30 July 2009

Rahsia Emas Terbongkar..

Abu Bakar Ibn Abi Maryam melaporkan bahawa beliau mendengar Rasulullah SAW telah bersabda;

"Akan tiba suatu zaman di mana tiada apa yang bernilai dan boleh digunakan oleh umat manusia.Maka simpanlah dinar dan dirham untuk digunakan)."

Ini menunjukkan betapa tingginya nilainya suatu hari nanti. Suatu hari nanti, duit yang kita gunakan tidak lagi berharga kecuali emas dan perak.

Sebenarnya konsep pelaburan emas di Malaysia masih baru. Harga emas pun semakin naik dari masa ke semasa. Malah dari tahun 2006-2007,dalam masa setahun sahaja ia naik 33.3%.

Ia adalah antara aset yang paling kukuh untuk masa depan kita.

Anda boleh dapatkan Rahsia Emas di RahsiaEmas.com



Ia merupakan satu maklumat yang sangat membuka minda untuk saya. Saya rasa ia pun berguna untuk anda.

28 July 2009

PENGURUSAN & PERANCANGAN HARTA PUSAKA...


BAGAIMANA KEADAAN HARTA PUSAKA ANDA SELEPAS KETIADAAN ANDA NANTI?

Masalah harta pusaka di Malaysia telah mencapai tahap kritikal, namun ramai yang tidak menyedarinya. Hari ini lebih satu juta kes harta pusaka umat Islam bernilai lebih RM40 bilion tidak diselesaikan. Betapa kerugian besar melanda waris-waris orang Islam kerana tidak mendapat memanfaatkan harta tersebut. Persoalannya, kenapa perkara ini berlaku?

ADAKAH ANDA PERNAH BERTANYA DIRI SENDIRI, SELEPAS KETIADAAN ANDA:

۩ Siapakah yang akan menguruskan harta pusaka?

۩ Siapakah yang akan melunaskan segala hutang-hutang?

۩ Adakah waris-waris mengetahui prosedur pengurusan harta pusaka?

۩ Berapakah kos untuk menguruskan harta pusaka?

۩ Siapakah yang akan mengeluarkan kos pengurusan harta pusaka?

۩ Terjaminkah waris-waris tidak berebut harta pusaka?

۩ Terjaminkah tidak akan ada campur tangan orang luar dalam urusan harta pusaka?

۩ Bagaimana harta pusaka memberi manfaat di alam kubur?

۩ Tenangkah aku di alam barzakh jika harta pusaka tidak diselesaikan?

۩ Dan mungkin banyak lagi…

ADAKAH ANDA TELAH MENDAPAT JAWAPANNYA?

JIKA BELUM, WASIYYAHSHOPPE sedia membantu anda dengan:
1. Pengurusan Harta Pusaka secara PERCUMA. (Al-Wasitah & In-Hilal)
2. Dokumen Pelantikan Wasi dan Dokumen Wasiat Islam. PERCUMA
3. Dokumen HIBAH, HARTA SEPENCARIAN, AMANAH DAN KASIHKU.
4. Lain-lain perkhidmatan berkaitan HARTA PUSAKA ANDA & KELUARGA.

* Dapatkan maklumat lanjut berkaitan Pengurusan & Perancangan Harta Pusaka di Francaisi-Francaisi berdekatan dengan anda...
* Layari Laman Web Wasiyyah Shoppe untuk maklumat lanjut.

27 July 2009

Kisah Nabi Sulaiman & Semut

Kerajaan Nabi Sulaiman AS dikala itu sedang mengalami musim kering yang begitu panjang. Lama sudah hujan tidak turun membasahi bumi. Kekeringan melanda di mana-mana. Baginda Sulaiman AS mulai didatangi oleh ummatnya untuk dimintai pertolongan dan memintanya memohon kepada Allah SWT agar menurunkan hujan untuk membasahi kebun-kebun dan sungai-sungai mereka.

Baginda Sulaiman AS kemudian memerintahkan satu rombongan besar pengikutnya yang terdiri dari bangsa jin dan manusia berkumpul di lapangan untuk berdo'a memohon kepada Allah SWT agar musim kering segera berakhir dan hujan segera turun.

Sesampainya mereka di lapangan Baginda Sulaiman AS melihat seekor semut kecil berada di atas sebuah batu. Semut itu berbaring kepanasan dan kehausan. Baginda Sulaiman AS kemudian mendengar sang semut mulai berdo'a memohon kepada Allah SWT penunai segala hajat seluruh makhluk-Nya.

"Ya Allah pemilik segala khazanah, aku berhajat sepenuhnya kepada-Mu, Aku berhajat akan air-Mu, tanpa air-Mu ya Allah aku akan kehausan dan kami semua kekeringan. Ya Allah aku berhajat sepenuhnya pada-Mu akan air-Mu, kabulkanlah permohonanku", do'a sang semut kepada Allah SWT.

Mendengar do'a si semut maka Baginda Sulaiman AS kemudian segera memerintahkan rombongannya untuk kembali pulang ke kerajaan sambil berkata pada mereka, "kita segera pulang, sebentar lagi Allah SWT akan menurunkan hujan-Nya kepada kalian. Allah SWT telah mengabulkan permohonan seekor semut". Kemudian Baginda Sulaiman dan rombongannya pulang kembali ke kerajaan.

16 July 2009

FARAID - PEMBAHAGIAN HARTA PUSAKA ISLAM

PENGERTIAN FARAID

Formula Pembahagian serta Hukum Faraid telah dinyatakan dengan jelas oleh ALLAH S.W.T di dalam Surah An-Nisa Ayat 11, 12 dan 176.

Perkataan Faraid dari segi bahasa mempunyai maksud yang banyak. Antaranya ialah menentukan, memastikan, menghalalkan dan mewajibkan. Menurut istilah syarak, Faraid adalah pembahagian harta seorang Islam yang telah meninggal dunia dan tidak meninggalkan wasiat sebelum kematiannya. Maka harta peninggalannya akan di bahagikan kepada ahli warisnya (seperti anak, isteri, suami, ibu dll), menurut hukum Islam. Harta yang dibahagikan kepada ahli waris adalah baki harta yang ditinggalkan setelah ditolak segala pembiayaan pengurusan jenazah, hutang pewaris (zakat, nazar, dll) dan wasiat yang dibenarkan oleh syarak.

CARA PENGAMBILAN HARTA PUSAKA

Jalan untuk melakukan pembahagian pusaka ialah dengan terlebih dahulu meneliti siapakah di antara waris yang berhak menerima pusaka dengan jalan Ashabul-Furud, kemudian dicari siapakah yang Mahjud, barulah bakinya diberikan kepada yang berhak menerima Asabah.

1. Ashabul-Furud
Golongan ini mengambil pusaka menurut bahagian yang telah ditetapkan oleh syarak iaitu sama ada 1/2, 1/3, 1/4, 2/3, 1/6 atau 1/8. Mereka terdiri daripada isteri atau suami, ibu atau nenek, bapa atau datuk, anak perempuan atau cucu perempuan, saudara perempuan kandung, saudara perempuan sebapa dan saudara seibu.

2. Asabah
Merupakan golongan yang akan terima baki setelah semua golongan (1) mendapat bahagian golongan asabah. Terdapat 3 jenis asabah iaitu:
(a) Asabah Binafsih
(b) Asabah Bil Ghoir
(c) Asabah Maal Ghoir.
(a) Asabah Binafsih

Pembahagian pusaka dengan jalan menghabisi semua harta, atau mengambil semua sisa untuk sekelian orang lelaki, tidak bersebab atau beserta orang lain. Mereka terdiri daripada 12 orang lelaki iaitu bapa, datuk, anak lelaki, cucu lelaki anak lelaki, saudara lelaki kandung, saudara lelaki sebapa, anak lelaki saudara lelaki kandung, anak lelaki saudara lelaki sebapa, bapa saudara kandung, bapa saudara sebapa, anak lelaki bapa sudara kandung dan anak lelaki bapa saudara sebapa.

(b) Asabah Bil Ghoir
Pembahagian pusaka dengan jalan menghabiskan semua harta, atau pengambilan semua baki untuk semua perempuan dengan sebab adanya orang lelaki lain. Terdiri daripada 4 orang iaitu: anak perempuan atau lelaki, cucu perempuan atau lelaki, saudara kandung perempuan atau lelaki, saudara sebapa atau lelaki perempuan.

(c) Asabah Maal Ghoir
Pembahagian pusaka dengan jalan menghabisi semua harta, atau mengambil semua sisa untuk sekelian orang perempuan sebab beserta orang perempuan lain. Terdiri daripada 2 orang perempuan iaitu: saudara perempuan kandung dan saudara perempuan sebapa (berkongsi dengan anak atau cucu perempuan).

3. Dhawil-Arham
Golongan ini akan menggantikan golongan (1) dan (2) setelah kedua-duanya tiada kecuali suami atau isteri tidak menghalang golongan ini mengambil bahagian harta. Tetapi biasanya golongan ini akan terhalang menerima harta. Keadaan ini disebut hijab iaitu dinding yang menjadi penghalang seseorang daripada ahli waris untuk menerima pusaka kerana masih ada ahli waris yang masih dekat hubungan kekeluargaannya dengan simati. Terdapat 4 golongan Dhawil-Arham (masih ada hubungan kerabat) iaitu: golongan datuk dan nenek, golongan cucu dan cicit (anak dari cucu), golongan anak saudara dari saudara perempuan dan golongan bapa saudara atau emak saudara atau saudara lelaki atau perempuan ibu. Manakala hijab yang telah disebutkan tadi terdiri daripada 2 jenis iaitu:

Hijab Nuqshon dan Hijab Hirman.

(a) Hijab Nuqshon
Terhalang dengan mengurangi pembahagian ahli waris dari menerima pembahagian Ashabul-Furud yang lebih banyak menjadi lebih sedikit, kerana masih ada ahli waris lain yang bersama-samanya. Seperti suami dari menerima setengah menjadi seperempat kerana ada anak atau cucu.

(b) Hijab Hirman
Terhalang dengan tidak menerima pembahagian pusaka sama sekali kerana masih terdapat ahli waris yang lebih dekat hubungannya dengan yang mati yang lebih berhak untuk menerima harta pusaka. Misalnya saudara lelaki sebapa terhalang kerana adanya saudara lelaki kandung dan datuk terhalang sebab adanya bapa.

02 July 2009

BIDADARI UNTUK UMAR R.A.

Umar r.a. adalah salah seorang dari sahabat Rasulullah SAW. Semenjak ia memeluk Islam kaum muslimin seakan memperoleh suatu kekuatan yang sangat besar. Sejak itulah mereka berani solat dan tawaf dika'bah secara terang-terangan.

Umar r.a. adalah seorang yang warak, ia sangat teliti dalam mengamalkan Islam. Umar r.a. mempelajari surah Al-Baqarah selama 10 tahun, ia kemudian berkata kepada Rasulullah SAW, "Wahai Rasulullah SAW, apakah kehidupanku telah mencerminkan surah Al-Baqarah, apabila belum maka aku tidak akan melanjutkan ke surah berikutnya". Rasulullah SAW menjawab, "Sudah...!”.

Umar r.a. mengamalkan agama sesuai dengan kehendak Allah SWT. Kerana kesungguhannya inilah maka banyak ayat dalam Al-Qur'an yang diturunkan Allah SWT berdasarkan kehendak yang ada pada hatinya, seperti mengenai pengharaman arak, ayat mengenai hijab, dan beberapa ayat Al-Qur'an lainnya. Rasulullah SAW seringkali menceritakan kepada para sahabatnya mengenai perjalannya mi'raj menghadap Allah SWT.

Baginda SAW sering pula menceritakan bagaimana keadaan syurga yang dijanjikan Allah SWT kepada sahabat-sahabatnya. Suatu hari ketika Rasulullah SAW dimi'rajkan menghadap Allah SWT, malaikat Jibril AS memperlihatkan kepada Baginda Nabi SAW taman-taman syurga. Rasulullah SAW melihat ada sekumpulan bidadari yang sedang bercengkerama.

Ada seorang bidadari yang begitu berbeza dari yang lainnya. Bidadari itu menyendiri dan tampak sangat pemalu. Rasulullah SAW bertanya kepada Jibril AS, "Wahai Jibril AS, bidadari siapakah itu"?. Malaikat Jibril AS menjawab, "Bidadari itu adalah diperuntukkan bagi sahabatmu Umar r.a.".

Pernah suatu hari ia membayangkan tentang syurga yang Engkau ceritakan keindahannya. Ia menginginkan untuknya seorang bidadari yang berbeza dari bidadari yang lainnya. Bidadari yang diinginkannya itu berkulit hitam manis, dahinya tinggi, bagian atas matanya berwarna merah, dan bagian bawah matanya berwarna biru serta memiliki sifat yang sangat pemalu. Kerana sahabat-mu itu selalu memenuhi kehendak Allah SWT maka saat itu juga Allah SWT menjadikan seorang bidadari untuknya sesuai dengan apa yang dikehendaki hatinya".

23 June 2009

KELEBIHAN BULAN REJAB...

Diriwayatkan bahawa Nabi SAW telah bersabda :

“Ketahuilah bahawa Bulan Rejab itu adalah bulan ALLAH, maka barangsiapa yang berpuasa satu hari dalam bulan Rejab dengan ikhlas, maka pasti ia mendapat keredhaan yang besar dari ALLAH SWT.

Barangsiapa yang berpuasa dua hari dalam bulan Rejab akan mendapat kemuliaan disisi ALLAH SWT.

Barangsiapa yang berpuasa tiga hari dalam bulan Rejab, maka ALLAH akan menyelamatkannya dari bahaya dunia, seksa akhirat, dari terkena penyakit gila, penyakit putih-putih di kulit badan yang menyebabkan sangat gatal dan diselamatkan dari fitnahnya syaitan dan dajjal.

Barangsiapa yang berpuasa tujuh hari dalam bulan Rejab, maka ditutupkan tujuh pintu neraka Jahanam.

Barangsiapa yang berpuasa lapan hari dalam bulan Rejab, maka dibukakan lapan pintu syurga baginya.

Barangsiapa berpuasa 15 hari dalam bulan Rejab, maka ALLAH SWT mengampuni dosa-dosanya yang telah lalu dan menggantikannya kesemua kejahatannya dengan kebaikan, dan barangsiapa yang menambah (hari-hari puasa) maka ALLAH akan menambahkan pahalanya.”

Demikian antara kelebihan dalam bulan Rejab yang akan diganjarkan oleh ALLAH kepada hamba-nya yang banyak melakukan amal ibadah, terutamnya ibadah puasa. Sesungguhnya Allah Maha pemurah kepada hamba-nya, demikian itu mari kita rebut peluang ini dengan perbanyakkan ibadat-ibadat sunat sempena BULAN ALLAH ini iaitu, BULAN REJAB.

Atas tujuan tersebut, maka kita mohon doa kepada Allah yang Maha Kuasa akan kekuatan untuk mengamalkan segala amal yang digalakkan terutama dalam bulan ini. Mudah-mudahan kita menjadi hambaNya yang sentiasa mentaati perintah Allah dengan melaksanakan suruhan-Nya dan meninggalkan segala larangan-Nya kerana Allah dengan ikhlas.

Ibadat kerana ALLAH dan ikhlas dalam beramal…

15 June 2009

IMAN...

Assalamualaikum… Alhamdulillah syukur kita panjatkan kepada Allah SWT, berkat limpahan nikmat yang diberikan kepada kita, maka kita masih lagi diberi peluang untuk hidup dibumi-Nya ini… Selawat dan salam ke atas Junjungan Besar Nabi Kita Muhammad SAW… Keluarga dan para sahabat baginda semua…

Sesungguhnya kita sangat mulia di sisi Allah SWT… Kerana setiap dari kita memiliki satu nikmat yang sangat berharga.. itulah nikmat Iman dan Islam… tanpa nikmat tersebut samalah kita dengan orang-oarang kafir yang lain… apalah bezanya kita dengan orang kafir jika dalam diri kita ini tiada langsung dua perkara ini.., iaitu Iman dan Islam…

Apa itu Iman… Iman ialah kepercayaan yang teguh yang disertai dengan ketundukan dan penyerahan jiwa. Tanda-tanda adanya iman ialah mengerjakan apa yang dikehendaki oleh iman itu sendiri… Iman itu sendiri merupakan penyaksian kita kepada Allah… Tuhan kepada segala pencipta… Tuhan yang menghidupkan dan mematikan… Tuhan yang memberi rezeki dan yang menarik rezeki… Maha Suci Allah.. Tuhan yang sangat-sangat berkuasa atas segala sesuatu… (Samb…)





01 June 2009

ANTARA SABAR DAN MENGELUH...

Pada zaman dahulu ada seorang yang bernama Abul Hassan yang pergi haji di Baitul Haram. Diwaktu tawaf tiba-tiba ia melihat seorang wanita yang bersinar dan berseri wajahnya.

"Demi Allah, belum pernah aku melihat wajah secantik dan secerah wanita itu, tidak lain kerana itu pasti kerana tidak pernah risau dan bersedih hati."

Tiba-tiba wanita itu mendengar ucapan Abul Hassan lalu ia bertanya, "Apakah katamu hai saudaraku? Demi Allah aku tetap terbelenggu oleh perasaan dukacita dan luka hati kerana risau, dan seorang pun yang menyekutuinya aku dalam hal ini."

Abu Hassan bertanya, "Bagaimana hal yang merisaukanmu?"

Wanita itu menjawab, "Pada suatu hari ketika suamiku sedang menyembelih kambing korban, dan pada aku mempunyai dua orang anak yang sudah boleh bermain dan yang satu masih menyusu, dan ketika aku bangun untuk membuat makanan, tiba-tiba anakku yang agak besar berkata pada adiknya, "Hai adikku, sukakah aku tunjukkan padamu bagaimana ayah menyembelih kambing ?"

Jawab adiknya, "Baiklah kalau begitu?"

Lalu disuruh adiknya baring dan disembelihkannya leher adiknya itu. Kemudian dia merasa ketakutan setelah melihat darah memancut keluar dan lari ke bukit yang mana di sana ia dimakan oleh serigala, lalu ayahnya pergi mencari anaknya itu sehingga mati kehausan dan ketika aku letakkan bayiku untuk keluar mencari suamiku, tiba-tiba bayiku merangkak menuju ke periuk yang berisi air panas, ditariknya periuk tersebut dan tumpahlah air panas terkena ke badannya habis melecur kulit badannya. Berita ini terdengar kepada anakku yang telah berkahwin dan tinggal di daerah lain, maka ia jatuh pengsan hingga sampai menuju ajalnya. Dan kini aku tinggal sebatang kara di antara mereka semua."

Lalu Abul Hassan bertanya, "Bagaimanakah kesabaranmu menghadapi semua musibah yang sangat hebat itu ?"

Wanita itu menjawab, "Tiada seorang pun yang dapat membedakan antara sabar dengan mengeluh melainkan ia menemukan di antara keduanya ada jalan yang berbeda. Adapun sabar dengan memperbaiki yang lahir, maka hal itu baik dan terpuji akibatnya. Dan adapun mengeluh, maka orangnya tidak mendapat ganti yakni sia-sia belaka."

Demikianlah cerita di atas, satu cerita yang dapat dijadikan tauladan di mana kesabaran sangat digalakkan oleh agama dan harus dimiliki oleh setiap orang yang mengaku beriman kepada Allah dalam setiap terkena musibah dan dugaan dari Allah. Kerana itu Rasulullah s.a.w bersabda dalam firman Allah dalam sebuah hadith Qudsi,:

" Tidak ada balasan bagi hamba-Ku yang Mukmin, jika Aku ambil kekasihnya dari ahli dunia kemudian ia sabar, melainkan syurga baginya."

Begitu juga mengeluh. Perbuatan ini sangat dikutuk oleh agama dan hukumnya haram. Kerana itu Rasulullah s.a.w bersabda,:

"Tiga macam daripada tanda kekafiran terhadap Allah, merobek baju, mengeluh dan menghina nasab orang."

Dan sabdanya pula, " Mengeluh itu termasuk kebiasaan Jahiliyyah, dan orang yang mengeluh, jika ia mati sebelum taubat, maka Allah akan memotongnya bagi pakaian dari wap api neraka." (Riwayat oleh Imam Majah)

• Semoga kita dijadikan sebagai hamba Allah yang sabar dalam menghadapi segala ujian, musibah, malapetaka dan apa-apa sahaja yang berlaku kepada kita…

• Sehari harian akan berlaku, sedang berlaku dan akan berlaku kepada kita… dan setiap orang akan berbeza ujian, musibah, malapetaka… maka apa yang perlu kita lakukan adalah dengan perbanyakkan bersabar… dan bukan mengeluh…

27 May 2009

ARAK PUNCA SEGALA KEJAHATAN

Dosa manakah, meminum minuman yang memabukkan, berzina atau membunuh. Itulah teka-teki sebagai inti khutbah Khalifah Ustman bin Affan r.a. seperti yang diriwayatkan oleh Az-Zuhriy, dalam khutbah Ustman itu mengingatkan umat agar berhati-hati terhadap minuman khamr atau arak. Sebab minuman yang memabukkan itu sebagai pangkal perbuatan keji dan sumber segala dosa.

Dulu hidup seorang ahli ibadah yang selalu tekun beribadah ke masjid, lanjut khutbah Khalifah Ustman. Suatu hari lelaki yang soleh itu berkenalan dengan seorang wanita cantik.

Kerana sudah terjatuh hati, lelaki itu menurut sahaja ketika disuruh memilih antara tiga permintaannya, tentang kemaksiatan. Pertama minum khamr/arak, kedua berzina dan ketiga membunuh bayi. Mengira minum arak dosanya lebih kecil daripada dua pilihan lain yang diajukan wanita pujaan itu, lelaki soleh itu lalu memilih minum arak.

Tetapi apa yang terjadi, dengan minum arak yang memabukkan itu malah dia melanggar dua kejahatan yang lain. Dalam keadaan mabuk dan lupa diri, lelaki itu menzinai pelacur itu dan membunuh bayi di sisinya.

"Kerana itulah hindarilah arak, kerana minuman itu sebagai biang keladi segala kejahatan dan perbuatan dosa. Ingatlah, iman dengan arak tidak mungkin bersatu dalam tubuh manusia. Salah satu di antaranya harus keluar. Orang yang mabuk mulutnya akan mengeluarkan kata-kata kufur, dan jika menjadi kebiasaan sampai akhir ayatnya, ia akan kekal di neraka." ~ Nau’zubillah

Allah berfirman : "Sesungguhnya syaitan itu bermaksud hendak menimbulkan permusuhan dan kebencian di antara kamu lantaran (meminum) khamar dan berjudi itu, dan menghalangi kamu dari mengingat Allah dan sembahyang; maka berhentilah kamu (dari mengerjakan pekerjaan itu)." (Al-Maa'idah:91).

• Hari ini didepan mata kita sendiri kita dapat lihat begitu mudahnya orang Melayu Islam meminum arak di khalayak… katanya sedikit tak mengapa… adakah kita nak percaya dengan sedikit tak mengapa… walhal dibelakang kita itulah minuman pagi, tengahari, petang dalam malamnya…

• Bagaimanakah ibadah hendak didirikannya sedangkan seteguk atau setitis arak yang memasuki ke tubuh seseorang itu menyebabkan amalannya tidak diterima selama 40 hari… ataupun beramalkah mereka-mereka ini… bilakah masanya jika setiap masa minuman itu sentiasa disisi…

• Tipisnya iman… kerana hendak mencuba, kini menjadi darah daging… dan tiada yang layak selain api neraka sahaja yang layak untuknya… Nau’zubillah…

• Begitu mudah untuk kita menikmati minuman yang memabukkan ini… terdapat di disekeliling kita sahaja… sangat-sangat mudah… just order…

• Tiada pula kedengaran katakan Tak Nak Kepada Arak… seolah-olah ada pihak membenarkan kita Melayu Islam meminumnya…

• Sesungguhnya terlalu banyak air minuman yang ALLAH kurniakan kepada kita di atas muka bumi ini… Pilih sahaja… Asalkan bermanfaat kepada kita, kepada ibadah kita…

25 May 2009

GURAU SENDA RASULULLAH SAW...

Rasulullah SAW bergaul dengan semua orang. Baginda menerima hamba, orang buta, dan anak-anak. Baginda bergurau dengan anak kecil, bermain-main dengan mereka, bersenda gurau dengan orang tua. Akan tetapi Baginda tidak berkata kecuali yang benar saja.

Suatu hari seorang perempuan datang kepada beliau lalu berkata, "Ya Rasulullah! Naikkan saya ke atas unta", katanya. "Aku akan naikkan engkau ke atas anak unta", kata Rasulullah SAW. "Ia tidak mampu", kata perempuan itu. "Tidak, aku akan naikkan engkau ke atas anak unta". "Ia tidak mampu". Para sahabat yang berada di situ berkata, "bukankah unta itu juga anak unta?"

Datang seorang perempuan lain, dia memberitahu Rasulullah SAW, "Ya Rasulullah, suamiku jatuh sakit. Dia memanggilmu". "Semoga suamimu yang dalam matanya putih", kata Rasulullah SAW. Perempuan itu kembali ke rumahnya. Dan dia pun membuka mata suaminya. Suaminya bertanya dengan keheranan, "kenapa kamu ini?". "Rasulullah memberitahu bahwa dalam matamu putih", kata istrinya menerangkan. "Bukankah semua mata ada warna putih?" kata suaminya.

Seorang perempuan lain berkata kepada Rasulullah SAW, "Ya Rasulullah, doakanlah kepada Allah agar aku dimasukkan ke dalam syurga". "Wahai ummi fulan, syurga tidak dimasuki oleh orang tua". Perempuan itu lalu menangis. Rasulullah menjelaskan, "tidakkah kamu membaca firman Allah ini,

Serta kami telah menciptakan isteri-isteri mereka dengan ciptaan istimewa, serta kami jadikan mereka senantiasa perawan (yang tidak pernah disentuh), yang tetap mencintai jodohnya, serta yang sebaya umurnya".

Para sahabat Rasulullah SAW suka tertawa tapi iman di dalam hati mereka bagai gunung yang teguh. Na'im adalah seorang sahabat yang paling suka bergurau dan tertawa. Mendengar kata-kata dan melihat gelagatnya, Rasulullah turut tersenyum.

* Adakah gurauan kita sehari-harian sebagaimana gurau senda Rasulullah SAW...

* Hari ini kita dapat saksikan bahkan seringkali berkait rapat dengan kita... kerana kita tidak lepas dari bersenda gurau... dengan keluarga, dengan rakan-rakan, dengan sesiapa sahaja...

* Tidak lupa juga kita sering menyaksikan di kaca TV berkaitan rancangan-rancangan yang berkonsepkan gurauan dan lebih kepada 'mengenakan' seseorang... hal ini ada dikalangan kita melihatnya sebagai hiburan untuk digelak-tawakan, dipertontonkan dan sebagainya... Namun kita tidak semuanya sama... perkara-perkara tersebut boleh menyebabkan tercemarnya maruah seseorang, menganggu kehidupan peribadi seseorang... menganggu emosi seseorang... dan banyak lagi...

* Gurauan perlu bertempat... dan gurauan yang terbaik adalah gurauan Rasulullah SAW...

20 May 2009

TANDA-TANDA KIAMAT...

Hudzaifah bin As-yad al-Ghifary berkata, sewaktu kami sedang berbincang, tiba-tiba datang Nabi Muhammad S.A.W kepada kami lalu bertanya, "Apakah yang kamu semua sedang bincangkan.?"

Lalu kami menjawab, "Kami sedang membincangkan tentang hari Kiamat." Sabda Rasulullah S.A.W. "Sesungguhnya kiamat itu tidak akan terjadi sebelum kamu melihat sepuluh tanda :-

· Asap
· Dajjal
· Binatang melata di bumi
· Terbitnya matahari sebelah barat
· Turunnya Nabi Isa A.S
· Keluarnya Yakjuj dan Makjuj
· Gerhana di timur
· Gerhana di barat
· Gerhana di jazirah Arab
· Keluarnya api dari kota Yaman menghalau manusia ke tempat pengiringan mereka.

Dajjal maksudnya ialah bahaya besar yang tidak ada bahaya sepertinya sejak Nabi Adam A.S sampai hari kiamat. Dajjal boleh membuat apa sahaja perkara-perkara yang luar biasa. Dia akan mendakwa dirinya Tuhan, sebelah matanya buta dan di antara kedua matanya tertulis perkataan 'Ini adalah orang kafir'.

Asap akan memenuhi timur dan barat, ia akan berlaku selama 40 hari. Apabila orang yang beriman terkena asap itu, ia akan bersin seperti terkena selsema, sementara orang kafir pula keadaannya seperti orang mabuk, asap akan keluar dari hidung, telinga dan dubur mereka.

Binatang melata yang dikenali sebagai Dabatul Ard ini akan keluar di kota Mekah dekat gunung Shafa, ia akan berbicara dengan kata-kata yang fasih dan jelas. Dabatul Ard ini akan membawa tongkat Nabi Musa A.S dan cincin Nabi Sulaiman A.S. Apabila binatang ini memukulkan tongkatnya ke dahi orang yang beriman, maka akan tertulislah di dahi orang itu 'Ini adalah orang yang beriman'. Apabila tongkat itu dipukul ke dahi orang yang kafir, maka akan tertulislah 'Ini adalah orang kafir'.

Turunnya Nabi Isa. A.S di negeri Syam di menara putih, beliau akan membunuh dajjal. Kemudian Nabi Isa A.S akan menjalankan syariat Nabi Muhammad S.A.W.

Yakjuj dan Makjuj pula akan keluar, mereka ini merupakan dua golongan. Satu golongan kecil dan satu lagi golongan besar. Yakjuj dan Makjuj itu kini berada di belakang bendungan yang dibangunkan oleh Iskandar Zulqarnain. Apabila keluarnya mereka ini, bilangannya tidak terhitung banyaknya, sehingga kalau air laut Thahatiah diminum nescaya tidak akan tinggal walau pun setitik.

Rasulullah S.A.W telah bersabda, " Hari kiamat itu mempunyai tanda, bermulanya dengan tidak laris jualan di pasar, sedikit sahaja hujan dan begitu juga dengan tumbuh-tumbuhan. Ghibah menjadi-jadi di merata-rata, memakan riba, banyaknya anak-anak zina, orang kaya diagung-agungkan, orang-orang fasik akan bersuara lantang di masjid, para ahli mungkar lebih banyak menonjol dari ahli haq"

Berkata Ali bin Abi Talib, Akan datang di suatu masa di mana Islam itu hanya akan tinggal namanya sahaja, agama hanya bentuk sahaja, Al-Qur'an hanya dijadikan bacaan sahaja, mereka mendirikan masjid, sedangkan masjid itu sunyi dari zikir menyebut Asma Allah. Orang-orang yang paling buruk pada zaman itu ialah para ulama, dari mereka akan timbul fitnah dan fitnah itu akan kembali kepada mereka juga. Dan kesemua yang tersebut adalah tanda-tanda hari kiamat."

Sabda Rasulullah S.A.W, "Apabila harta orang kafir yang dihalalkan tanpa perang yang dijadikan pembahagian bergilir, amanat dijadikan seperti harta rampasan, zakat dijadikan seperti pinjaman, belajar lain daripada agama, orang lelaki taat kepada isterinya, menderhakai ibunya, lebih rapat dengan teman dan menjauhkan ayahnya, suara-suara lantang dalam masjid, pemimpin kaum dipilih dari orang yang fasik, oarng dimuliakan kerana ditakuti akan tindakan jahat dan aniayanya dan bukan kerana takutkan Allah, maka kesemua itu adalah tanda-tanda kiamat."

18 May 2009

DOA IBU UNTUK ANAK YANG DIKASIHI...

Wanita itu sudah tua, namun semangat perjuangannya tetap menyala seperti wanita yang masih muda. Setiap tutur kata yang dikeluarkannya selalu menjadi pendorong dan bualan orang disekitarnya. Maklumlah, ia memang seorang penyair dua zaman, maka tidak kurang pula bercakap dalam bentuk syair. Al-Khansa bin Amru, demikianlah nama wanita itu. Dia merupakan wanita yang terkenal cantik dan pandai di kalangan orang Arab. Dia pernah bersyair mengenang kematian saudaranya yang bernama Sakhr :

"Setiap mega terbit, dia mengingatkan aku pada Sakhr, malang. Aku pula masih teringatkan dia setiap mega hilang di ufuk barat . Kalaulah tidak kerana terlalu ramai orang menangis di sampingku ke atas mayat-mayat mereka, nescaya aku bunuh diriku."

Setelah Khansa memeluk Islam, keberanian dan kepandaiannya bersyair telah digunakan untuk menyemarakkan semangat para pejuang Islam. Ia mempunyai empat orang putera yang kesemuanya diajar ilmu bersyair dan dididik berjuang dengan berani. Kemudian puteranya itu telah diserahkan untuk berjuang demi kemenangan dan kepentingan Islam. Khansa telah mengajar anaknya sejak kecil lagi agar jangan takut menghadapi peperangan dan cabaran.

Pada tahun 14 Hijrah, Khalifah Umar Ibnul Khattab menyediakan satu pasukan tempur untuk menentang Farsi. Semua Islam dari berbagai kabilah telah dikerahkan untuk menuju ke medan perang, maka terkumpullah seramai 41,000 orang tentera. Khansa telah mengerahkan keempat-empat puteranya agar ikut mengangkat senjata dalam perang suci itu. Khansa sendiri juga ikut ke medan perang dalam kumpulan pasukan wanita yang bertugas merawat dan menaikkan semangat pejuan tentera Islam.

Dengarlah nasihat Khansa kepada putera-puteranya yang sebentar lagi akan ke medan perang, "Wahai anak-anakku! Kamu telah memilih Islam dengan rela hati. Kemudian kamu berhijrah dengan sukarela pula. Demi Allah, yang tiada tuhan selain Dia, sesungguhnya kamu sekalian adalah putera-putera dari seorang lelaki dan seorang wanita. Aku tidak pernah mengkhianati ayahmu, aku tidak pernah memburuk-burukkan saudara-maramu, aku tidak pernah merendahkan keturunan kamu, dan aku tidak pernah mengubah perhubungan kamu. Kamu telah tahu pahala yang disediakan oleh Allah kepada kaum muslimin dalam memerangi kaum kafir itu. Ketahuilah bahawasaya kampung yang kekal itu lebih baik daripada kampung yang binasa."

Kemudian Khansa membacakan satu ayat dari surah Ali Imran yang bermaksud, "Wahai orang yang beriman! Sabarlah, dan sempurnakanlah kesabaran itu, dan teguhkanlah kedudukan kamu, dan patuhlah kepada Allah, moga-moga menjadi orang yang beruntung." Putera-putera Khansa tertunduk khusyuk mendengar nasihat bonda yang disayanginya.

Seterusnya Khansa berkata, "Jika kalian bangun esok pagi, insya Allah dalam keadaan selamat, maka keluarlah untuk berperang dengan musuh kamu. Gunakanlah semua pengalamanmu dan mohonlah pertolongan dari Allah. Jika kamu melihat api pertempuran semakin hebat dan kamu dikelilingi oleh api peperangan yang sedang bergejolak, masuklah akmu ke dalamnya. Dan dapatkanlah puncanya ketika terjadi perlagaan pertempurannya, semoga kamu akan berjaya mendapat balasan di kampung yang abadi, dan tempat tinggal yang kekal."

Subuh esoknya semua tentera Islam sudah berada di tikar sembahyang masing-masing untuk mengerjakan perintah Allah iaitu solat Subuh, kemudian berdoa moga-moga Allah memberikan mereka kemenangan atau syurga. Kemudian Saad bin Abu Waqas panglima besar Islam telah memberikan arahan agar bersiap-sedia sebaik sahaja semboyan perang berbunyi. Perang satu lawan satu pun bermula dua hari. Pada hari ketiga bermulalah pertempuran besar-besaran. 41,000 orang tentera Islam melawan tentera Farsi yang berjumlah 200,000 orang. Pasukan Islam mendapat tentangan hebat, namun mereka tetap yakin akan pertolongan Allah .

Putera-putera Khansa maju untuk merebut peluang memasuki syurga. Berkat dorongan dan nasihat dari bondanya, mereka tidak sedikit pun berasa takut. Sambil mengibas-ngibaskan pedang, salah seorang dari mereka bersyair,"Hai saudara-saudaraku! Ibu tua kita yang banyak pengalaman itu, telah memanggil kita semalam dan membekalkan nasihat. Semua mutiara yang keluar dari mulutnya bernas dan berfaedah. Insya Allah akan kita buktikan sedikit masa lagi."

Kemudian ia maju menetak setiap musuh yang datang. Seterusnya disusul pula oleh anak kedua maju dan menentang setiap musuh yang mencabar. Dengan semangat yang berapi-api ia bersyair,

"Demi Allah! Kami tidak akan melanggar nasihat dari ibu tua kami Nasihatnya wajib ditaati dengan ikhlas dan rela hati Segeralah bertempur, segeralah bertarung dan menggempur mush-musuh bersama-sama Sehingga kau lihat keluarga Kaisar musnah."
Anak Khansa yang ketiga pula segera melompat dengan beraninya dan bersyair:

"Sungguh ibu tua kami kuat keazamannya, tetap tegas tidak goncang Beliau telah menggalakkan kita agar bertindak cekap dan berakal cemerlang Itulah nasihat seorang ibu tua yang mengambil berat terhadap anak-anaknya sendiri Mari! Segera memasuki medan tempur dan segeralah untuk mempertahankan diri Dapatkan kemenangan yang bakal membawakegembiraan di dalam hati Atau tempuhlah kematian yang bakal mewarisi kehidupan yang abadi."

Akhir sekali anak keempat menghunus pedang dan melompat menyusul abang-abangnya. Untuk menaikkan semangatnya ia pun bersyair,"Bukanlah aku putera Khansa', bukanlah aku anak jantan Dan bukanlah pula kerana 'Amru yang pujiannya sudah lama terkenal Kalau aku tidak membuat tentera asing yang berkelompok-kelompok itu terjunam ke jurang bahay, dan musnah mangsa oleh senjataku."

Bergelutlah keempat-empat putera Khansa dengan tekad bulat untuk mendapatkan syurga diiringi oleh doa munajat bondanya yang berada di garis belakang. Pertempuran terus hebat. Tentera Islam pada mulanya kebingungan dan kacau kerana pada mulanya tentera Farsi menggunakan tentera bergajah di barisan hadapan, sementara tentera berjalan kaki berlindung di belakang binatang tahan lasak itu. Namun tentera Islam dapat mencederakan gajah-gajah itu dengan memanah mata dan bahagian-bahagian lainnya.

Gajah yang cedera itu marah dengan menghempaskan tuan yang menungganginya, memijak-mijak tentera Farsi yang lainnya. Kesempatan ini digunakan oleh pihak Islam untuk memusnahkan mereka. Panglima perang bermahkota Farsi dapat dipenggal kepalanya, akhirnya mereka lari lintang-pukang menyeberangi sungai dan dipanah oleh pasukan Islam hingga air sungai menjadi merah. Pasukan Farsi kalah teruk, dari 200,000 tenteranya hanya sebahagian kecil sahaja yang dapat menyelamatkan diri.

Umat Islam lega. Kini mereka mengumpul dan mengira tentera Islam yang gugur. Ternyata yang beruntung menemui syahid di medan Kadisia itu berjumlah lebih kurang 7,000 orang. Dan daripada 7,000 orang syuhada itu terbujur empat orang adik-beradik Khansa. Seketika itu juga ramailah tentera Islam yang datang menemui Khansa memberitahukan bahawa keempat-empat anaknya telah menemui syahid. Al-Khansa menerima berita itu dengan tenang, gembira dan hati tidak bergoncang. Al-Khansa terus memuji Allah dengan ucapan:

"Segala puji bagi Allah, yang telah memuliakanku dengan mensyahidkan mereka, dan aku mengahrapkan dari Tuhanku, agar Dia mengumpulkan aku dengan mereka di tempat tinggal yang kekal dengan rahmat-Nya!"

Al-Khansa kembali semula ke Madinah bersama para perajurit yang masih hidup dengan meninggalkan mayat-mayat puteranya di medan pertempuran Kadisia. Dari peristiwa peperanan itu pula wanita penyair ini mendapat gelaran kehormatan 'Ummu syuhada yang ertinya ibu kepada orang-orang yang mati syahid."

* Sempena Hari Ibu... mari kita renungkan kembali serta bermuhasabah diri akan pengorbanan dan penat lelah ibu kita dalam menjaga kita sejak dalam kandungan sehingga kini...

* Pastinya kita tidak mampu membalas jasa dan pengorbanan ibu kita... namun kita sebagai anak kepada ibu kita.... biar kita berada dimana sekali pun... ingatlah akan ibu kita yang tercinta...

* Sentiasa berkhidmat kepada ibu kita... dengar tutur kata ibu kita... laksanakan setiap arahan ibu kita...

* Doakan kebahagian dan kesejahteraan ibunda kita di dunia dan diakhirat... Hanya itulah Anugerah yang Allah berikan kepada kita... Seorang Ibu, Emak, Mama, Mother, Mum, Amma, Ma...

15 May 2009

MENCARI BIDADARI SYURGA DI DUNIA

“Dan orang orang yang berkata: "Ya Tuhan kami, anugrahkanlah kepada kami isteri-isteri kami dan keturunan kami sebagai penyenang hati (kami), dan jadikanlah kami imam bagi orang-orang yang bertakwa.” (Al-Furqaan : 74).

Pada abad ini, memang sukar untuk mencari wanita yang solehah. Susahnya boleh diibaratkan seperti mencari “gagak putih” di antara jutaan gagak-gagak hitam. Jika disenaraikan syarat-syarat untuk menjadi seorang wanita solehah bukanlah sesukar mana sebenarnya. Hanya dengan memenuhi empat (4) syarat; Menjaga solat (ibadah) dengan sempurna, memelihara puasa di Bulan Ramadhan, menjaga maruah diri dan mentaati suami. Sekiranya keempat-empat syarat tersebut dapat dilaksanakan, maka pasti dan pasti mereka akan memperolehi syurga dan kenikmatan yang terdapat di dalamnya.

Namun syurga yang Allah janjikan tersebut bukanlah semudah mana yang kita sangkakan untuk memperolehinya, ianya memerlukan kita menempuh ranjau dan duri. Nampak seperti ringan, akan tetapi pada hakikat yang sebenarnya tidak seperti yang digambarkan. Seseorang yang sudah berkahwin, mendirikan solat (ibadah) dengan khusuk dan khuduk itu memang susah, mendapatkan puasa yang sempurna itu susah, menjaga maruah dibelakang suami juga memerlukan ketabahan, kesabaran dan keikhlasan yang tinggi. Manakala dalam mentaati perintah suami, melayani suami tanpa cacat cela inilah yang paling sukar untuk dilaksanakan kebanyakan wanita. Hakikatnya bukan senang nak masuk syurga…

Bila isteri tidak bersungguh-sungguh dalam mentaati suami, maka akan terjadilah perselisihan dan pertengkaran. Akibatnya ia membawa kepada kerosakan yang lebih besar, bermula dari keluarga ke masyarakat dan seterusnya negara. Semua bermula dari diri kita…

Pertengkaran dan pergaduhan juga akan menyebabkan perceraian, kerana hal yang kecil, hal yang remeh-temeh seperti soal balik kampung siapa, bagaimana menghias rumah, soal bertukar tempat kerja, tidak mahu cahaya mata dan sebagainya… jika yang sudah mempunyai anak, maka sudah pastilah anak-anak tersebut menjadi mangsa keadaan… seterusnya jika keadaan anak-anak tersebut terganggu emosi dan metalnya, maka kelak mereka juga akan hidup dalam keadaan yang tidak terkawal… lalu menyumbang kepada gejala sosial dan sebagainya… Semua bermula dari rumah…

Mentaati suami bukan perkara yang mudah secara praktiknya, ditambah pula jika si isteri mempunyai kelebihan, baik dari segi kedudukan, kelulusan akademik, rupa paras dan harta. Walau bagaimanapun, tanamkanlah dalam diri bahawa sebenarnya sememangnya kita hendak mentaati perintah Allah. Setinggi manapun seorang wanita itu, disisi Allah kita semua sangat dhaif dan lemah. Kerana itulah seorang wanita yang solehah akan sanggup menekan perasaan untuk taat kepada perintah suami, dimana kita menyedari betapa diri kita bukanlah milik kita… Allah jua pemilik jasad kita…

Ramai yang gusar dan susah untuk mecari seorang isteri yang solehah, yang menjadi penyejuk mata, penawar hati, penajam fikiran… sekiranya kasih sayang antara pasangan suami isteri atas dasar kasih sayang nafsu semata-mata, maka ia memanglah sukar. Hal ini kerana, kasih sayang yang dibaluti nafsu semata-mata akan cepat pudar. Setelah lama berkahwin, si isteri memperlakukan suaminya sebagaimana perlakuannya terhadap kawan-kawannya, lebih kepada mencurahkan pelbagai masalah dan memberi masalah. Perintah suami mendapat redha Allah…

“Dan di antara tanda-tanda kekuasaan-Nya ialah Dia menciptakan untukmu isteri-isteri dari jenismu sendiri, supaya kamu cenderung dan merasa tenteram kepadanya, dan dijadikan-Nya diantaramu rasa kasih dan sayang. Sesungguhnya pada yang demikian itu benar-benar terdapat tanda-tanda bagi kaum yang berfikir.” (Ar-Ruum : 21).

Seorang isteri solehah, yang beriman kepada Allah akan mencintai suaminya dengan cinta yang tulus ikhlas, cinta yang suci murni… sanggup mengorbankan kepentingan diri untuk taat perintah suami semata-mata untuk mendapatkan redha Allah… Kelak syurgalah tempatnya… jika anda seorang wanita yang memiliki suami, taatilah perintah suami selagi ketaatan tersebut tidak membawa kepada kemurkaan Allah… Taat sehingga berpisahnya roh dari jasad…

Lihatlah serikandi zaman Nabi Muhammad SAW dan zaman para sahabat r.a… Ketaatan mereka pada suami sangat-sangat hebat, mereka inilah bidadari syurga di dunia…

--------------------------------------------------------
Hayati lirik lagu kumpulan Az-Zikr ~ “Isteri Solehah”

Isteri cerdik yang solehah penyejuk mata,
Penawar hati penajam fikiran,
Dirumah ia isteri dijalanan kawan,
Diwaktu kita buntu dia penunjuk jalan,

Padangan kita diperteguhkan,
Menjadikan kita tetap pendirian,
Ilmu yang diberi dapat disimpan,
Kita lupa dia mengingatkan,

Nasihat kita dijadikan pakaian,
Silap kita dia betulkan,
Penghibur diwaktu kesunyian,
Terasa ramai bila bersamanya,

Dia umpama tongkat si buta,
Bila tiada satu kehilangan,
Dia ibarat simpanan ilmu,
Semoga kekal untuk diwariskan…

11 May 2009

KELEBIHAN BERSELAWAT KE ATAS RASULULLAH S.A.W.

Rasulullah S.A.W telah bersabda bahawa, "Malaikat Jibril, Mikail, Israfil dan Izrail A.S. telah berkata kepadaku.

Berkata Jibril A.S. : "Wahai Rasulullah, barang siapa yang membaca selawat ke atasmu tiap-tiap hari sebanyak sepuluh kali, maka akan aku bimbing tangannya dan akan aku bawa dia melintasi titian seperti kilat menyambar."

Berkata pula Mikail A.S. : "Mereka yang berselawat ke atas kamu akan aku beri mereka itu minum dari telagamu."

Berkata pula Israfil A.S. : "Mereka yang berselawat kepadamu akan aku sujud kepada Allah S.W.T dan aku tidak akan mengangkat kepalaku sehingga Allah S.W.T mengampuni orang itu."

Malaikat Izrail A.S pula berkata : "Bagi mereka yang berselawat ke atasmu, akan aku cabut roh mereka itu dengan selembut-lembutnya seperti aku mencabut roh para nabi-nabi."

Apakah kita tidak cinta kepada Rasulullah S.A.W.? Para malaikat memberikan jaminan masing-masing untuk orang-orang yang berselawat ke atas Rasulullah S.A.W.

08 May 2009

ALLAH S.W.T. MENOLAK 1 DOA DARI 3 DOA RASULULLAH S.A.W

'Amir bin Said dari bapanya berkata bahawa : "Satu hari Rasulullah S.A.W telah datang dari daerah berbukit. Apabila Rasulullah S.A.W sampai di masjid Bani Mu'awiyah lalu beliau masuk ke dalam masjid dan menunaikan solat dua rakaat. Maka kami pun turut solat bersama dengan Rasulullah S.A.W.

Kemudian Rasulullah S.A.W berdoa dengan doa yang agak panjang kepada Allah S.W.T :
Setelah selesai beliau berdoa maka Rasulullah S.A.W pun berpaling kepada kami lalu bersabda yang bermaksud :

"Aku telah bermohon kepada Allah S.W.T tiga perkara, dalam tiga perkara itu cuma dia memperkenankan dua perkara sahaja dan satu lagi ditolak.

1. Aku telah bermohon kepada Allah S.W.T supaya ia tidak membinasakan umatku dengan musim susah yang berpanjangan. Permohonanku ini diperkenankan oleh Allah S.W.T.

2. Aku telah bermohon kepada Allah S.W.T supaya umatku ini jangan dibinasakan dengan bencana tenggelam (seperti banjir besar yang telah melanda umat Nabi Nuh s.a). Permohonanku ini telah diperkenankan oleh Allah S.W.T.

3. Aku telah bermohon kepada Allah S.W.T supaya umatku tidak dibinasakan kerana pergaduhan sesama mereka (peperangan, pergaduhan antara sesama Islam). Tetapi permohonanku telah tidak diperkenankan (telah ditolak).

Apa yang kita lihat hari ini ialah negara-negara Islam sendiri bergaduh antara satu sama lain, hari ini orang Islam bergaduh sesama sendiri, orang kafir menepuk tangan dari belakang, Adakah ini yang kita inginkan?

05 May 2009

SETIAP MASA KITA DISERU...

Alhamdulillah… masih hidup lagi kita rupanya… kalau tak mana mungkin anda boleh membaca sekarang ni.. maka sangat-sangatlah kita perlu tingkatkan rasa syukur kita pada Allah swt… ketahuilah bahawasanya diri kita, masa kita harta kita bukan milik kita… akan tetapi milik mutlak Allah… kita hanya pinjam daripada Allah… bila-bila masa saja Allah boleh tarik sikit demi sikit dari kita…

Cuba anda perhatikan jika mata anda masih lagi boleh berfungsilah… cuba perhatikan pada jasad anda dari atas sampai ke bawah… ada tak kekurangan dari yang sebelumnya… maksudnya jika sebelum ini mata anda jelas melihat, kini terpaksa menggunakan kaca mata untuk melihat… jauh atau dekat… nak tak nak kena gunakan kaca mata… itu contoh paling mudah… banyak lagi sebenarnya contoh… tak larat nak tulis dalam ni… sebab tangan saya pun sekarang ni kekurangan tenaga…. Padahal sebelum ini boleh pulak menulis dan berbuat hal yang lain…

Berbalik kepada tajuk entry pada kali ini… tahukan kita sebenarnya berapa kalikah kita diseru… ya, diseru…! Mungkin istilah diseru boleh merujuk kepada beberapa perkara… mungkin diseru oleh Malaikat Izrail, yang kerjanya tiada lain nak mencabut nyawa manusia saja… atas perintah Allah sebenarnya… dan diseru itu dan ini… Seruan Haji… tak terkecuali dah datang seru nak berkahwin… Alhamdulillah… datang seru juga tuu…

Sebenarnya saya nak kita semua melihat akan seruan oleh dua makhluk Allah kepada kita… sedar atau tidak, setiap masa kita sering diseru oleh makhluk-makhluk ini… hatta sekarang ini pun kita diseru-seru olehnya… apakah agaknya yang suka menyeru kita hampir setiap masa itu… maka tak lain makhluk itu diberikan nama sebagai Iblis atau popularnya Syaitan… dan makhluk yang satu lagi tak lain diberikan nama sebagai Malaikat atau orang putih selalu duk panggil angel… bukan Charlie Angel yang filem tu…

Sedar tak kita yang kedua-dua makhluk ini adalah makhluk yang dihantar oleh Allah untuk menguji kita sebenarnya… Allah ada berfirman : “Bagi manusia ada malaikat-malaikat yang selalu mengikutinya bergiliran, di muka dan di belakangnya, mereka menjaganya atas perintah Allah. Sesungguhnya Allah tidak merubah keadaan sesuatu kaum sehingga mereka merubah keadaan yang ada pada diri mereka sendiri. Dan apabila Allah menghendaki keburukan terhadap sesuatu kaum, maka tak ada yang dapat menolaknya; dan sekali-kali tak ada pelindung bagi mereka selain Dia.”(Surah Ar-Ra’ad: 11).

Sementara itu dalam Surah Al-An’aam, ayat yang ke 112, Allah telah berfirman : “Dan demikianlah Kami jadikan bagi tiap-tiap nabi itu musuh, yaitu syaitan-syaitan (dari jenis) manusia dan (dan jenis) jin, sebahagian mereka membisikkan kepada sebahagian yang lain perkataan-perkataan yang indah-indah untuk menipu (manusia). Jikalau Tuhanmu menghendaki, niscaya mereka tidak mengerjakannya, maka tinggalkanlah mereka dan apa yang mereka ada-adakan."

Nah…! Maka sekarang kita sememangnya sudah sangat-sangat kenal dengan dua makhluk ni… sedang ketika sekolah dulu pun kita di ajar mengenal Malaikat… malaikat yang wajib kita ketahui… ada 10 malaikat… nak tahu malaikat apa carilah kat mana-mana kitab… anda tentunya rajin dari saya… tapi itu seingat saya… yang tak pernah saya diajar oleh ustaz ustazah kepada saya ialah syaitan-syaitan… maksudnya nama-nama syaitan dan kerja-kerja para syaitan ini… memang tak pernah pun… ataupun saya yang tak abis belajar agama dulu… Nampak sangat saya dah banyak yang kurangnya… huhu

Dan sekarang kita sedang diseru oleh kedua-dua makhluk ini… jika seruan tersebut mengajak kita kepada keburukan dan kejahatan… maka anda telah diseru oleh Syaitan… tetapi jika kita diseru kearah kebaikan dan kemuliaan… maka kita telah diseru oleh malaikat… kita sedia maklum setiap dari kita ada dua orang malaikat yang menjaga kita… kiri dan kanan… bukan sahaja menjaga kita malah membuat laporan setiap masa didalam buku Amalan kita masing-masing… anda percaya atau tidak… Believe it or not!!!

Tapi sekali lagi saya musykil… tentang berapa ekorkah pulak si syaitan ini yang datang menyeru kepada kita… seekor, dua ekor, tiga ekor… berekor-ekor… hanya Allah yang maha mengetahui… tapi apa yang pasti syaitan akan datang kepada kita tanpa rasa jemu dan putus asa… Syaitan ini pulak selalu bawa kawan… satu geng la dengan syaitan-syaitan ini… satu kepala… dan sudah pasti anda semua pun dah kenal kawan syaitan yang satu ni… kawan syaitan ini diberi nama Nafsu… juga makhluk Allah… tak lain tak bukan semata-mata nak menguji kita sebagai manusia… sekali lagi kita diuji…

Allah berfirman : “Maka kerana itu serulah (mereka kepada agama ini) dan tetaplah sebagai mana diperintahkan kepadamu dan janganlah mengikuti hawa nafsu mereka dan katakanlah: "Aku beriman kepada semua Kitab yang diturunkan Allah dan aku diperintahkan supaya berlaku adil diantara kamu. Allah-lah Tuhan kami dan Tuhan kamu. Bagi kami amal-amal kami dan bagi kamu amal-amal kamu. Tidak ada pertengkaran antara kami dan kamu, Allah mengumpulkan antara kita dan kepada-Nyalah kembali (kita)." (Surah Asy-Syuura : 15).

Perihal nafsu ini memang banyak… malah jenis-jenisnya pun banyak… jika betul saluran nafsu kita, maka kita akan selamat… jika sebaliknya… maka buruklah akibatnya… nak tak nak setiap dari kita akan dibekalkan nafsu… untuk apa… untuk menguji kita sebenarnya… kenapa… sebab kita ini merupakan hamba Allah… Maka Allah nak tahu ketaatan kita dalam agama… adakah kita dapat mengamalkan segala perintah Allah atau tidak… jika seruan Malaikat yang kita ikut… maka sudah pastilah kita Berjaya… akan tetapi jika seruan Syaitan dan Nafsu kita ikut… dikhuatiri kita akan gagal… gagal di dunia… lebih-lebih lagilah diakhirat kelak…!!!

Sebelum kita nak melakukan sesuatu pekerjaan… kita biasanya akan dibisikkan oleh suatu suara dalam diri kita… kadang-kala kita berbelah bagi untuk melakukan sesuatu pekerjaan itu kerana pengaruh seruan-seruan tersebut… ada yang mengatakan ia merupakan suara hati… peribahasa Melayu ada menyebut… “Ikut Hati Mati, Ikut Rasa Binasa,”… Kedua-duanya negative… yang satu mati, dan yang satu lagi binasa… maka ketahuilah kedua-duanya merupakan seruan Syaitan dan Nafsu… maka pilihlah untuk mengikut seruan para Malaikat… seruan kearah kebaikan dan keselamatan…

Untuk itu sebelum melakukan sebarang pekerjaan, kita hendaklah memulakan dengan bacaan Bismillah… macam lagu Raihan… “Dimulakan dengan Bismillah, disudahi dengan Alhamdulillah…” selain itu perbanyakkan selawat atas nabi… juga beristighfar… insyaallah hanya seruan para malaikat sahaja yang akan kita dengar… Iaitu seruan Iman…

30 April 2009

TIDAK AKAN MASUK NERAKA ORANG YANG MENANGIS KERANA TAKUTKAN ALLAH

Rasulullah S.A.W telah bersabda, "Bahawa tidak akan masuk neraka orang menangis kerana takut kepada Allah sehingga ada air susu kembali ke tempat asalnya."

Dalam sebuah kitab Daqa'iqul Akhbar menerangkan bahawa akan didatangkan seorang hamba pada hari kiamat nanti, dan sangat beratlah timbangan kejahatannya, dan telah diperintahkan untuk dimasukkan ke dalam neraka.

Maka salah satu daripada rambut-rambut matanya berkata, "Wahai Tuhanku, Rasul Engkau Nabi Muhammad S.A.W telah bersabda, sesiapa yang menangis kerana takut kepada Allah S.W.T, maka Allah mengharamkan matanya itu ke neraka dan sesungguhnya aku menangis kerana amat takut kepada-Mu."

Akhirnya Allah S.W.T mengampuni hamba itu dan menyelamatkannya dari api neraka dengan berkat sehelai rambut yang pernah menangis kerana takut kepada Allah S.W.T. Malaikat Jibril A.S mengumumkan, telah selamat Fulan bin Fulan sebab sehelai rambut."

Dalam sebuah kitab lain, Bidayatul-Hidayah, diceritakan bahawa pada hari kiamat nanti, akan didatangkan neraka jahanam dengan mengeluarkan suaranya, suara nyalaan api yang sangat menggerunkan, semua umat menjadi berlutut kerana kesusahan menghadapinya.

Allah S.W.T berfirman yang bermaksud, "Kamu lihat (pada hari itu) setiap umat berlutut (yakni merangkak pada lututnya). Tiap-tiap umat diseru kepada buku amalannya. (Dikatakan kepadanya) Pada hari ini kamu dibalasi menurut apa-apa yang telah kau kerjakan." (Surah al-Jatsiyah ayat 28)

Sebaik sahaja mereka menghampiri neraka, mereka mendengar kegeraman api neraka dengan nyalaan apinya, dan diterangkan dalam kitab tersebut bahawa suara nyalaan api neraka itu dapat didengar sejauh 500 tahun perjalanan. Pada waktu itu, akan berkata setiap orang hingga Nabi-nabi dengan ucapan, "Diriku, diriku (selamatkanlah diriku Ya Allah) kecuali hanya seorang nabi sahaja yang akan berkata, "Umatku, umatku."

Beliau ialah junjungan besar kita Nabi Muhammad S.A.W. Pada masa itu akan keluarlah api neraka jahim seperti gunung-gunung, umat Nabi Muhammad berusaha menghalanginya dengan berkata, "Wahai api! Demi hak orang-orang yang solat, demi hak orang-orang yang ahli sedekah, demi hak orang-orang yang khusyuk, demi hak orang-orang yang berpuasa, supaya engkau kembali."

Walaupun dikata demikian, api neraka itu tetap tidak mahu kembali, lalu malaikat Jibril berkata, "Sesungguhnya api neraka itu menuju kepada umat Muhammad S.A.W"


Kemudian Jibril membawa semangkuk air dan Rasulullah meraihnya. Berkata Jibril A.S. "Wahai Rasulullah, ambillah air ini dan siramkanlah kepadanya." Lalu Baginda mengambil dan menyiramkannya pada api itu, maka padamlah api itu.

Setelah itu Rasulullah S.A.W pun bertanya kepada Jibril A.S. "Wahai Jibril, Apakah air itu?" Maka Jibril berkata, "Itulah air mata orang derhaka di kalangan umatmu yang menangis kerana takut kepada Allah S.W.T. Sekarang aku diperintahkan untuk memberikannya kepadamu agar engkau menyiramkan pada api itu." Maka padamlah api itu dengan izin Allah S.W.T.

Telah bersabda Rasulullah S.A.W, "Ya Allah anugerahilah kepada kami dua buah mata yang menangis kerana takut kepada-Mu, sebelum tidak ditemunya air mata."

* Air mata adalah anugerah yang telah Allah berikan kepada kita untuk semua umat manusia. Setitis air mata kita gugur kerana menginsafi diri kepada Allah, maka sangat bernilai disisi Allah…

* Namun bukan mudah untuk kita menggugurkan air mata kerana Allah… Mari kita menangis kerana Allah…

* Moga dengan tangisan, kita dapat memadamkan api neraka yang cuba membakar diri kita kerana banyakknya dosa dan maksiat yang telah kita lakukan sepanjang hidup di dunia…

28 April 2009

ADAKAH KITA BERADA DITEMPAT YG SEPATUTNYA...?

“Hanya yang memakmurkan masjid-masjid Allah ialah orang-orang yang beriman kepada Allah dan Hari kemudian, serta tetap mendirikan shalat, menunaikan zakat dan tidak takut (kepada siapapun) selain kepada Allah, maka merekalah orang-orang yang diharapkan termasuk golongan orang-orang yang mendapat petunjuk.” (Taubah : 18).

Alhamdulillah… merujuk kepada tajuk entry kali ni, saya pasti anda semua sekarang mesti berada di depan PC ataupun Laptop/Notebook korang… dan sedang membaca entry yang saya post-kan… ini bermakna anda berada ditempat yang sepatutnya… memang pun… pada keadaan yang sepatutnya… wallahu’alam jika anda semua buat apa selain membaca entry ni… atau hanya suka-suka… semoga hasil tulisan kali ini dapat manfaatkan saya yang menulis dan anda yang membaca…

Kita dikurniakan Allah dengan pelbagai nikmat yang tak mampu kita hitungkan… sedang dalam diri kita pun masih belum mengenal sepenuhnya fungsi tubuh badan, ini kan pula nak mengetahui nikmat-nikmat Allah yang Maha Luas… Subahanallah… kerdilnya aku… Fiman Allah:

“Dan (ingatlah juga), tatkala Tuhanmu memaklumkan; "Sesungguhnya jika kamu bersyukur, pasti Kami akan menambah (nikmat) kepadamu, dan jika kamu mengingkari (nikmat-Ku), maka sesungguhnya azab-Ku sangat pedih." (Ibrahim:7)

Allah beri kita nikmat untuk kita syukur kepada Allah, tapi jika kita kufur nikmat dan menyalahgunakan nikmat-nikmat Allah, maka pasti dan pastilah azab Allah sangat hebat dan sangat berat…

Jadi adakah anda berada ditempat yang sepatutnya, sebelum ini dan selepas ini… kemanakah anda akan pergi, adakah ke tempat yang sepatutnya atau sebaliknya… Hidup sebagaimana yang anda inginkan… kata-kata Ally dalan rancangan Ally…

Kita biasa mengikut kehendak hati dan apa yang difikirkan… apa yang kita fikirkan, itulah yang akan kita buat… jika kita fikir nak ponteng kerja, memang akan kita ponteng kerja… Jika kita fikir nak buka blog, maka korang dah pun buka blog Muqaddimah ni… dan buka blog-blog yang lain serta website-website entah apa lagi yang korang tengah buka sekarang… saya bersangka baik yang anda semua sedang mencari ilmu dengan teknologi yang satu ni.. Alhamdulillah, semoga ia bermanfaat… Hidup sebagaimana yang anda fikirkan…

Jika ada antara kita yang inginkan atau berkehendak ke tempat-tempat maksiat… maka perbanyakkanlah Istighfar… biar atas tujuan kajian dan penyelidikan sekalipun… kecuali lah anda seorang penguatkuasa agama yang kerja siang malam masuk kelab dangdut, kelab-kelab hiburan, lorong-lorong gelap… dah itu kerja diorang… yang kita yang bukan ahlinya jangan ada niat sekali pun… itu bukan tempat untuk kita… dan tak sepatutnya kita kesana…

Ataupun ada diantara anda yang cuba-cuba nak ke rumah urut… sebab seharian kerja… memang penatkan… maksudnya rumah urut yang bukan sepatutnya kita pergi… tapi kalau nak betulkan urat saraf yang dah bersimpang siur tuu… silakan ke rumah tukang urut tradisional yang diiktiraf Kementerian Kesihatan Malaysia… tapi lebih baik jika anda suruh suami atau isteri korang urut-urutkan korang… sekali diberi urutan cakar Harimau daa… kan best… itu kalau da kawin laa… yang belum jangan gatal-gatal nak pergi ketempat yang sepatutnya tuu…

Kita biasa stress dan tertekan.. samalah tuuu… saya dan kita semua pasti pernah mengalaminya… betulkan… jika anda tidak pernah stress… tak dapek den nak nolong ehh… apa yang saya faham tentang stress ni adalah satu tindak balas fizikal, emosi dan mental kepada sesuatu keadaan atau peristiwa… betul ke tuu… jika tak betul tolong betulkan… bila kita alami sesuatu yang kurang selesa.. so stress la korang tuuu… tak kira la korang tu berapa umur sekarang, laki atau perempuan… termasuk yang tengah-tengah… apa bangsa korang dan apa agama korang…

Masalahnya yang saya nak utarakan… adakah kita ke tempat yang betul apabila kita stress ni… kusut kepala dibuatnya… macam nak pecah je kepala ni… bosan-bosan, macam nak mati jer… itu orang memang stress sehabis stress… pernah tak korang alami macam tu… jawab-jawab… semua stress itu adalah ujian dari Allah untuk kita… bukan apa, Allah nak tengok kita dapat bersabar atau sebaliknya… Allah nak uji iman kita… dan sudah pastilah Allah nak tengok ke tempat mana yang sepatutnya kita pergi bila stress…

Saya rasa mesti ramai yang akan kata pergi jumpa pakar motivasi yang dapat naikkan semula semangat korang… tapi mesti ada juga yang akan kata lain… masing-masing punya pandangan lah… tak salah pun… ada juga yang suka pergi jauh ke desa, kononnya nak lepaskan stress kat situ… nak jerit-jerit kuat-kuat.. aaaahhhhhhh… pastu korang perasan lega… apa-apa aje… dah itu cara korangkan…

Tempat yang sepatutnya saya dan anda semua pergi.. tak lain dan tak bukan, rumah Allah.. surau atau Masjid… conform korang akan dapat hilangkan stress… Insyaallah… itulah sebaik-baik tempat yang patut kita pergi… terutamanya lelaki muslim…

Allah letakkan kita di tempat yang paling baik, masjid adalah tempat yang paling Allah suka… Seorang yang melangkah saja ke masjid, walaupun dia tak buat apa-apa amal lagi, baru saja melangkah, maka Allah telah ganjarkan orang tersebut dengan pahala, setiap langkahnya akan diberi pahala… setiap langkah nya Allah akan ampunkan dosa… setiap langkahnya Allah naikkan darjat… dan stress yang kita alami pasti akan hilang… percaya dan yakin…

Dengan sifat Allah yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani kepada hamba-hamba-Nya, sifat ehsan Allah, kemuliaan umat Nabi Muhammad SAW, maka pahala yang berlipat kali ganda akan kita perolehi… belum pun buat amal, baru saja melangkah nak ke masjid, maka sudah dikira pahala untuknya… ditambah lagi dengan kita berniat iktikaf, solat sunat tahiyatul masjid serta menunggu waktu solat, maka kita sudahpun dikira bersolat… betapa pemurahnya Allah swt kepada hamba-Nya…

Jom kita ke Masjid…!!! Ambil berkat, semoga Allah turunkan Hidayah-Nya… malang sangat-sangat malang jika anda tak pernah langsung menjejakkan kaki ke masjid/surau.. so bermula hari ini.. kita niatkan dalam diri kita untuk berusaha ke masjid… terutama solat lima waktu… jika anda sudah lama ke masjid, maka kita istiqamah untuk ke masjid… istiqamah sampai mati… Sesungguhnya kita adalah pilihan Allah… minta doa supaya kita selalu ketempat yang sepatutnya kita pergi… Amin… Adakah anda ditempat yang sepatutnya…???

23 April 2009

6 PERKARA YANG ALLAH SEMBUNYIKAN

Allah SWT selesai menciptakan Jibrail as dengan bentuk yang cantik, dan Allah menciptakan pula baginya 600 sayap yang panjang , sayap itu antara timur dan barat ada pendapat lain menyatakan 124, 000 sayap). Setelah itu Jibrail as memandang dirinya sendiri dan berkata:

"Wahai Tuhanku, adakah engkau menciptakan makhluk yang lebih baik daripada aku?."

Lalu Allah swt berfirman yang bermaksud.. "Tidak"

Kemudian Jibrail as berdiri serta solat dua rakaat kerana syukur kepada Allah swt. dan tiap-tiap rakaat itu lamanya 20,000 tahun.

Setelah selesai Jibrail as solat, maka Allah SWT berfirman yang bermaksud.

"Wahai Jibrail, kamu telah menyembah aku dengan ibadah yang bersungguh-sungguh, dan tidak ada seorang pun yang menyembah kepadaku seperti ibadat kamu, akan tetapi di khir zaman nanti akan datang seorang nabi yang mulia yang paling aku cintai, namanya Muhammad. Dia mempunyai umat yang lemah dan sentiasa berdosa, sekiranya mereka itu mengerjakan solat dua rakaat yang hanya sebentar sahaja, dan mereka dalam keadaan lupa serta serba kurang, fikiran mereka melayang bermacam-macam dan dosa mereka pun besar juga. Maka demi kemuliaannKu dan ketinggianKu, sesungguhnya solat mereka itu aku lebih sukai dari solatmu itu. Kerana mereka mengerjakan solat atas
perintahKu, sedangkan kamu mengerjakan solat bukan atas perintahKu."

Kemudian Jibrail as berkata: "Ya Tuhanku, apakah yang Engkau hadiahkan kepada mereka sebagai imbalan ibadat mereka?"

Lalu Allah berfirman yang bermaksud. "Ya Jibrail, akan Aku berikan syurga Ma'waa sebagai tempat tinggal..."

Kemudian Jibrail as meminta izin kepada Allah untuk melihat syurga Ma'waa. Setelah Jibrail as mendapat izin dari Allah SWT maka pergilah Jibrail as dengan mengembangkan sayapnya dan terbang, setiap kali Jibrail as mengembangkan dua sayapnya dia boleh menempuh jarak perjalanan 3000 tahun, terbanglah malaikat jibrail as selama 300 tahun sehingga ia merasa letih dan lemah dan akhirnya dia turun singgah berteduh di bawah bayangan sebuah pohon dan dia sujud kepada Allah SWT lalu ia berkata dalam sujud:

"Ya Tuhanku apakah sudah aku menempuh jarak perjalanan setengahnya, atau sepertiganya, atau seperempatnya? "

Kemudian Allah swt berfirman yang bermaksud. "Wahai Jibrail, kalau kamu dapat terbang selama 3000 tahun dan meskipun aku memberikan kekuatan kepadamu seperti kekuatan yang engkau miliki, lalu kamu terbang seperti yang telah kamu lakukan, nescaya kamu tidak akan sampai kepada sepersepuluh dari beberapa perpuluhan yang telah kuberikan kepada umat Muhammad terhadap imbalan solat dua rakaat yang mereka kerjakan.... ."

Marilah sama-sama kita fikirkan dan berusaha lakukan... Sesungguhnya Allah S.W.T telah menyembunyikan enam perkara iaitu :

1. Allah S..W.T telah menyembunyikan redhaNya dalam taat.
2. Allah S.W.T telah menyembunyikan murkaNya di dalam maksiat.
3. Allah S.W..T telah menyembunyikan nama-Nya yang Maha Agung di dalam Al-Quran.
4. Allah S.W.T telah menyembunyikan Lailatul Qadar di dalam Bulan Ramadhan.
5. Allah S.W.T telah menyembunyikan solat yang paling utama di dalam solat (yang lima waktu).
6. Allah S.W.T telah menyembunyikan (tarikh terjadinya) hari kiamat di dalam semua hari.

20 April 2009

KISAH BERPISAHNYA ROH DARI JASAD

Dalam sebuah hadith daripada Aisyah r.a katanya, "Aku sedang duduk bersila di dalam rumah. Tiba-tiba Rasulullah S.A.W datang dan masuk sambil memberi salam kepadaku. Aku segera bangun kerana menghormati dan memuliakannya sebagaimana kebiasaanku di waktu baginda masuk ke dalam rumah.

Nabi S.A.W bersabda, "Duduklah di tempat duduk, tidak usahlah berdiri, wahai Ummul Mukminin." Maka Rasulullah S.A.W duduk sambil meletakkan kepalanya di pangkuanku, lalu baginda berbaring dan tertidur.

Maka aku hilangkan uban pada janggutnya, dan aku dapat 19 rambut yang sudah putih. Maka terfikirlah dalam hatiku dan aku berkata, "Sesungguhnya baginda akan meninggalkan dunia ini sebelum aku sehingga tetaplah satu umat yang ditinggalkan olehnya nabinya."

Maka aku menangis sehingga mengalir air mataku jatuh menitis pada wajah baginda. Baginda terbangun dari tidurnya seraya bertanya, "Apakah sebabnya sehingga engkau menangis wahai Ummul Mukminin?"

Masa aku ceritakan kisah tadi kepadanya, lalu Rasulullah S.A.W bertanya, "Keadaan bagaimanakah yang hebat bagi mayat?" Kataku, "Tunjukkan wahai Rasulullah!"

Rasulullah S.A.W berkata, "Engkaulah katakan!," Jawab Aisyah r.a : "Tidak ada keadaan lebih hebat bagi mayat ketika keluarnya mayat dari rumahnya di mana anak-anaknya sama-sama bersedih hati di belakangnya. Mereka sama-sama berkata, "Aduhai ayah, aduhai ibu! Ayahnya pula mengatakan: "Aduhai anak!"

Rasulullah S.A.W bertanya lagi: "Itu juga termasuk hebat. Maka, manakah lagi yang lebih hebat daripada itu?"

Jawab Aisyah r.a : "Tidak ada hal yang lebih hebat daripada mayat ketika ia diletakkan ke dalam liang lahad dan ditimbuni tanah ke atasnya. Kaum kerabat semuanya kembali. Begitu pula dengan anak-anak dan para kekasihnya semuanya kembali, mereka menyerahkan kepada Allah berserta dengan segala amal perbuatannya." Rasulullah S.A.W bertanya lagi, "Adakah lagi yang lebih hebat daripada itu?" Jawab Aisyah, "Hanya Allah dan Rasul-Nya sahaja yang lebih tahu."

Maka bersabda Rasulullah S.A.W : "Wahai Aisyah, sesungguhnya sehebat-hebat keadaan mayat ialah ketika orang yang memandikan masuk ke rumahnya untuk memandikannya. Maka keluarlah cincin di masa remaja dari jari-jarinya dan ia melepaskan pakaian pengantin dari badannya. Bagi para pemimpin dan fuqaha, sama melepaskan serban dari kepalanya untuk dimandikan.

Di kala itu rohnya memanggil, ketika ia melihat mayat dalam keadaan telanjang dengan suara yang seluruh makhluk mendengar kecuali jin dan manusia yang tidak mendengar. Maka berkata roh, "Wahai orang yang memandikan, aku minta kepadamu kerana Allah, lepaskanlah pakaianku dengan perlahan-lahan sebab di saat ini aku berehat dari kesakitan sakaratul maut."

Dan apabila air disiram maka akan berkata mayat, "Wahai orang yang memandikan akan roh Allah, janganlah engkau menyiram air dalam keadaan yang panas dan janganlah pula dalam keadaan sejuk kerana tubuhku terbakar dari sebab lepasnya roh," Dan jika merea memandikan, maka berkata roh: "Demi Allah, wahai orang yang memandikan, janganlah engkau gosok tubuhku dengan kuat sebab tubuhku luka-luka dengan keluarnya roh."

Apabila telah selesai dari dimandikan dan diletakkan pada kafan serta tempat kedua telapaknya sudah diikat, maka mayat memanggil, "Wahai orang yang memandikanku, janganlah engkau kuat-kuatkan dalam mengafani kepalaku sehingga aku dapat melihat wajah anak-anakku dan kaum keluargaku sebab ini adalah penglihatan terakhirku pada mereka. Adapun pada hari ini aku dipisahkan dari mereka dan aku tidakakan dapat berjumpa lagi sehingga hari kiamat."

Apabila mayat dikeluarkan dari rumah, maka mayat akan menyeru, "Demi Allah, wahai jemaahku, aku telah meninggalkan isteriku menjadi janda, maka janganlah kamu menyakitinya. Anak-anakku telah menjadi yatim, janganlah menyakiti mereka. Sesungguhnya pada hari ini aku akan dikeluarkan dari rumahku dan meninggalkan segala yang kucintai dan aku tidak lagi akan kembali untuk selama-lamanya."

Apabila mayat diletakkan ke dalam keranda, maka berkata lagi mayat, "Demi Allah, wahai jemaahku, janganlah kamu percepatkan aku sehingga aku mendengar suara ahliku, anak-anakku dan kaum keluargaku. Sesungguhnya hari ini ialah hari perpisahanku dengan mereka sehingga hari kiamat."

07 April 2009

KISAH DARI KITAB ALLAH YANG TERDAHULU


Suatu ketika Rasulullah s.a.w telah ditanya tentang suhuf yang diturunkan kepada suhuf Nabi Allah Musa a.s.

Rasulullah s.a.w berkata, "Sebahagian daripada kandungan suhuf Nabi Musa a.s :-

1. Aku hairan pada orang yang telah meyakinkan akan datangnya kematian (yakin dirinya akan mati dan ditanya tentang amalannya), tetapi mengapa mereka merasa seronok dan gembira di dunia (tidak membuat persediaan).

2. Aku hairan kepada orang yang telah meyakini akan adanya qadar (ketentuan) Allah, tetapi mengapa mereka marah-marah (bila sesuatu musibah menimpa dirinya).

3. Aku hairan pada orang yang telah meyakini akan adanya hisab (hari pengiraan amal baik dan buruk), tetapi mengapa mereka tidak berbuat kebaikan?"

Rasulullah s.a.w ditanya pula tentang sebahagian daripada kitab Taurat, Nabi berkata, "Antara kandungannya ialah :-

1. Wahai anak Adam, janganlah kau merasa khuatir akan kekuasaan (pangkat), selagi kekuasaanKu kekal abadi iaitu tidak akan hilang selamanya.

2. Wahai anak Adam, sesungguhnya Kami menciptakan kamu adalah untuk beribadah kepadaKu, maka dari itu janganlah kamu mensia-siakan (menghabiskan masamu untuk berhibur sahaja).

3. Wahai anak Adam, Kami tidak mengira akan amalanmu yang akan dilakukan esok, oleh itu janganlah kamu cemas akan rezekimu untuk esok.

4. Wahai anak Adam, sesungguhnya bagi kamu ada kewajipan dan ketentuan rezeki, sekalipun kamu mengabaikan kewajipanmu terhadapKu, namun Aku tidak akan mengabaikan rezeki yang telah ditentukan untukmu.

5. Wahai anak Adam, sesungguhnya jika kamu redha pada apa-apa yang telah aku berikan kepadamu, maka kamu akan merasakan bahagia zahir dan batin. Tetapi jika kamu tidak redha dengan apa-apa yang telah Aku berikan itu, maka kamu akan dikuasai oleh dunia sehingga kamu akan melompat-lompat dan melenting kepanasan di padang pasir yang panas.

Demi Keagungan dan KemuliaanKu, ketika itu pun kau tidak akan memperolehi apa-apa selain yang telah aku tetapkan, malahan engkau termasuk di dalam golongan orang yang tercela di sisiKu."

30 March 2009

SUARA SYAITAN YANG MENGGODA KETEGUHAN IMAN

SHEIKH ABDUL QADIR JAILANI adalah seorang alim ulama dan ahli sufi yang cukup dikenali keutamaan dan kemuliaan ilmunya di kalangan umat Islam. Kerana sikapnya yang warak atau dekat dengan Allah, banyak pengikutnya yang berlebih-lebihan memuliakannya.

Diceritakan suatu hari Sheikh Abdul Qadir Jailani berjalan merantau seorang diri. Dalam mengharungi padang pasir yang panas terik itu ia merasa kehausan. Tiba-tiba ia melihat sebuah bejana dari perak melayang di udara lalu perlahan-lahan turun kepadanya diselimuti awan diatasnya.

Saat itu diceritakan terdengar suara ghaib di angkasa : "Hai Abdul Qadir, minumlah isi bejana ini. Hari ini kami telah menghalalkan kamu makan dan minum semua yang selama ini aku haramkan . Dan telah kugugurkan semua kewajipan untukmu." Bunyi suara ghaib itu.

Sebagai orang yang arif, Abdul Qadir cukup tahu bahawa suara ghaib yang menyerupai wahyu itu cuma syaitan yang menggoda keteguhan imannya. Maka marahlah ia dan berkata : "Hai mal'un beredarlah engkau dari sini. Sesungguhnya aku tiada lebih mulia dibandingkan dengan Nabi Muhammad S.A.W di sisi Allah Taala. Kepada Rasulullah sahaja tidak mungkin berlaku ketentuan semacam itu. Barang yang diharamkan Allah selamanya tetap haram, dan kewajipan hamba kepadanya tidak pernah digugurkan termasuk pada diriku." Ujarnya tegas.

26 March 2009

DOSA MENDEDAHKAN AURAT...


Allah berfirman di dalam Alquran:
"Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan yang beriman supaya menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram), dan memelihara kehormatan mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali yang zahir daripadanya; dan hendaklah mereka menutup belahan leher bajunya dengan tudung kepala mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka melainkan kepada suami mereka, atau bapa mereka atau bapa mertua mereka atau anak-anak mereka, atau anak-anak tiri mereka, atau saudara-saudara mereka, atau anak bagi saudara-saudara mereka yang lelaki, atau anak bagi saudara-saudara mereka yang perempuan, atau perempuan-perempuan Islam, atau hamba-hamba mereka, atau orang gaji dari orang-orang lelaki yang telah tua dan tidak berkeinginan kepada perempuan, atau kanak-kanak yang belum mengerti lagi tentang aurat perempuan; dan janganlah mereka menghentakkan kaki untuk diketahui orang akan apa yang tersembunyi dari perhiasan mereka; dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, wahai orang-orang yang beriman, supaya kamu berjaya. (An-Nuur: Ayat 31).

Tambahan penjelasan bagi 12 Orang di atas

- suami mereka [tanpa batasan aurat], ayah mereka, ayah suami mereka (Mertua), putra-putra mereka (Anak2 lelaki), putra-putra suami mereka(anak2 tiri suami), saudara-saudara laki-laki mereka (Adik beradik), putra-putra saudara laki-laki mereka(Anak- anak lelaki kpd Abg atau adik), putra-putra saudara perempuan mereka(Anak-anak lelaki kpd Kakak atau adik), wanita-wanita Islam (wanita Muslimah), budak-budak yang mereka miliki(Hamba- hamba sahaya), pelayan-pelayan laki-laki yang tidak mempunyai keinginan (terhadap wanita) dan anak-anak yang belum mengerti tentang aurat wanita.

*Aurat wanita Selain Dari orang yg 12 di atas adalah tidak boleh bersentuhan kulit, kedua belah tapak tangan dan muka.

Imam Baghawi mengatakan: Yang dimaksudkan dengan perhiasan di sini ialah: perhiasan yang tersembunyi, yakni: gelang kaki, inai di kaki, gelang di pergelangan tangan, anting-anting dan kalung. (Tafsir Baghawi 6/34)

Kesimpulan, yang halal didedahkan kepada mahram dan kepada wanita ialah anggota-anggota yang boleh diletakkan perhiasan padanya secara ghalib.

Contohnya:

* Tengkuk kerana ia boleh diletakkan perhiasan iaitu kalung.
* Lengan kerana ia boleh diletakkan perhiasan iaitu gelang.
* Kaki kerana ia boleh diletakkan perhiasan iaitu inai.
* Betis kerana ia boleh diletakkan gelang kaki.
* Kepala kerana ia boleh diletakkan perhiasan iaitu anting-anting di telinganya dan lain-lain.

Manakala anggota yang tidak ada perhiasan, maka tidak boleh didedahkan seperti: dada, paha, perut, dan yang seumpamanya. Anggota-anggota itu hanya khas untuk suami sahaja. (Fatawa Syeikh Masyhur Ali Salman)

ANTARA PERSOALAN YG TIMBUL

SOALAN:
Minta penjelasan mengenai hukum seorang perempuan berambut pendek tetapi dia bertudung litup. Adakah ianya menyerupai kaum lelaki dengan berambut pendek?

بسم الله
والحمد لله والصلاة والسلام على رسول الله وعلى آله وصحبه ومن والاه أما بعد


- Tidak halal bagi wanita memotong rambutnya sehingga menyerupai lelaki. Kerana syarak melarang wanita menyerupai lelaki, dalam hadis:

لعن رسول الله صلى الله عليه و سلم المتشبهات بالرجال من النساء والمتشبهين بالنساء من الرجال

Maksudnya: Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam melaknat wanita yang meyerupai lelaki, dan lelaki yang menyerupai wanita.
Direkod oleh Abu Daud (no: 4099) dan Tirmizi (no: 2784). Dinilai sahih oleh Tirmizi.

Kata Syeikh Uthaimin: Perbuatan wanita memotong rambut sehingga menyerupai lelaki adalah termasuk dalam dosa-dosa besar.

- Hukum ini tidak berbeza antara yang mendedahkan rambutnya d hadapan orang lain, atau tidak mendedahkan rambutnya. Bagi yang mendedahkan rambutnya, dosanya lebih besar kerana membuka aurat.

**Adapun memotong rambut yang panjang supaya menjadi lebih pendek, tanpa menyerupai lelaki maka tidak ada larangan daripada syarak.

Dalam Sahih Muslim:

وكان أزواج النبي صلى الله عليه و سلم يأخذن من رؤوسهن حتى تكون كالوفرة

Maksudnya: Para isteri Nabi Sallallahu Alaihi Wasallam menipiskan sedikit rambut di kepala mereka, sehingga menjadi seperti 'wafrah' (iaitu rambut yang tidak melebihi telinga). (Sahih Muslim no: 320).

Kata Imam Nawawi: Hadis ini menunjukkan harus menipiskan rambut wanita, Wallahu A'lam. (Syarah Sahih Muslim 4/5)

SOALAN:

Adakah benar aurat anak lelaki yg sudah baligh dgn ibunya adalah sama spt aurat anak itu dgn org lain?maknanya auratnya adalah antara pusat dan lutut?

Adakah ia juga terpakai terhadap anak perempuan dgn ayahnya?

1) Seorang yang sudah mukallaf (aqil, baligh) haram mendedahkan auratnya kecuali di hadapan isterinya dan hamba sahayanya. Maka tidak boleh mendedahkan auratnya di hadapan ibunya atau kakak-kakaknya.

Sabda Nabi SAW:

احفظ عورتك إلا من زوجتك أو ما ملكت يمينك

Maksudnya: Jagalah aurat kamu kecuali terhadap isteri kamu dan hamba-hamba yang kamu miliki. Direkod oleh Abu Daud, Tirmizi dan lain-lain.

2) Berkenaan dengan aurat wanita dengan ayah kandung pula, Quran telah menjelaskan:

ولا يبدين زينتهن إلا لبعولتهن أو آبائهن أو آباء بعولتهن أو أبنائهن أو أبناء بعولتهن أو إخوانهن أو بني إخوانهن أو بني أخواتهن أو نسائهن أو ما ملكت أيمانهن أو التابعين غير أولي الإربة من الرجال

Maksudnya: Dan janganlah menampakkan perhiasannya, kecuali kepada suami mereka, atau ayah mereka, atau ayah suami mereka, atau putra-putra mereka, atau putra-putra suami mereka, atau saudara-saudara laki-laki mereka, atau putra-putra saudara laki-laki mereka, atau putra-putra saudara perempuan mereka, atau wanita-wanita Islam, atau budak-budak yang mereka miliki, atau pelayan-pelayan laki-laki yang tidak mempunyai keinginan (terhadap wanita) atau anak-anak yang belum mengerti tentang aurat wanita. (Al-Nur:31). .

Anggota-anggota yang boleh menerima perhiasan seperti rambut, tangan, kaki, betis, bahagian atas dada, harus didedahkan kepada mahramnya selagi tidak membawa fitnah lain. Manakala anggota yang tidak boleh menerima perhiasan, seperti perut, paha, dan dada hanya khas untuk suaminya sahaja.

Wallahu A'lam.


SOALAN:

Saya ada kemuykilan tentang pereka fesyen nih..

1) Apa hukumnya fashion designer islam membuat baju yg mendedah aurat
kat non muslim??

2) Kalau non muslim tempah baju kat fesyen designer muslim..boleh x kita buat utk dia??(baju yg dia suruh buat tuh dedah aurat jugak)

Alhamdulillah. kami akan cuba menjawab soalan anda dengan kadar kemampuan yang ada, Insya-Allah.

Didalam situasi membuat atau me-reka cipta baju yang mendedahkan aurat wanita non-muslim, walaupun yang memakainya merupakan wanita non-muslim, akan tetapi, yang melihat wanita tersebut kemungkinan besar terdiri dari LELAKI muslim juga. Lelaki muslim tetap haram melihat aurat wanita muslim ataupun non-muslim. Jangan kita melibatkan diri dialam kerja-kerja yang secara tidak langsung membantu maksiat.

Firman Allah swt :-

وَتَعَاوَنُوا عَلَى الْبِرِّ وَالتَّقْوَى وَلَا تَعَاوَنُوا عَلَى الْإِثْمِ وَالْعُدْوَانِ

"dan hendaklah kamu bertolong-tolongan untuk membuat kebajikan dan bertakwa dan janganlah kamu bertolong-tolongan pada melakukan dosa (maksiat) " [surah al-Maaidah : 2]

------------ ------
Berikut kami petikan fatwa Syeikh Muhammad Al-Mukhtar Al-Shinqiti, Pengarah Pusat Islam di South Plains, Lubbock, Texas :

Cara kita bersyukur kepada Allah yang telah menganugerahkan kita bakat ialah dengan menggunakannya kearah apa yang telah diajarkan. Mereka yang beriman seperti Nabi Sulaiman as. meletakkan semua yang dia ada kepada Allah dan memahami bahawa mereka diuji oleh Allah, sebagaimana firmannya :-

"Berkata pula seorang yang mempunyai ilmu pengetahuan dari Kitab Allah: Aku akan membawakannya kepadamu dalam sekelip mata! Setelah Nabi Sulaiman melihat singgahsana itu terletak di sisinya, berkatalah dia: Ini ialah dari limpah kurnia Tuhanku, untuk mengujiku adakah aku bersyukur atau aku tidak mengenangkan nikmat pemberianNya dan (sebenarnya) sesiapa yang bersyukur maka faedah syukurnya itu hanyalah terpulang kepada dirinya sendiri dan sesiapa yang tidak bersyukur (maka tidaklah menjadi hal kepada Allah), kerana sesungguhnya Tuhanku Maha Kaya, lagi Maha Pemurah. " [Al-Naml : 40]

Di pihak lain pula, mereka yang tidak beriman akan meletakkan apa yang mereka ada keatas akal dan fikiran mereka. Qarun merupakan contoh terbaik sebagaimana firman Allah swt :-

"Qarun menjawab (dengan sombongnya): Aku diberikan harta kekayaan ini hanyalah disebabkan pengetahuan dan kepandaian yang ada padaku. (Kalaulah Qarun bijak pandai) tidakkah dia mengetahui dan pandai memahami, bahawa Allah telah membinasakan sebelumnya, dari umat-umat yang telah lalu, orang-orang yang lebih kuat daripadanya dan lebih banyak mengumpulkan harta kekayaan ? Dan (ingatlah) orang-orang yang berdosa (apabila mereka diseksa) tidak lagi ditanya tentang dosa-dosa mereka, (kerana Allah sedia mengetahuinya) . " (Al-Qasas 28:78)

Sahabat anda merupakan orang yang beriman sebagaimana dia mengatakan bahawa Allah telah memberikannya bakat, maka apa yang perlu dia lakukan adalah menggunakannya kejalan yang Allah redha dan melahirkan kesyukran kepadaNya. Mencipta baju yang tidak dibenarkan didalam Islam BUKANlah cara sahabat anda melahirkan tanda kesyukarannya kepada Allah. Saya menasihatkan dia agar membuat atau mencipta pakaian Islam yang dapat menarik orang ramai dan menjadikan mereka menyukai fesyen pakaian Islam. Dengan cara ini, dia akan mengkombinasikan misi pribadinya dan juga perniagaannya.


Analogi ini juga boleh kita lihat kenapa Islam mengharamkan kita menjual khinzir dan Arak kepada Non-Muslim.

Ia berdasarkan Sabda Nabi :-

إن الله إذا حرم شيئا حرم ثمنه

"Sesungguhnya apabila Allah mengharamkan sesuatu, dia juga mengharamkan harganya" [DiRiwayatkan oleh Imam Ahmad, Sahih al-Jami'].

BERTEMU JANJI ALLAH


Di sisi Islam, kejayaan manusia tidak diukur dari aspek penguasaan kehidupan dunia. Kejayaan hakiki bergantung kepada sejauh manakah manusia mampu berusaha menyingkap segala rahsia hidup yang abadi.

Hitam putih masa depan kehidupan akhirat seseorang adalah dicorakkan sendiri oleh pegangan hidup seseorang itu semasa di dunia. Allah SWT telah mendatangkan para rasulNya bersama wahyu sebabagai panduan untuk umat manusia.

Buku ini mengajak pembaca menelusuri jejak-jejak menuju mahsyar. Ia cukup menyentuh dan menyayat hati. Dengan mengikuti huraian tentang hari qiamat dan alam akhirat. Tok Guru cuba mendorong kita untuk menjadi mukmin yang lebih mencintai akhirat, justeru di sanalah hidup kita yang sebenar, dunia keabadian dalam pertemuan yang pasti di sisi Allah SWT.


Harga = RM17.00 (Sem) RM19.00 (Sab / Swk)
Mukasurat = 190
Karya = Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat
Penerbit = Anbakri Publika Sdn Bhd

* Sesuai dibaca untuk semua peringkat umur dari remaja hingga dewasa... Banyak menceritakan tentang berita akhirat... semoga ia bermanfaat untuk ilmu kita dan mendekatkan diri kita kepad Allah.

* Kita mohon doa diberi kekuatan untuk amal dan kita sampaikan...