayaan dalam kehidupan Nabi SAW…

Ramai yang telah silap… silap dengan pembawaan diri… Ramai yang hari ini telah jauh dengan Sunnah Nabi… Walhal, inilah kejayaan sebenar kita Ummat Islam… mengamalkan cara hidup Nabi SAW…

Nabi telah mengajarkan cara hidup baginda dengan penuh hikmah… dan ia merupakan cara hidup yang terbaik sampai bila-bila… Mungkin kita tidak mampu mengikut keseluruhan cara hidup Nabi… akan tetapi sekadar kemampuan yang kita dapat buat.. maka kita amalkan secara istiqamah... iaitu secara berterusan

Dalam satu hadis ada dinyatakan, sekiranya kita mengamalkan/menghidupkan satu sunnah di akhir zaman, maka ganjarannya menyamai 100 pahala mati syahid…

Begitu tingginya kepentingan dan manfaat sunnah nabi diamalkan kerana inilah kejayaan sebenar kita Ummat Islam dalam soal cara hidup… justeru, kita berdoa kepada Allah supaya diberi kekuatan untuk dapat amal seberapa banyak Sunnah Nabi SAW dalam kehidupan seharian kita… Semoga Allah terima amal ibadat kita… AMIN…

1 comment:

singamaraja said...

Menziarahi blog anda